Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama dalam tahun baru 2009. Dan malam tadi buat pertama kalinnya dalam tempoh 5 tahun saya tinggal di KL saya menyaksikan bunga api betul2 atas kepala. Saya menyaksikan di Upper Roof One Utama Shopping Complex Damansara Utama (bahagian atas bumbung tu). Wahh, gerun ade kagum pun ade. Bercampur baur. Mane taknya, percikan cukup jelas dan betul2 mencurah2 atas kepala saya. Suasana bingit dan hiruk pikuk pun ade jugak disulami deringan “alarm” kereta2 di parking kereta akibat terkejut dengar bunyi bunga api tuh. Huh, selain tu juga, ramai memekik2 tanda gembira. Di bahagian jalan utama pula, kelihatan kereta sesak jem teruk kerana ramai berhenti untuk saksikan malam gemilang itu. Yang tak faham bahasa, sentiasa membunyikan hon mereka. Dia ingat dia sorg je ade bunyi hon. Aku pon ade laaa!! Itu sahaja laporan dari OU.

erm, jadi kesempatan ini, saya tidak lupa untuk mengucapkan Selamat tahun baru 2009! Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Oh ya, Apa azam anda semua tahun ni? Leh kongsikan bersama? Erm, apabila Azam 2008 sudah tercapai, kini Azam 2009 memulakan ceritanya. Ya, terus terlintas dihati ingin memasang impian supaya menjadi usahawan internet yang terus berjaya 2 kali ganda dari tahun sebelumnya. Dan yang penting azam untuk berjimat cermat nak kukuhkan kewangan memandangkan ekonomi malaysia yang tak menentu. Saya teringin untuk menjadi seorang pelajar yang sudah mempunyai syarikat yang kukuh.. hoho.. Bagaimana pula azam 2009?

Mesti anda ternanti-nanti apakah azam 2008 yang telah saya sempurnakan? Ehem, suprise..sebagai seorang pelajar yang memulakan karier sebagai IM dan sejak setahun yang lalu, mmg saya terus pasang impian untuk memilki kereta sendiri. Alhamdulillah, walaupun kecik je kete saya nih, namun, cukup la sekadar yang termampu iaitu The New MyVi SE putih melepak..haha. So sedikit review kenapa saya suka sgt kete nih, jom kita layan mengikut gambar-gambar bini kesayangan ni seperti berikut:

myvi1

Gambar front view, New stylish grille, hood and front bumper with fog lamp design. Headlamp with black painted finishing. hehe, suka2.. Ni gambar kat depan umah sewa saya di Pantai Hillpark, Phase 2. Nak tgk gambar lagi?? Klik Sini Untuk Baca Selajutnya