Tak terfikir pun nak buat entry pasal Says ni. Sebabnya, dah lama dah tahu pasal Says ni memang boleh buat duit.. Masa zaman jahiliah dulu konon-kononnya apa barang buat duit promote iklan says yang bayar kita cuma 20sen setiap unik visits..! haha.. itu dulu ler… time rasa 20sen tu macam takde nilainya sangat!

Tapi kita lupa sebenarnya, dari 20sen tu kalau kumpul2 jadi la 20 ringgit kan? dari 20 ringgit tu lah kita gandakan 5 kali dapat 100 ringgit kan? bila cukup RM100 bonus di Says ni, maka barulah button “Cash Out” akan muncul di kanan dashboard Says anda.. lihat contoh saya punya:

 

Wahh.. ini suka-suka je main Says dapat RM135! lepas lah bayar bil Streamyx. Sedangkan main Says ni cuma 2 atau 3 kali je dalam seminggu. Dan setiap kali login blast campaign Says tak sampai pun 10minit. Bila buat kira-kira, seminggu baru 30minit je layan Says, dan sebulan total 2 Jam saja. Tapi hasilnya dapat RM135 untuk 2 Jam! pada saya ianya memang berbaloi lah..

Memang tak boleh jadi jutawan pun dengan Says ni, tak kaya pun! tapi, boleh lah sambil2 layan FB, Youtube dan lain2, lepas lah bil internet sebulan! kalau rajin lagi, boleh income 2 atau 3 kali ganda..

 

Ok,. saya just nak kongsi je cara “cast out”  duit dari Says ni. Mula-mula just klik button “cash out now” macam dalam gambar diatas tadi. Then, akan keluar borang akaun bank, isikan dengan lengkap

 

Dah siap isi semua, terus tekan button biru “Cashout My Earnings!”.

Sekali keluar error dah… huhu.. rupanya tak boleh keluarkan duit sen-sen.

So, kena key in amount yang genap ya! macam saya key in RM134 saja tak perlu ada sen dibelakang. dan kemudian klik saja “Comfirm”

 

Bila dah selesai semua, nanti kat dashboard akan tulis status cash out bonus kita. Dia pending dulu..

dan selepas itu, dalam beberapa minit, akan dapat email dari pihak Says. Sekali baca email dia, fuhh! lama jugak kena tunggu… adalah dalam 2@3 minggu baru dia bank in.. huhu

 

Thanks Aqila sebab sudi bagi email kat sy! hehe… Bagi yang masih belum ada akaun Says, bolehlah daftar disini. Ini bukan bisnes, tapi suka-suka dan salah satu dari cara buat duit di internet. AWAS! takde modal pun untuk join walaupun 1 sen!

Incoming search terms keywords:

  • cara keluarkan duit asb (73)
  • keluarkan duit asb (27)
  • cara keluar duit asb (24)
  • keluar duit asb (22)
  • cara mengeluarkan duit asb (20)
  • borang keluar duit asb (19)
  • cara nak keluarkan duit asb (14)
  • cara keluarkan dividen asb (12)
  • cara keluar duit dari asb (1)
  • cara mengisi borang kluar duit (1)