Salam sejahtera semua pembaca setia. Ini adalah post yang paling mengujakan saya. Hujung minggu ini pada 15,16 dan 17 Januari 2010 selama 3 hari berturut-turut saya akan menemui Jutawan yang berbeza. Memang dah lama saya impikan nak duduk semeja bersama jutawan. Memang impian saya dalam tahun 2010 ini. Alhamdulillah, awal-awal tahun lagi dalam bulan januari dah tercapai impian ini. Malah, satu pencapaian yang besar kerana bukan seminit, atau se jam, tetapi semala 3 hari berturut-turut!

Wah..Tak sabar rasanya nak menerima aura dan ilmu hebat daripada mereka. Saya ceritakan siapakah mereka para jutawan yang bertuah dapat jumpa saya tu? hehehehe..

HARI PERTAMA BERSAMA JUTAWAN VEMMA

Jumaat jam 8.30 malam saya mendapat jemputan khas dari Jutawan Vemma yang diterbangkan dari eropah iaitu Mr Clay Jackson. Saya ada special dinner bersama beliau di Armada Hotel, Petaling Jaya. Dapat makan bersama jutawan..

clay_jackson_vemma

Beliau ini adalah Jutawan di Vemma dalam masa 3 tahun sahaja. Kalau kita kaji semula, beliau ni dah berusia tetapi hebat dan menjadi Jutawan bisnes internet? Macam pelik je bunyi dia kan? Itu lah kehebatan sistem vemma yang membantu sesiapa sahaja yang ingin berjaya.

HARI KEDUA BERSAMA JUTAWAN INTERNET IRFAN KHAIRI.

Pada keesokan harinya pula, 16 Januari 2010 satu lagi sejarah akan tercipta. Pada tahun 2006 saya sudah memasang impian untuk berguru dengan Irfan Khairi atau nama panggilan mesranya dengan IK. Workshop Jutawan Internet yang IK jalankan memang saya nak sangat hadir. Mungkin ketika saya student dulu, yuran workshop ini saya masih lagi tidak mampu nak sertai. Tetapi hari ini, satu lagi impian saya tercapai.

jutawan_irfan_khairi

Bertempat di Vistana Hotel, bermula jam 8.30pagi sehingga 6.30 petang pastinya saya tidak akan sia-siakan peluang keemasan untuk berguru dengan sifu dalam perniagaan internet. Saya akan menghadiri workshop jutawan internet Irfan Khairi kali ini. Walaupun agak terlewat, tetapi menuntut ilmu sampai ke liang lahad. Ilmu lah yang akan menentukan siapa kita. Tahukah anda yuran untuk saya menghadiri workshop ini adalah RM890? Satu lagi pelaburan besar saya keluarkan. Ini kerana ilmu punya pasal, mahal mana pun, saya tetap sanggup keluarkan modal. Be a positif.

Saya pernah terlihat petikan dari Irfan Khairi ini:

Menurut kajian, kira-kira 98% masyarakat tidak sanggup mengeluarkan modal untuk memajukan diri manakala cuma 2% sahaja yang sanggup berbuat demikian, dan mereka itulah yang akan berjaya

HARI KETIGA BERSAMA 6 TOKOH JUTAWAN MALAYSIA.

Inilah yang ramai menantikan. Program Dari Kosong Sampai Jutawan yang akan diadakan di Berjaya Hotel Times Square ahad ini 17 Januari 2010 pastinya satu lagi sejarah dalam diari kehidupan saya. Bukan seorang, dua orang, tetapi sehingga 6 Jutawan akan hadir. Mereka ini adalah:

http://myvemma.asia/album/data/media/4/darikosongsampaijutawan_img.gif

Dan ada seorang lagi Jutawan Misteri. Memang supprise. Jika anda hadir ke konvensyen ini, boleh la kita jumpa disana ye. Mesti kita akan dapat banyak input yang sangat berguna. Bukan program main-main ni. Ini adalah program besar.

Apa yang seronoknya saya hadir sebagai VIP. Bukan kerusi umum. Saya beli tiket VIP. Akan duduk barisan paling depan. Siap dapat makan bersama dengan mereka ini. Tak sabarnya. Mesti boleh jadi positif giler dan semangat melambung naik selepas 3 hari bertemu jutawan.

Dan jugak, lebih best, ramai lagi usahawan, tak kisah usahawan internet atau pun usahawan MLM, atau pun usahawan bisnes konventional (offline) pun akan hadir. Saya difahamkan usahawan internet Zamri Nanyan dan juga pengasas forum wangcyber saudara Suhaimy (shuth) akan hadir. dari situ saya yakin, mereka berdua ni pun dah boleh katakan 5 angka sebulan pun masih nak menuntut ilmu. Inilah membuktikan walau sesiapa sahaja, walaupun dah kaya, tetap kena tambah ilmu. Dan jugak, 11 orang lagi otai VSomebody akan hadir. Meriahnya..

Pastinya 3 hari berturut ini akan membuatkan saya ‘jadual penuh’ dan ‘hectic weekend’. namun, kepuasan pasti terjamin. Ilmu yang saya dapat pasti akan menjadi pemangkin untuk lebih sukses dalam perniagaan internet yang saya ceburi sekarang.

You deserve to be Millionaire!

Tags: , ,

6 Responses


  1. Ayoon Tukija on 15 Jan 2010

    congratesss…..memang membanggakan….

    pastu nanti bleh aa share sket2 ilmu tu ek……

    semoga saya juga akan jadik cam awak even dah terlewat…but it is never too late to start rite?

  2. sudadi idad on 15 Jan 2010

    Robert T Kiyusaki, dalam buku The Cashflow Quadran, 97 persen orang berada di quadran kiri (terdiri dari employee dan self enterprenuer), quadran kanan sebanyak 3 persen (terdiri business owner dan investor). Mentaliti kita masih “cari aman” dan tak mau ambil risiko. Padahal jika menjadi employee, perolehannya sekedar slip gaji. Dalam teori slip gaji sama dengan kekurangan. Ya..karena mereka bekerja dlm sistem, perolehannya hanya gaji dan tak bakalan dapat deviden. Bedanya dengan business owner, dia bekerja dengan modal, sistem dan sumber daya manusia. Seorang menjadi pengusaha, jika sudah berkembang, dia akan mempnyai kebebasan finansial, meski perusahaan di tinggal wisata ke luar negeri, uang tetap berjalan karena sudah ada sistem dan pekerja. Lebih top lagi kalau kasta kita sudah menjadi investor, tak perlu urusi manajemen, tak perlu bangun pabrik dan tak perlu karyawan. modal di investasikan dan setiap tahun selalu dapat profit sharing.
    Benar jika dalam seminar, dikatakan hanya 2 persen orang mau tanamkan modal, 98 persen maunya aman dan hanya jadi pekerja.
    Pilihan kita jika ingin berpenghasilan besar, ya alternatifnya gabung dalam satu sistem jaringan (networking), cara ini adalah paling gampang. Tanpa modal besar, tanpa butuh karyawan, jika bisnis semacam MLM dilakukan layaknya sebuah perusahaan. Pasti akan sukses, itupun juga tak semudah membalik tangan. Lihat Kisah Nasoha, pastinya beliau juga memulainya dengan bersusah payah.
    Saran saya, jika Anda ingin sukses belajar dengan orang sukses dan kerja keras tapi cerdas, fokus dan komitmen membangun jaringan untuk suskses bersama. Terima Kasih. Salam Sukses buat semua member VemmaBuilder. Tetap Semangat. dari Sudadi Idad (Indonesia).

  3. ebby on 15 Jan 2010

    wow, mmg best….lps nie kalu ade pluang blh korek2 ilmu jutawan awk ms biz preview ye…mmg nk korek abis2…wpun rs lmbt ckit sy join this biz, tp pluang msh terbuka kn…

  4. coolfreny on 17 Jan 2010

    seronok betul dapat jumpe dengan diorang ni. byk ilmu ko sekarang soha… kongsi2 la kat aku.

  5. Kapas on 18 Jan 2010

    Wow… kalau dekat pasti saya akan pergi juga..tapi dah terlepas tarikhnya. Maklum saja jauh di Terengganu.

  6. [...] hari. Nak jadi jutawan memang kena letihkan diri. Post saya sebelum ini saya ada bercerita tentang 3 hari bersama jutawan. Hari pertama saya bersama jutawan vemma iaitu Mr Clay Jackson. Perjumpaan ini diadakan di Armada [...]


Leave your comment

*

Spam Protection by WP-SpamFree