About Me

Nasoha Hamsin mula mengenali dunia bisnes internet pada tahun 2005 dan bermula dengan blogging di platform percuma di Blogdrive. Ketika itu industri blog baru saja dilahirkan dan blogrive dijadikan sebagai diari harian untuk nota pelajaran sebagai seorang pelajar di Pusat Asasi Sains, Universiti Malaya (2004-2005)

Kemudian, pada tahun 2006 beliau beralih menulis blog ke medium blogger.com atau lebih dikenali sebagai blogspotĀ  dan ianya masih lagi percuma tetapi dengan fungsi widget tambahan membuatkan agak menarik untuk dicuba. Malah juga, ketika itu hanya blogspot sahaja dibenarkan oleh pihak Google jika ingin menjana pendapatan dengan Google Adsense melalui medium web / blog yang percuma!

Anak kelahiran Klang ini gigih berusaha dan percaya bahawa walaupun dengan blog percuma sahaja mampu menjana pendapatan sampingan sebagai duit poket ketika menyambung pelajarannya dalam kos Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik di Universiti Malaya (2006-2009)

Beliau telah menghadiri banyak kursus, program keusahawanan serta bengkel yang berkaitan dengan usahawan dan perniagaan internet.

Tahun 2008 baru lah beliau menerima cek pertama Google dari USA dan telah membuktikan tanggapan yang salah oleh sesetengah pihak ketika itu kononnya “mana mungkin boleh jana income tanpa modal dengan blog”. Sejak itu, beliau semakin gigih dan terus mencuba apa jua perniagaan yang berlandaskan “online base” atau kerja dari rumah.

Dengan memandang masa depan dalam arena internet business, maka secara rasmi nya beliau membeli domain name www.nasoha.com sebagai platform baru untuk menulis blog. Dengan platform wordpress selft-hosted ini, beliau telah meninggalkan koleksi blog lamanya di blogdrive & blogspot.

Tahun 2010, secara “underground” beliau sudah memiliki lebih daripada 30 blog yang merangkumi pelbagai genre atau target pelawat/pembaca yang berbeza seperti hiburan, ilmiah, keagamaan dan banyak lagi.

Dengan kuasa blog ini membuatkan beliau mengumpul “follower” dan juga mailing list sebagai satu aset yang sangat berguna dalam industri internet bisnes.

Tahun 2011, beliau melancarkan satu Ebook Sulong beliau yang diberi judul “Pakar Promosi” yang berkisarkan teknik mempromosikan blog / website secara percuma hasil dari pengalaman beliau dari 2006-2011.

Tahun 2012 pula, beliau menjinakkan diri dengan kurus & bengkel untuk menjadi seorang wedding planner. Ini adalah kerja sampingan beliau dihujung minggu untuk mencurahkan idea yang kreatif dan merealisasikan dekorasi menarik dihari bahagia untuk pasangan pengantin.

 

“The POWER to be your Success!”

Nasoha Hamsin,

FB: http://facebook.com/nasoha << sila subscribe!
Fan Page: http://facebook.com/NasohaHamsin << sila LIKE!

My Google+ Profile

10174 Total Views 2 Views Today