Hai, artikel berkenaan alexa ranking ini adalah saya post pada hari terakhir dalam bulan disember 2009. Ini mungkin sebagai kayu pengukur pencapaian saya untuk tahun baru 2010 ini.
Berikut adalah statistik pada 31 Disember 2009

alexa rank
Ranking yang agak teruk, kerana selama ini saya buat kerja tak fokus pada SEO dan ranking. Dahulunya, ranking blog saya agak tinggi. Namun, sebab TIDAK FOKUS, makan ranking jatuh merudum.. Yang tahu main promosi sahaja. Jadi, selepas ini saya akan pastikan Rank Alexa blog ini akan sentiasa meningkat saban hari. Mesti kita kena cuba. Kalau tak nak mencuba, memang tak akan kemana la.
Orait, kenapa Alexa?
Untuk pengetahuan semua, Alexa adalah laman yang memberikan senarai website yang paling tinggi jumlah pengunjung serata dunia. Kalau dahulunya di Malaysia, laman Google menduduki carta no.1 kini tidak lagi. Kerana Facebook telah ambik alih kedudukan.
Memang power Facebook ini. Semakin lama, semakin mendapat tempat segenap pengguna internet. Jadi, kita tak boleh terus menunggu dan termenung, jadi kenalah ikuti arus perdana di internet ini.
Oklah, satu tips dari saya untuk hari ini, jika anda ingin naikkan rank alexa anda, apakata anda install alexa toolbar terlebih dahulu. Mungkin ini dapat membantu anda sedikit sebanyak sebagai permulaan untuk mendaki carta alexa.
Apakata anda catatkan ranking blog anda pada hari ini, dan akan datang, anda boleh cek semula..





Pingback: Pendakian Ranking Alexa dalam 55 Hari! by Blog Bisnes Internet