About Nasoha Hamsin

http://nasoha.com

Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Posts by Nasoha Hamsin:

Saham: Lagi Peningkatan Selepas Seminggu! Untung 4.78%

Ramai yang memberikan respon positif bertanyakan tentang pelaburan saham ‘online’ yang ada saya sertai secara tidak langsung. Saya pun agak bingung nak jawab macam mana. Ini pun saya cuma ‘pejamkan mata’ je invest ke company yang masih baru tapi mempunyai landasan platform yang sangat kukuh di 5 buah negara asia…

Saham apa tu..?

Malu ler nak cakap 🙂

Pelaburan Internet ker? Ni yang agak susah nak menjawabnya.

Saya bukan taknak bagi tahu, cuma ‘trauma’ nak promote kat kawan-kawan takut-takut tak menjadi karang saya jugak yang kena! Aduiyai… Lainlah kalau hati batu macam gua ni, jenis tak kisah dan berani ambik risiko. Kena pulak orang yang tau nak kaya saja, tapi ILMU asas takde, jenuh jugak nak melayan. Kalau sabar takpe.. boleh la jugak beri masa untuk faham.

Sebut je pelaburan internet, mungkin sekarang dah popular dilabelkan sebagai pelaburan haram. Ye la kot, saya tak sure apa yang berlaku tentang pelaburan internet yang haram ni. Dan satu ketika dulu pernah kecoh dunia internet tentang bisnes pelaburan, masuk je duit beribu-ribu dan tunggu duit collect tiap-tiap bulan. Nasib je dulu takde modal, kalau tak entah-entah dah terjebak kot. Yelaaa… orang dok convince kita hari-hari, mana kita tak tergoda! jiwa muda kann… haha 😀

Nah…. keratan akhbar ni menunjukkan risiko kalau nak buat pelaburan di internet. Kenapa risiko? Ada beberapa garis panduan yang telah ditetapkan jika nak buat investment di internet, antaranya:

  • Pastikan company berdaftar di Malaysia, walaupun company dari luar negara.
  • Ada Sijil Perniagaan yang sah.
  • Tidak mengambil deposit secara haram.

Ini kisah dulu….. Sekarang lain dah ceritanya..
Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • belajar saham plus 500 (1)
  • kebaikan perniagaan online keratan akhbar (1)
  • melabur di plus 500 (1)

Dah Dapat Customer pertama sewa Chocolate Fountain…

Last week ada buat post di fb SuperCun Wedding utk offer sewakan Chcolate Fountain.. dan hari ni dh ada org sewa utk pakai this week.

Alhamdilillah… best pulak buat sewa barang..

Tau ke apa itu Chocolate Fountain? lihat gambar ni:

image

Anda pun nk sewa? Cuma RM80 je utk 1 week. Boleh terus contact SuperCun Wedding di blog SuperCun Candy

See u again!

Incoming search terms keywords:

  • sewa chocolate fountain murah (65)
  • coklat fountain murah (56)
  • sewa coklat fountain murah (49)
  • sewa chocolate fountain (27)
  • sewa coklat fountain (20)
  • coklat fountain sewa (18)
  • chocolate fountain murah (14)
  • sewa mesin coklat fountain murah (2)
  • coklat fount (1)

Universal Studio Singapore (USS) Sangat Enjoy!

Teruja pulak nak update blog nak cerita tentang Universal Studio di Singapore atau orang sana sebut je USS. dah lama sebenarnya nak ke USS ni, tapi tak berkesempatan, lagi pun takde siapa nak bagi guide pegi sana. Dan saya sudah pun ke Universal Studio ni pada 4 Julai 2012 yang lalu sempena birthday saya yang ke-26…

Wahh… layan besday kat USS je bersama my beloved wife. Boleh la kiranya untuk dijadikan sebagai “Post Honey Moon”..

We all takde pun nak terfikir ke USS.. Mula-mula terfikir cuma nak bercuti, relax dan santai-santai. Dah lama tak jalan-jalan, duduk umah je buat bisnes internet dan weekend sibuk berwedding buat Photobooth SuperCun Wedding. Otak pun dah tepu.. Idea pun dah nak penuh. Bulan Julai memang terbaik untuk bercuti, lagipun selepas cuti sekolah, dan orang kata kepulauan di pantai timur sangat cantik waktu ni seperti Pulau Perhentian, Pulau Redang, Pulau Kapas, Pulau Tioman dan Pulau Lang Tengah.

Ada la jugak try godek Agoda dan Booking.com untuk survey harga penginapan kat sana.. Harga time ni bukan saja PEAK season, tapi Super Peak Season! Sebabnya ramai orang China dan Timur Tengah sedang bercuti kat Malaysia ni. Kat sana cuti semester kot.

So, resort dan hotel yang kami nak, semuanya dah fully booked 🙁

Takde lah snorkeling, takde lan main pasir putih.. Takde lah speed boat..

Bagaikan tiada harapan untuk pergi bercuti, masa itulah Groupon bagi email offer tiket Universal Studio Singapore. Dan apa lagi, mula reseach sikit kat google nak tahu kat USS ni apa bendanya.. Malangnya, groupon hanya bagi redeem tiket valid untuk bulan Ogos 2012. pandai betul dia bagi offer time kita sedang berpuasa..

 

Tiket Universal Studio Singapore harga murah & diskaun.

So, dah excited nak pg USS ni, tapi takde guideline lagi, dan kami berdua pun belum pernah masuh negara singapore. haha.. Setiap kali turun JB, mesti passport tertinggal rumah, so tak kesudahnya tak sampai-sampai negara jiran tu. Now, nekad google, try-try kot-kot ada yang jual tiket USS dengan harga diskaun. So, entah macam mana, ada satu blogger tu review sikit pasal USS dan katanya dia dapat tiket universal studio singapore harga murah, dapatlah diskaun RM25-RM30 untuk 1 tiket.

Saya pun percayakan jelah, dia kata try inbox Facebook kak Rosmanizah (klik untuk ke FB beliau), dan saya terus je cakap nak 2 tiket USS. Harga mungkin berbeza, sebab ikut jadual USS ada yang PEAK dan ikut rate currency Singapore Dollar. So, kami dapatlah 2 tiket (peak) pada harga RM310. Kalau tidak, harga biasa RM370 untuk 2 orang. So dah jimat RM60. Ok lah kan, dah boleh buat tambang bas masuk ke singapore dari JB.

Saya bank in hari ni, esok dapat tiket. Tiket dihantar ke email saja dalam bentuk PDF. Print je dalam A4 dan nanti bawa terus ke USS.
Penginapan 2 Malam di Tune Hotel, Danga Bay, Johor Bahru.

kami bercadang untuk menginap di JB saja, dan ada yg bagitau dari Tune Hotel ada sediakan coach untuk terus ke USS. Sy pun ada bukak website http://www.tunehotels.com/ kononnya nak tengok je kekosongan dan harga. Time tu dia offer 1 malam cuma RM55 saja, takde air-cond, TV dan WiFi. Perangai Tune Hotel memang macam tu, semua kena add on. So, bila ambik 2 Malam dan add on TV, towel, dan aircond lebih kurang RM140 saja. Dan siap ada offer tiket Coach ke World Sentosa USS hanya RM25 seorang untuk pergi dah balik. So, jumlah semua sekali RM190 (penginapan dan tiket bas).

Entah kenapa, saya tak pulak nak terus booking dan bayar. Sebabnya tak tau lagi bila plan nak pergi sana. Mungkin minggu ni ke, minggu depan ker.. So, tak booking. Dengan harapan, pergi weekdays kat sana takkan fully booked lah, dan kalau penuh pun, hotel lain kan ada.

Bila dah decide, selasa tengah hari (3 Julai 2012), kami pun siap-siap dan terus roger ke JB. 4.30ptg sampai Tune Hotel. Pegi reception dan tanya ada bilik kosong lagi tak. Alhamdulillah ada, tapi…. harga rate hari ini adalah RM88 – basic. Belum add on lagi. lepas add-on aircond, TV, towel semua, harga jadi RM190. Mak ai… jauh beza kalau kita booking awal-awal di internet. Nyesal pulak tak book awal.

Paling menyedihkan, kami nak beli tiket bas untuk ke USS dari Tune Hotel, dia kata, tak boleh beli di kaunter, ianya khas untuk pembeli secara online saja. Aduuuiii….! rasa nak ambik laptop je cucuk broadband dan online time tu. tapi, dah terlambat. So, kami difahamkan, tiket boleh la beli di Travel Agency berdekatan situ.. Menapak kejap dalam 30 saat, kami ke travel agency untuk beli tiket.. Sungguh mengecewakan kami,

” Maaf, tiket bas dah abis untuk esok.., so adik boleh pergi ke Kota Raya II untuk naik shuttle bas yang disediakan oleh Resort World Sentosa. Tak perlu beli tiket, bas datang sejam sekali.. tiket cuma RM5 saja..”

Kami ada pergi agensi pelancongan yang lain, dan jawapan tetap sama, dah abis! sila ke terminal bas Kota Raya II sebelah Persada.  So, kami check in je Tune Hotel, dan tido awal… esok nak bangun 5 pagi nak kejar bas kol 6 pagi (bas pertama).

 

Cara ke Universal Studio Singapore menaiki Bas di Terminal Kota Raya II, JB.

Kena letak tajuk macam ni. Sebabnya, time saya blur, try google keyword ni, kureng membantu. Tak ramai bagi tips naik bas dari Terminal Kota Raya II.

5.00am dah bangun tido, semangat nak ke USS. Lepas solat subuh, turun tune hotel, bawah tu ada 7 Eleven, beli roti, air susu untuk breakfast. Risau gak nanti kat USS ada ke makanan halal..?

Sebelum tu, terminak kota raya II pun kami tak tau kat mana, sempat lah google maps kan kejap. Harap GPS bukan boleh percaya sangat. Dan kami sampai terminal jam 6.30 pagi. parking kereta di bangunan Persada sebelah je terminal.

Sunyi sepi, macam takde bas je. Cuma ada teksi. kaunter bas pun takde. Tak macam puduraya dan jugak klang sentral. Haha.. Maklumlah dah 8 tahun tak naik bas! Pegi tanya pakcik teksi dia kata RM20 masuk singapore, lepas tu dia membebel apa ntah aku tak paham. Dan tengok ada bas ke woodland. Ni ke bas nak kena naik? Blurr…! Tengok ramai orang nak pergi kerja saja naik bas ke woodland tu.. Macam takde orang lain pulak nak ke USS.

Lepas 15 minit macam tu, adalah bas merah double decker tulis Resort World Sentosa datang. Haa.. ini yang kami tunggu kot. dan jelas dia tulis ada RM5. sama seperti yang pihak ejen pelancongan cakap semalam. Tidak syak lagi.

 

Dapat jugak naik bas double decker ni.. dan duduk bahagian atas. Time tu, tak ramai pun, dalam 5,6 orang saja yang naik bas ni. Dan perjalanan pun bermula….

 

Tertinggal Bas!

Dalam perjalanan masuk ke singapore, sebelum melalui tambak johor, semua penumpang adalah wajib melalui pusat imegresen kompleks kastam di JB. So, kita semua kena turun bas dan jalan kaki lebih kurang 10minit untuk sampai di kaunter. Kena naik turun tangga. Dah la ramai sangat orang tinggal kat malaysia nak masuk kerja di singapore. Memang sesak! Adalah beratus dan mungkin beribu orang.

Selepas lalui checkpoint, terus saja ikut ramai-ramai orang berduyun keluar, ada yang siap berlari-lari. But then, kena cari bas masing-masing.

Nasib baiklah bas kami tu warna merah dan 2 tingkat, senang nak cam. Tapi, masalahnya yang tadi dalam bas tu cuma 5,6 orang saja, kini dah penuh sesak!

Why….?

Rupanya shuttle bas ni juga bas lompat. On the way ke Resort World Sentosa dia akan turunkan penumpang di certain2 tempat. Orang yang terlepas bas mereka akan masuk bas kami. Jadi penuh. Dengan itu, kami terpaksa lah berdiri je.

Pagi tu memang jem teruk, kenderaan berduyun nak masuk singapore. Dari kompleks kastam JB nak ke Kompleks Imegresen kat Woodland (singapore) je dah makan masa 40 minit. Sedangkan dekat je dalam 2km.

Bila dah sampai Woodland, sekali lagi kena turun, nak masuk ke kompleks tu kena beratur panjang sangat! tunggu lagi dalam 10 minit. Bila dilepaskan nak kena naik tangga dan beratur lagi dikaunter. Walaupun ramai orang, tapi kat check-point tu kejap je. Masuk, tunjuk passport, cop dan keluar.

But, time kat masa saya, sangkut pulak. Sebab tak isi borang daftar masuk. Nasib baiklah akak kaunter tu peramah dan baik hati. Dia mintak saya dan wife masuk ke bahagian partition dan isi time tu jugak. Kalau tak, kena beratur semula. 1st time masuk singapore, naik bas pulak tu, manalah kita tau mana nak ambik kad daftar masuk tu. Tengok semua orang takde pulak ambik. Rupanya diorg yang pegi kerja memang dah ambik banyak-banyak dan isi dari rumah. Haha..

Dulu pi mana-mana naik flight, kad daftar masuk tu diberikan sebelum sampai destinasi. But this time, naik pulak bas lompat, kena pandailah berdikari. It’s ok. Sesuatu pengalaman.

Kami dah buang masa kat situ. Dah setelah setel, kami turun untuk cari bas kami. Dah takde…

Tengok semua yang ada bas SJE dan SJS. Entah apa tah bas tu. Orang semua dok beratur panjang. Macam nak naik je. Tapi, fikir balik, nanti tersesat pulak, dah susah.

Tunggu dalam 15 minit, sampai lah jugak bas merah kami, tapi no plate dah lain. Ni mesti next trip ke USS. Kami tunjuk je tiket yang RM5 tu, dan terus naik.

Dalam 9.30 pagi, kami sampai. Bayangkan ambik bas 6.30 pagi. Dari JB ke Resort World Sentosa makan masa 3 jam.. Sebab jem dan sesak di kompleks kastam.

 

Tiba di Universal Studio Singapore

Pagi Rabu, 4 Julai 2012 menjadi destinasi seterusnya dalam siri jelajah “Post Honeymoon”… hehe.

Kami pilih weekday dengan harapan tak ramai sangat orang datang. Tapi, time tu dikira PEAK rate juga. Dah ramai orang dah tunggu pintu masuk dibuka.

Sebelum masuk, kat situ ada tempat ATM Machine, so bolehlah keluarkan duit singapore dollar kat situ. Manalah tau nak beli makanan ke, atau nak beli cenderamata ke.. So, saya kuarkanlah $200. Tak cukup nanti keluarkan lagi.

Kad ATM yang ada logo Visa dan Mastercard, boleh lah cucuk situ dan akan dikenakan fee sikit. Tapi, saya memang dah ada kad Mastercard Payoneer untuk antarabangsa, caj hanya $1 saja dimana-mana ATM seleruh dunia.

 

Bila pintu dah buka saja, terus orang berebut dan masuk. Semua ni 1st time kot.

Saya cadangkan anda ambil pamplet yang disediakan percuma untuk memudahkan anda kuasi lokasi USS dan apa yang sepatutnya anda pergi.

Panduan ini merangkumi, acara yang berlaku, peta lokasi, apa yang menarik, restoran yang ada logo halal, dan surau pun disediakan juga.

Dan ini peta lengkap yang patut anda miliki:

 

Orang cakap, datang ke USS ni sehari mana cukup, sebab banyak tempat nak kena explore. Tapi, kami agak terkejut juga sebab kami mampu menghabiskan semua tempat dan siap round 2,3 kali.

Anda perlu ada plan, dan pastikan datang awal pagi, dan pilih lah hari weekday. Dan paling penting, nak “ride the movie” kena tengok waiting minutes dulu. Ada sesetengah blogger review time dia pergi purata waiting minutes dia adalah antara 30minit ke 45minit. Tapi, dia tunggu jugak sebab nak sangat naik.

Kat depan setiap venue memang dah disediakan waiting minutes nih. Maksudnya, kalau dia tulis 10 minit, kita masuk queue cuma tunggu 10minit je la.

Lagi tips dari saya, lepas je masuk USS, terus je jalan, tak payah nak layan-layan kedai-kedai kat street tu. Decide mana nak naik dulu, abiskan semua riding then, barulah jalan-jalan nak bergambar ke, shopping ke..

Ramai orang lepas je masuk berduyun-duyun arah ke kanan untuk masuk Transformer the Ride. Memang ini daya tarikan utama Universal Studio kan. Semua orang ke sana, kami ke arah bertentanga, masuk kiri.. Jumpalah Madagascar. Takde orang pun.. Waiting minit pun masih 0 minit. Haha…

Tapi, ada pulak sign ‘expected mother’ tak digalakkan join. Cuba tanya instructor yang jaga, dia kata wanita mengandung tak digalakkan sebab ada gegaran dan hentakan sikit.. alamak. Datang dari jauh ni, takkan nak tengok jer.. Belasah jer.. huhu.. FYI, my wife ni dah naik ranking jadi “expected mama” sejak 4 bulan lalu..

Kat sini kami naik boat sampan dan explore pengembaraan Madagascar melalui sungai. Memang best la. Adakalanya suspen dan basah la sikit-sikit. Watak-watak dalam Madagascar semua “hidup”.. tapi sayangnya, tak dibenarkan ambil gambar dalam tu. Korang datang jelah, layan live lagi best. Memang wife sy suka sangat! dia kata memang rugi la kalau awal-awal tadi tak naik. Sedangkan, takde pun bergegar ke apa sangat. Macam naik sampan biasa jer..

Awek australia kat belakang tu sibuk pulak nak interframe tapi buat muka.. huhu..

 

Lepas tu, perjalanan diteruskan ke Far Far Away. Iaitu istana tempat Shrek dan Princess.

Kat sini pun ada Ride the Movie juga. Cerita tentang Shrek nak selamatkan wife dia dengan bantuan donkey. Kat sini hall sekali masuk boleh sampai 300 seat. Dan layan shrek ni memang agak ganas juga. Macam-macam effek akan berlaku. Tapi, jangan risau bagi mereka yang pregnant, ada seat khas namanya “stationary seat”.. memang selamat. Even sarat 9 bulan pun boleh join… hihi

Destinasi seterusnya, ke Jurassic Park..

Kat sini kami nak naik Rapids Adventure, tapi ramai pulak dan ‘wait time’ sehingga 30 minit. So, kami layan “Canopy Flyer” dulu.. macam roller coster tapi yang kecik punya la. Tengok macam tak laju je, tapi sekali dah naik, abis dia belasah…

Next, kami ke Egypt

Kami masuk The Mummy..  sekali kena hentam dengan roller coaster dalam studio dia.. Huh.. Gelap gelita dan berapi-api yang panas, rupanya api real… sbb tu panas..

Adalah kenangan sikit sambil jadi bahan gelak ketawa…. haha

Hahaha… tutup mata tuu.. takottt!!

Lepas tu kami ke TRANSFORMES pulak..

Sebenarnya ada banyak lagi nak story tentang USS ni.

Tapi, godek-godek gambar entah kemana……

 

Apapun, memang enjoy!

Servis Jual Traffik ke Web Jualan Anda, Murah!

Mungkin anda masih terkial-kial nak pasang iklan di Facebook Ads atau di Google Adwords? Atau pun mungkin anda dah rasa penat keluar kos iklan yang agak mahal di Google Adwords atau di Facebook Ads?

Atau pun, anda tak tahu menahu nak pasang memasang iklan?

Kalau tak pasang iklan, bagaimana nak dapat pelawat ke website anda? Takde pelawat datang, siapa nak jenguk apa bisnes yang anda sedang jalankan? No Prespect = No Potential Customer = CIMFIRM Takde Income!

Betul tak?

Saya ada cuba-cuba belajar teknik baru untuk mempromosikan laman web dengan teknik ________ dan hasilnya memang puas hati. Cuma, masalahnya sekarang ni pelawat taknak putus2 pulak singgah sampai dah takda benda nak dipromosikan. So, saya rasa why not buat offer letakkan iklan website anda? dan saya cuma ambil upah pemasangan saja.

Senang cerita macam ni, saya offer 1000 pelawat dari malaysia dengan bayaran RM30 saja. Senang cakap, 1 pelawat datang ke website / landing page anda, kos anda hanya 3 sen. Berbeza dengan iklan di Google Adwords yang kebiasaannya 15sen ke 70sen untuk 1 pelawat.

Mungkin servis saya ini dapat membantu untuk mereka yang baru bermula dan nak pelawat segera bertubi-tubi ke website anda.

Modus operandi:

  1. Anda perlu memastikan, ada kekosongan. Sila hantar mesej PM di FB saya (http://fb.com/nasoha)
  2. Setelah disahkan ada kekosongan, anda perlu bank in RM30.
  3. SMS kan alamat website yang ingin dipromosikan.
  4. Anda terima pelawat anggran 50-150 pelawat setiap hari sehingga jumlah 1000 pelawat.
  5. Report statistik selepas tamat campain akan diberikan kepada anda.

Pastikan website anda ada borang “opt-in” untuk menangkap maklumat data pelawat supaya anda boleh buat follow up kepada mereka.

Ada bukti ke?

Sure! mestilah ada kann.. salah seorang pelanggan saya minggu lepas, saya tunjukkan screen shoot statistik pelawat. Beliau baru pasang 1 minggu dapat lebih 500 pelawat. Baki lagi 500 pelawat akan diterima minggu ini.

Komisen Pay Per Lead + Hadiah Dari Patric Chan!

Hai, salam sejahtera 🙂

Siapa sangka, hanya luangkan masa sekitar 15 – 30 minit sudah mampu menjana side income yang pada saya cukup lumayan hanya dari rumah.

Anda mungkin sedar ketika awal tahun 2012 saya ada mempromosikan DVD The International Player iaitu produk dari Jutawan Internet Dunia, Patric Chan.

Beliau mengedarkan DVD digital ini secara PERCUMA! Dan juga beliau menjalankan sistem Pay Per Lead untuk mempromosikan produk percuma ini. Setiap 1 lead yang sah, beliau akan berikan RM1.

Jika dikira dari nilainya, hanya RM1 dan mungkin ada yang beranggapan membuang masa dan tidak berbaloi. Tetapi, siapa sangka, bermula dari RM1 menjadilah RM10, dari RM10 menjadilah pula RM100 dan seterusnya…

Patric Chan juga ada menyediakan pertandingan (contest) selama 3 hari Top 10 yang paling banyak bawa lead akan menerima hadiah tambahan dari beliau.

Dan dalam masa contest 3 hari tempoh ditetapkan, nama saya telah naik dan memintas nama-nama otai IM yang lain dan dinobatkan sebagai Runner Up keseluruhan 🙂  No.2! duduk dibelakang Pakar Ebook, saudara JaMaL. Dia nih memang otai besar. Saya cuma petai kecik jer.. 😀

Jom tengok carta pemenang:

 

Ini pulak statistik pelawat ke website yang saya promosikan:

Anda boleh lihat saya mencapai sehingga 5399 pelawat dalam masa seminggu!

Sebanyak 732 transaksi! Jumlah komisen semua adalah RM753.50 secara part time dengan kerja lebih kurang 15-30 minit.

Ini bukti CEK yang telah sampai ke rumah saya:

Ini pulak notifikasi komisen yang disahkan:

Bukan komisen sahaja saya dapat. Oleh kerana saya menjadi Top #3 dalam tempoh Pay Per Lead ini dijalankan, maka saya juga layak untuk menerima hadiah-hadiah tambahan seperti:

  • DVD Fizikal “The International Player”
  • Starbucks Card dengan kredit RM100 – memang puas lepak starbucks minum FREE je!
  • Buku Fizikal “Clicking Cash”
  • Tawaran sertai affiliate tertutup.
  • Membership 6 bulan di Ruangan Patric Chan
  • 200 Leads luar negara
  • Interview bersama Patric Chan.

Sudah 3 kali pihak Patric Chan menghantar bungkusan kurier ke rumah saya dengan memberikan hadiah dan hadiah lagi!

 

Best tak…?

Hanya sambilan dari rumah saja. Yang penting ada ILMU marketing dan promosi website secara online.

Jika anda ingin tahu, apa teknik “Gegar!” yang saya gunakan, anda bolehlah berguru secara online coching bersama saya. Saya OFFER 5 orang terawal ini PERCUMA saja dengan syarat anda membeli Buku Clicking Cash dari MPH bookstore.

Maklumat lanjut, boleh layari Special OFFER ini yang bermula 9 Mac 2012 sehingga 14 Mac 2012 sahaja! Ayuh, dapatkan segera!

Sila ke: http://pakarpromosi.com/clickingcashbook/