Bagaimana Mulakan Perniagaan Internet dari Rumah?

Salam satu malaysia! (macam pembaca berita RTM pulak..hehe)

Sejak akhir-akhir ini ramai yang hantar emel kepada saya dan juga call saya bertanyakan untuk buat bisnes vemma secara sambilan ataupun secara bebas bila-bila masa. Soalan-soalan yang biasa sangat saya dengar:

  • “En Nasoha, saya tak tahulah nak mulakan macam mane bisnes internet vemma ni?”
  • “Oh, ada website sendiri yang diberikan percuma ke? Kenapa saya tidak tahu?”
  • “Nasoha! Kenapa kad kredit saya kena caj USD19.95???? Ko ambik ke duit aku ni?”
  • “Saya buta IT lah! Nak buat macam mane ni?”
  • “Saya dah baca dalam emel, tapi tak paham!”
  • “Autoresponder tu wajib kena beli?”
  • “Saya tak boleh buat bisnes vemma ni sebab takde blog!”
  • “Saya dah download E-Book anda tapi tak boleh buka la..”

Dan jawapan saya sangat mudah! “Datanglah menuntut ilmu dengan saya.., saya akan ajarkan langkah-demi langkah, saya tunjukkan caranya..” dan hampir 90% mereka menjawab “Tiada Masa!!!”. dalam hati saya cakap “dahla tak tahu apa-apa, tapi sibuk-sibuk nak join vemma, belajar pun taknak, tapi nak kaya pulak.”.. suruh belajar taknak, asyik takde masa je..Tuhan berikan kita semua cukup adil, setiap orang ada 24jam dalam sehari.. tapi kenapa masa diorang habis? Sebab apa? Siapa tahu kenapa masa boleh abis?

Walaupun saya tahu jawapannya, kadang-kadang saya cubalah bertanya.. “Kak, akak busy je sebab ape ye? ” sekali dia jawab, “KERJA la dik oi..ingatkan akak ni dok umah goyang kaki je ke?” hehehehe.. pastu saya tambah lagi.. “Akak nak sangat kerja tu sebab apa?” errr.. kali ni mesti dia naik angin kot, “Nak makan la, kalau tak kerja macam mana nak makan?”

Oklah, kalau nak sangat kerja sebab boleh dapat duit, tak perlulah buat VeMMA okay. Rata-rata ramai orang ber’vemma’ sebab nak tinggalkan kerja mereka yang kadang-kadang tidak berbaloi. Ketiadaan masa, bangun pagi-pagi terpaksa harungi kesesakan lalu lintas! Tekanan dari BOS! Kita kerja teruk-teruk, BOS je yang kaya-raya. Kerja tak salah, bagus lah sebab nak kerja kan daripada ada orang yang langsung taknak cari rezeki samada bekerja atau berbisnes. Tapi, biarlah kita kerja dengan gembira, jangan ada rasa menyampah dengan kerja kita. Kalau ada perassan begini, saya ada pengalaman nak kongsikan macam mana nak atasi Tekanan di Tempat Kerja anda! Hanya perlu ke laman ini saja, dan masalah anda akan selesai!

Ada la satu masa ni orang call tanya berkenaan bisnes vemma beliau,

  • “Saya dah buka website saya hari-hari, tapi tiada orang daftar pun!”

ada jugak soalan yang kelakar macam ni.. hehe. Itulah padahnya jika terlalu busy sampai join vemma lain yang diajar, lain yang dibuatnya. Mana mungkin kita seorang buka website kita hari-hari dan duit boleh masuk? Fikirlah konsep bisnes, buka kedai, ada barang nak di jual, dan ada pembeli. Senang cakap macam tu lah, Tapi konsep di internet sama juga, ada kedai, kena iklankan supaya ramai pengunjung datang.

Jadi, pada saya, cara pantas atau jalan short-cut nak memulakan perniagaan internet dirumah anda, adalah dengan datang dulu belajar dari otai, sifuĀ  atau hadir ke kelas pengajian vemma. Bila dah belajar, dan dah qatam, masa tu nak bisnes dari rumah 24jam pun takpe. kalau taknak keluar rumah lagi pun takpe. Yang penting, nak duduk dalam rumah tu, kena tahu apa benda yang nak dibuat. So, dapatkan ilmu dulu, barulah tahu apa benda yang perlu dibuat setiap hari.

Kalau nak belajar dari rumah je boleh juga, tapi susah la nak faham… macam jawapan orang ramai diatas topik ini, dah bg emel panduan, dan bg e-book pun tak faham juga, macam mane? Meh datang sini, dan saya akan tunjukkan caranya..

Selamat maju jaya!

ada jugak soalan yang kelakar macam ni
This entry was posted in Sembang Umum, Tips MLM and tagged , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Bagaimana Mulakan Perniagaan Internet dari Rumah?

  1. haji mohiddin hj abd hamid says:

    salam sejahtera nasoha, t/kaseh kerana memberikan panduan panduan,tips2 dan ilmu ilmu yg bermanafat dan berguna kpd saya dan member2 yg lain untok mencapai matalamat dlm vemma wasala.

  2. Marwan says:

    Saya suka blog ni krn sekrg2nya ia menjadi inspirasi, motivasi & memberi semangat kpd saya utk terus berusaha menjadi org yg berjaya.
    Terima kasih En Nasoha.

    “Teruskan Perjuanganmu”

  3. nani says:

    akum nasoha…memandangkn nasoha dah wat ebook utk pnduan asas selepas upgred,di ikuti dvd,kaknani cadangkn lepas ni nasoha kluakn pulak dvd..bljar wat iklan dlm google,fcebook or apa2 yg brkaitan dgn cara wat promosi.
    kaknani rasa kalau ada dvd mcm ni senang utk org2 yg join vemma yg duduk jauh dr KL nk bljar…sbb bila kita join ja kita terus kena wat kerja…kalau nk tnggu mjlis prview vemma..bkn semua tmpat ada…sesuai dgn motto nasoha..JUTAWAN itu brmksud bila dibwh rngkaian kita sudah rmai yg berjaya….
    terimakasih nasoha…Teruskan Kreativiti Anda

  4. Pingback: Bisnes Vemma : VSomebody Group Dulu, Kini dan Selamanya | Vemma Mudah Bisnes Online @ VSomebody

  5. shartika says:

    kalo dh join vemma stiil boleh masuk Vsomebody group?

  6. Paul says:

    Slmat ptg Mr. Nasoha. Saya paling suka baca blog nie berulang kali. Setiap kali rasa nak “give-up” saya teringatkan blog nie. Ianya memberi inspirasi dalam membentuk jati diri yang lebih kuat lebih-lebih lagi macam saya yang berada jauh di ‘Negeri Di Bawah Bayu’.

    Saya amat setuju dengan penjelasan dari Mr. Nasoha. Pembelajaran yang berterusan menjadi penentu kejayaan seseorang dalam Vemma. Kalau nak menimba ilmu kena bersungguh-sungguh dan bukan sekadar ‘angan-angan si Mat Jenin” atau goyang kaki saja tunggu masa duit jatuh dari langit. Vemma nie dah kira terbaik dah sebab 90% upline bantu dan 10% lagi kena usaha sendiri. Bukan susah yang penting kena belajar dari leader yang dah berjaya macam Mr.Nasoha.

    Apapun saya akan tetap menyokong Vemma sekarang dan untuk selama-lamanya.

    Terima kasih.

  7. Bukan susah yang penting kena belajar dari leader yang dah berjaya macam Mr.Nasoha.

  8. atau goyang kaki saja tunggu masa duit jatuh dari langit. Vemma nie dah kira terbaik dah sebab 90% upline bantu dan 10% lagi kena usaha sendiri

  9. huhu tq atas tips2 yang diberikan. sesungguhnya pengalaman anda boleh saya jadikan panduan untuk saya.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>