Salam sejahtera sekalian,
Sedikit info yang cukup berguna yang ingin saya sampaikan hari ini berkenaan bengkel alam perkahwinan. Salah seorang penganjur program ini adalah rakan saya.
Di dalam arus globalisasi kini, keruntuhan rumah tangga menjadi suatu fenomena lazim di kalangan pasangan yang berkahwin. Adakah ini suatu petanda terhadap ketidakkeberkesanan kepimpinan dalam rumah tangga ataupun sebagai lambang kerengganan perhubungan pasangan? Di manakah silapnya? cheewah!
Kedinginan hubungan intim pasangan juga adalah antara punca terjadinya keruntuhan sesebuah institusi keluarga. Ceteknya ilmu dalam isu hubungan suami isteri dan seksualiti juga menjadi tunjang utama dalam masalah perceraian.
Memang tidak dapat dinafikan, akhir-akhir ini isu seks dalam rumahtangga sering terpampang didada-dada akhbar utama. Dan terlalu banyak isu pasangan suami-isteri ini sering tidak berpuas hati dengan pasangannya. Entah apa lah silapnye kan?
Jadi, kini saya memperkenalkan…
BENGKEL KAUNSELING PERKAHWINAN DAN SEKSUALITI
TARIKH : 28 – 29 MAC 2009
TEMPAT: Dewan Kuliah Pusat 3 Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai, Negeri Sembilan.
ANJURAN BERSAMA: Persatuan Kaunseling Malaysia & Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan USIM
YURAN PENDAFTARAN: RM200 (RM50 untuk pelajar)
Jadi, kepada pelajar IPT/IPTS lehla datang belajar ilmu terbaik ni. Yuran pun dah potong habis RM50 jer..
Antara Modul-modul yang akan dibincangkan:
1- Seksualiti Manusia dan Seks Sepanjang Kitaran Hayat.
oleh: En. Abd Halim Mohd Hussin (Ketua Program SPADA USIM)
2- Pembiak Baikkan.
oleh: Prof Madya Dr. Ahmad Mahir
3- Menangani Isu-isu Perkahwinan dan Seksual melalui Kaunseling Perkahwinan.
oleh: Prof Madya Dr. Saedah A.Ghani (Pensyarah kaunseling keluarga USM)
4- Ketagihan Seks Siber Di Kalangan Remaja dan Dewasa.
oleh: Pn. Dini Farhana Baharuddin (pensyarah kaunseling USIM)
5- Isu-isu Krisis Identiti Jantina ; Gay, Lesbian dan Biseksual.
6- Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti Menurut Perspektif Islam
oleh: En. Norazman Hj Amat ( Kaunselor Majlis Agama Islam Negeri Sembilan)
7- Ketidakfungsian Seks, Ketagihan Seks, Ketidakupayaan seks dan kaedah rawatannya melalui Kaunseling Bersepadu Psikososial dan Perubatan
oleh: Dr. Ismail Tamby ( Pakar Sakit Tuan)
untuk maklumat lanjut dan juga pendaftaran:
Puan Hertati Idrus : 012-2860617
Nurul Farhana : 013-3605761
Email : bengkel_perkahwinan@yahoo.com
p/s: saya rasa macam nak pegi ni, tapi kalau takde kawan tak syok la.. ade sape2 nak join? jom r datang..





Pingback: Bengkel Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti | Isteri Puas 18SX Only
salam
pendapat peibadi.
ini maybe sesuai untuk orang yang betul2 di ambang perkahwinan.
name pon BENGKEL kan…mesti ada latihan prktikal skali.
klu student2 yang muda2 datng, nanti diorang dah xsabar2 nak kawin.btul x?
tak fokus belajar.
lagipun kalau dapat ilmu ni sekarang, belum tentu 4 bulan dan seterusnya stil ingat lagi input dari bengkel.
p/s: tapi utk ko sesuai sgt g bengkel ni. ko tu dah tua. g kawin cepat2
haha
hohoho…
mestila ade praktikal kot..
leh try and error jd keberkesanan bengkel tuu..haha..
eh, jomla dtg, takde member la..segan nanti takde partner!
limited time offer je ni..
nie utk lelaki dan perempuan semua bleh ke..
ala untung la sapa yg masih status student… bayar rm50 je..
Untuk semua pun boleh, laki dan pompuan, dah kawin digalakkan, dan yang nak kawin laagi digalakkan, tak kisahla muda-mudi ke tua-tui ker..semua boleh datangg.. Siapa yang student jangan lupa bawak kad metrik ok.. tempat terhad ni..
Yang bestnya Dr. Ismail Tamby ada bg talk tau..alaa takkan tak kenal kot..
mahal sangat kalau 2 orang dah RM400
ala kak, untuk kita pelajari ilmu ni.. bukan selalu.. cubala tanye pihak penganjur, leh dapat diskaun tak..
Pingback: Blog Bisnes Internet » Blog Archive » Buat Duit Dengan Seks.
SEKSYEN KAUNSELING & KERJAYA UPM AKAN MENGANJURKAN BENGKEL KEMAHIRAN KAUNSELING SEKSUALITI PADA 28 – 30 MEI 2009 DI A FAMOSA RESORT MELAKA.
Untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Puan Kamariah atau Puan Kamelia di talian 03-89472086
TERDAPAT RALAT….. TARIKH SEBENAR BENGKEL PADA 29-31 MEI 2009. DENGAN TEMA ” MENANGANI MASALAH SEKSUAL MELALUI KAUNSELING “