Hai.. siapa sangka, dalam dunia internet siber, macam tak percaya hanya selama ini chatting dan layan emel orang luar tetapi siap datang berjumpa. Siapa itu Paul Wilson? Bagi yang tak terlepas post saya sebelum ini mesti dah tau, Paul Wilson adalah pemilik Autoresponder Response2-0.

Ok, cuba ke laman rasmi beliau disini dan paparan websitenya ada gambar beliau seperti berikut:

paul-wilson-autoresponder4

Muka Paul Wilson tu ada di websitenya, beliau tidak malu pun nak tunjuk gambar beliau di website kerana beliau nak bina kredibiliti. Dan semalam, saya sempat bertemu Paul Wilson di Kuala Lumpur, jom tengok gambar dia sama tak macam dalam website;

paul-wilson-autoresponder2

waaaaah! sebijik laa..beruntung sangat-sangat saya dapat berjumpa dengan World Class Internet Marketer ni ha. Beliau datang ke Malaysia bersama isterinya Evita Wilson semata-mata nak jumpa pemilik website nasoha.com iaitu saya =) hihihi.. eh bukan lah, tugas utamanya adalah untuk ziarah sahabat baik beliau iaitu Mark Webber sambil tengok pasukan kegemaran beliau Ferrari beraksi di litar sepang 4 april lepas.

Alang-alang di nak turun Malaysia, memang saya tak lepaskan peluang nak jumpa beliau.

Bukan saya sorang je, saya telah bawa otai vemma yang melanggan Response2-0 untuk turut serta. Antaranya saudara Din Beramboi, Nur Khairul Azizi, Siti Husna dan Suhaiza Sahar.

paul-wilson-autoresponder3

Cuba tengok gambar diatas, isteri Paul Wilson iaitu Evita Wilson sedang berbangga dengan Produk Vemma. Tak lama lagi, mereka ini akan bergelar Jutawan Vemma dalam rangkaian VSomebody. hehehe… Mereka sangat suka dengan produk ni.

Sesi pertemuan dengan mereka ini sangat seronok, berborak macam ayam dan itik, asyik gelak je, sebabnya susah nak faham english dia, tapi bila buka laptop, senang nak faham.

Beliau sempat mengajar kami ilmu-ilmu tahap dewa untuk mendapatkan traffik ke laman website kita. Banyak sungguh ilmu beliau kongsikan kepada kami.

paul-wilson-autoresponder1

Serba sedikit latar belakang beliau, Paul Wilson berusia 30 tahun dan menetap di Port Hedland, Australia. Betul2 rumah dia tepi laut.. Sewa rumahnya berharga USD1500 seminggu! Sebab, negara beliau semua gaji adalah mingguan. Patutlah vemma pun wat gaji mingguan, sebab ikut negara maju.

Permintaan KHAS dari Kami kepada Paul Wilson.

Kami ada menyatakan masalah utama sistem autoresponder adalah double opt-in. Seperti Norabot,mula-mula adalah single opt-in. Dan sekarang, bila dah ramai beli, dia naikkan harga dan hilangkan single opt-in.

Jadi, semalam Paul Wilson ni dah berjanji akan kekalkan single opt-in dalam response2.0 sampai bila-bila untuk kami semua dan juga semua yang berdaftar dengan kami.

Jadi, apa tunggu lagi, nak dapat kekal single opt-in tak?

Dapatkan segera disini ye..

3593 Total Views 2 Views Today
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)