
Sejak saya menceburi bidang perniagaan seawal usia 9 tahun, pelbagai bidang dalam bisnes yang telah saya ceburi. Memang niat untuk menjadi seorang bisnes yang berjaya dan orang cakap ‘boleh pergi jauh’. Masih lagi teringat ketika darjah 3 dah mula menjual Nasi Lemak ditepi jalan depan rumah. Dan jugak siap bawa ke sekolah sebab ada ramai guru-guru nak beli nasi lemak yang mak saya buatkan.
Ini saat pertama saya mengenal perniagaan. Bila bercerita pasal perniagaan, tidak ada istilah duduk lepak. Saya melihat mak saya setiap hari menjual nasi lemak dah kueh-muih. Bila gerai dah tutup, maka dapatlah income. Kadang-kadang, ada jugak sampai ke tgh hari, nasi lemak tak abis dijual. Nak buat macam mane? Dah nama bisnes, ada kala untung dan ada kala rugi. Tapi orang kita sekarang, mind set nak bisnes nak sentiasa untung sahaja berlipat kali ganda tanpa sebarang usaha…
Setiap Hari.
Dan selepas itu, mak saya akan ke kebun untuk cari daun pisang, kemudian ke pasar beli bahan mentah. Setiap Hari. Duit yang dapat hari ini adalah untuk modal hari esok. Malamnya pula dah mula membuat sambal nasi lemak disamping menguli tepung untuk buat kueh. Beliau tidur lewat. Setiap Hari. Itulah kesungguhan beliau disebabkan nak mencari rezeki. Dalam pukul 4 pagi, dah mula bangun untuk mentanak nasi pulak. Siap-siap buat persediaan berniaga. Sebelum 7 pagi mesti dah buka gerai. Rutin harian macam ni. Setiap Hari. Mak saya tidak pernah mengeluh untuk mencari sesuap nasi untuk anak-anaknya.

Sedapnya.. dah lama tak merasa nasi lemak yang mak buat.. hehe
Langit tak selalu cerah. Sama juga dengan bisnes. Kadang-kadang langit menjadi mendung, dan hujan lebat pun turun. Maka, pada hari itu, tiadalah pelanggan nak datang beli sebab hujan lebat. Apa sudah jadi dengan nasi lemak? Makan sendiri la jawabnya sampai ke petang.. Namun, walaupun hari itu, tiada keuntungan atau pun istilah keluarga kami memanggil sebagai ‘tiada collection’, keesokan harinya tetap buka kedai juga. Lagi modal dikeluarkan. Cubalah anda bayangkan, perniagaan ini memerlukan modal wang ringgit setiap hari, dan masa dan tenaga hampir 16-20 Jam setiap hari. Namun, mak saya tetap teruskan berniaga. Tetap teruskan. Tidak pernah menyalahkan sesiapa. Tidak sesekali menyalahkan takdir.
Beliau hanya berkata:
Kita mencari rezeki, kena ada usaha, kita berdoa Allah murahkan rezeki dan juga urusan dipermudahkan.. Lepas tu barulah boleh bertawakkal...
Dari situ, seawal 9 tahun, saya memasang azam untuk membalas jasa keluarga saya. Ingin menjadi usahawan yang berjaya. Banyak pengajaran yang sering kali saya ambil iktibar.
Namun, adakah saya meneruskan tradisi bisnes Nasi Lemak? Zaman dah moden. Teknologi dah canggih. Maka, saya memilih Internet sebagai perniagaan utama saya. Tetapi, saya rasa terkilan anak-anak muda zaman sekarang tidak setabah orang zaman dahulu..
Kalau kita ambil kira cerita nasi lemak tadi, saya rumuskan seperti berikut:
Namun, hari ini, ramai yang datang kepada saya nak belajar menjadi usahawan internet, terutama nak berjaya dengan bisnes VeMMA. Apabila saya memulakan pengajaran, ramai sangat yang mengeluh. Dan juga lagi ramai yang suka buat sekerat jalan. Malah, siap menyalahkan orang lain mahu pun company…
Kadang-kadang saya tak seberapa faham..Kenapa nak bisnes VeMMA tetapi ada sifat negatif seperti berikut?
Pada saya, jika anda memilki sifat negatif seperti diatas, saya sarankan anda berubah segera, ambillah sebagai cabaran untuk anda berjaya. Buka minda dan beri peluang kepada diri anda. Kalau ada perasaan ego, dan tidak mahu berubah, nasihat saya, jangan teruskan bisnes vemma. Bukan sahaja bisnes vemma, mana-mana perniagaan pun anda kena stop. hehehehe…
Semoga anda mendapat iktibar dari kisah saya ni ok. Jika anda komited nak berjaya, saya doakan anda akan berjaya. Selagi anda berusaha, dan kreatif untuk memajukan perniagaan anda, anda akan pergi jauh…!
Bak kata Petronas Primax 3
Pastinya lebih jauh…
atau pun bak kata Shell FuelSave
Lebih kilometer…
So?? Nak pergi jauh kan? Kena isi minyak duluu… hehe.. ada modal tak? kena keluar modal jugak.. Sekali je ke? Isi minyak wajib setiap minggu, ada jugak setiap hari…
Kalau anda tidak ‘isi minyak’ otak anda, maka engin dalam otak tak leh jalan.. Sebab itulah, saya sering menghadiri aktiviti atau program tentang perniagaan. Senang cakap bisnes preview kena datang lah ye..
11 Responses
alimvemma
13|Jan|2010 1Datang jgn xdtg bisnes priview! Betul ckp nasoha tu.. Jgn malas2, leader-leader yang dah berjaya pun xpernah ponteng setiap event VeMMA. So, nak berjaya mesti ada kemahuan!
suzie
13|Jan|2010 2hEhE bGs2..nAiK sEmAnGaT nIe..lG bersEmAngAt hEhE..
fokusjutawan
13|Jan|2010 3ermm paling best borrow power,,,,
coolfrenzy
13|Jan|2010 4tabik la lo bro.. memang aku respek habis la kat ko.. walaupun ko kutuk aku, tapi aku tak kesah… sebab memang aku takde semangat juang tinggi macam ko bro… patutla ko boleh berjaya.
Rasa rugi aku dulu sebab aku tak manfaatkan betul2 member yang hebat macam ko ni. Harap ko terus berjaya lagi masa akan datang.
nasoha
13|Jan|2010 5alim, suzie & fokusjutawan, try to beat Diamond Award 20 Febuari ini.. buat coolfrenzy, abiskan stadi dulu ok.. Good luck! dan thanks sbb mendoakan kawan ko ni ha.. walaupun kau tetal terkorban awal di medan pertempuran ini.. hihi..
Anything about bisnes, idea, business partner atau projek baik ko leh cari aku. Anytime..
cikgu pdah
13|Jan|2010 6nama pun bisnes..mesti ade modal..mesti ada usaha..dlm vemma kalo malas berjaya apatah lg kalo rajin..berlipat kali ganda ganjaran nya..
nasoha
14|Jan|2010 7Usaha tangga kejayaan… hihi
Lukito
16|Jan|2010 8Nasoha !
You are very gooood !
from :
Lukito
Vemma Indonesia
samilah
16|Jan|2010 9Saya ni semangat tu ada, tpi nk modal besar susah sikit sbbnya, mklumlh surirmh. Gji suami bkn byk sgt. Lagi suami tk bagi saya masuk ni, tpi saya masuk jugak. keras kepala.Lgi satu saya ni buta IT. Klik2 komputer ni saja buat2 pandai. Nk pegi mna2 training susah sikitlh.
nasoha
16|Jan|2010 10Hi Lukito!
tq very much..
hope u doing well on vemma members at INDONESIA..
pls taking care of them..
see u again
Sekitar Advance Training JB Jan 2010 by Blog Bisnes Internet
26|Jan|2010 11[...] la mintak nasi lemak dari leader JB iaitu Kak Zurienna Ismail. Ini adalah rentetan dari peristiwa kisah nasi lemak saya. Rupanya ada juga orang take care tentang saya yang dah lama tak makan nasi lemak. Ingatkan [...]
Leave a reply
Search
Jadilah PEMBACA PERTAMA di blog ini apabila diupdate dengan subscribe emel anda dibawah:
LIVE! CHAT BERSAMA SAYA..!
Koleksi Artikel
Kategori
Meet Successful People
Bersama Tony - Jutawan Vemma.
31 July 2010 Ambassador Summit Training. Holiday Villa Subang.
Bersama Clif Braun
Jutawan Vemma.
31 July 2010 Ambassador Summit Training. Holiday Villa Subang.
Bersama Kenneth Koh
CEO Vemma Asia.
1st Mei 2010 Grand VFT. Eastin Hotel.
Recent Comments
Sila Review di Alexa
Jom Follow!
Statistik
Pembaca Ke:
A design creation of Design Disease
2010 Blog Bisnes Internet . WordPress . Bisnes Power Dari Rumah