Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana saya buat buku ASB yang baru gara-gara buku ASB yang asal gagal dijumpai.. Senang cakap, Buku ASB Hilang! Macam biasa, langkah pertama jangan kita gelabah! πŸ˜€

Tenang-tenang saja.. take a breath..

Tips_Buku_ASB_Hilang

Saya biasa google kan info untuk cari pengalaman mereka yang pernah kehilangan buku ASB. Macam-macam pengalaman dan ragam saya jumpa. Banyak persoalan yang timbul jadinya.. Antaranya:

  1. Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?
  2. Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?
  3. Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?
  4. Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?
  5. Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?
  6. Adakah rekod “history” akan dicetak semula?

Baiklah… semua persoalan diatas akan cuba saya huraikan satu-persatu.

Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?

ejen ASNB

Untuk buka buku baru (akaun yang baru) memang boleh dilakukan melalui Ejen ASNB. TETAPI, jika kes kehilangan buka ASB dan ingin gantikan yang baru, tidak boleh berurusan di Ejen ASNB! Anda perlu ke Pejabat ASNB terdekat.

Anda boleh rujuk sini senarai penuh Pejabat ASNB.

Untuk pengalaman saya, saya ke Pejabat ASNB di Shah Alam yang beralamat:
Lot 2-1 & 2-2
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai
40000 Shah Alam
Selangor.

Ini dia gambar Pejabat ASNB Shah Alam, bersebelahan dengan AMANAHRAYA.

Pejabat_ASNB_ShahAlam

 

Anda boleh masuk dan jumpa staf yang jaga di kaunter pertanyaan. Katakan saja “Buku ASB Hilang” dan beliau akan berikan borang untuk diisikan.

TAPI, semasa saya datang ke pejabat ASNB ini, masa tu tiada staf yang jaga. Mungkin beliau ada urusan lain. Jadi saya pun terus ke bahagian meja borang dan ambik saja BORANG BUKU HILANGΒ seperti dalam Rak No.6 berikut:

Borang_Buku_ASB_Hilang

 

Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?

Anda tak perlu risau jika anda terlupa No Akaun ASB anda, atau pun berapa baki yang tinggal. Apa yang anda perlu isikan adalah butiran pengenalan diri sahaja seperti Nama, No MyKad, dan Alamat. Pastikan anda bawa MyKad yer..

Buku_ASB_Hilang

 

Kemudian, setelah isi borang, barulah ambil no giliran. Masa saya buat hari tu, takde la ramai sangat orang. Tunggu giliran dalam 5minit sahaja.

Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?

Saya dikenakan denda sebanyak RM10 sahaja. Bayar cash.

Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?

Terus siap on the spot. Siap di kaunter. Tunggu je kejap.

Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?

TIDAK! Jika anda nak terus keluarkan duit ASB, pastikan awal-awal lagi anda dah isi borang pengeluaran. Tinggal kosong bahagian no akaun jika tak tahu. Bila buku baru dah siap, baru isi bahagian yang kosong. Gunakan no giliran yang sama, bagitau kat kaunter yang uruskan buku baru tu cakap nak terus keluarkan wang. Tanya la baki tinggal berapa ye.. kot2 dah lupa.. hihi

Alhamdulillah, selesai segala urusan.. tempoh masa anggaran 15minit sahaja dari isi borang sampailah dapat buku baru dan siap keluarkan duit ASB πŸ™‚

Adakah rekod “history” akan dicetak semula?

TIDAK! Hanya rekod yang terkini sahaja akan dicetak.. Tiadalah kenangan rekod keluar-masuk ASB ni.. Tapi takpelah, asalkan masalah dah selesai.

Semoga post ini membantu anda semua ye..
Anda ada pengalaman berbeza..? Boleh share di bhagian komen dibawah..

169420 Total Views 90 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • buku asb hilang (1268)
  • hilang buku asb (134)
  • semak akaun asb online (124)
  • kehilangan buku asb (76)
  • buku asb (64)
  • buku akaun asb hilang (50)
  • jika buku asb hilang (41)
  • buku asb hilang macam mana (32)
  • buku asb hilang 2016 (29)
  • kalau buku asb hilang (26)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)