Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana saya buat buku ASB yang baru gara-gara buku ASB yang asal gagal dijumpai.. Senang cakap, Buku ASB Hilang! Macam biasa, langkah pertama jangan kita gelabah! π
Tenang-tenang saja.. take a breath..
Saya biasa google kan info untuk cari pengalaman mereka yang pernah kehilangan buku ASB. Macam-macam pengalaman dan ragam saya jumpa. Banyak persoalan yang timbul jadinya.. Antaranya:
- Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?
- Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?
- Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?
- Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?
- Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?
- Adakah rekod “history” akan dicetak semula?
Baiklah… semua persoalan diatas akan cuba saya huraikan satu-persatu.
Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?
Untuk buka buku baru (akaun yang baru) memang boleh dilakukan melalui Ejen ASNB. TETAPI, jika kes kehilangan buka ASB dan ingin gantikan yang baru, tidak boleh berurusan di Ejen ASNB! Anda perlu ke Pejabat ASNB terdekat.
Anda boleh rujuk sini senarai penuh Pejabat ASNB.
Untuk pengalaman saya, saya ke Pejabat ASNB di Shah Alam yang beralamat:
Lot 2-1 & 2-2
Pusat Dagangan UMNO Shah Alam
Persiaran Damai
40000 Shah Alam
Selangor.
Ini dia gambar Pejabat ASNB Shah Alam, bersebelahan dengan AMANAHRAYA.
Anda boleh masuk dan jumpa staf yang jaga di kaunter pertanyaan. Katakan saja “Buku ASB Hilang” dan beliau akan berikan borang untuk diisikan.
TAPI, semasa saya datang ke pejabat ASNB ini, masa tu tiada staf yang jaga. Mungkin beliau ada urusan lain. Jadi saya pun terus ke bahagian meja borang dan ambik saja BORANG BUKU HILANGΒ seperti dalam Rak No.6 berikut:
Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?
Anda tak perlu risau jika anda terlupa No Akaun ASB anda, atau pun berapa baki yang tinggal. Apa yang anda perlu isikan adalah butiran pengenalan diri sahaja seperti Nama, No MyKad, dan Alamat. Pastikan anda bawa MyKad yer..
Kemudian, setelah isi borang, barulah ambil no giliran. Masa saya buat hari tu, takde la ramai sangat orang. Tunggu giliran dalam 5minit sahaja.
Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?
Saya dikenakan denda sebanyak RM10 sahaja. Bayar cash.
Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?
Terus siap on the spot. Siap di kaunter. Tunggu je kejap.
Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?
TIDAK! Jika anda nak terus keluarkan duit ASB, pastikan awal-awal lagi anda dah isi borang pengeluaran. Tinggal kosong bahagian no akaun jika tak tahu. Bila buku baru dah siap, baru isi bahagian yang kosong. Gunakan no giliran yang sama, bagitau kat kaunter yang uruskan buku baru tu cakap nak terus keluarkan wang. Tanya la baki tinggal berapa ye.. kot2 dah lupa.. hihi
Alhamdulillah, selesai segala urusan.. tempoh masa anggaran 15minit sahaja dari isi borang sampailah dapat buku baru dan siap keluarkan duit ASB π
Adakah rekod “history” akan dicetak semula?
TIDAK! Hanya rekod yang terkini sahaja akan dicetak.. Tiadalah kenangan rekod keluar-masuk ASB ni.. Tapi takpelah, asalkan masalah dah selesai.
Semoga post ini membantu anda semua ye..
Anda ada pengalaman berbeza..? Boleh share di bhagian komen dibawah..
Incoming search terms keywords:
- buku asb hilang (1284)
- hilang buku asb (137)
- semak akaun asb online (124)
- kehilangan buku asb (77)
- buku asb (65)
- buku akaun asb hilang (50)
- jika buku asb hilang (43)
- buku asb hilang macam mana (40)
- buku asb hilang 2016 (29)
- kalau buku asb hilang (27)
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Sep 01, 2015 @ 11:39:53
saya berminat sila hantar butiran
Sep 01, 2015 @ 11:40:57
saya berminat, adakah boleh membuat pinjaman dan lokasi diuruskan
Sep 03, 2015 @ 19:30:05
very helpful! Thank you. Buku ASB tak hilang, cuma terbasuh sekali dengan baju baju dalam washing machine, habis hancur (T.T)
Oct 05, 2015 @ 12:13:10
Salam, very helpful. thanks.
Oct 09, 2015 @ 12:13:15
Buku hilangggggg tq…sgt membantu π
Oct 12, 2015 @ 11:12:34
salam sis, thanks for the info π sgt membantu
Nov 16, 2015 @ 10:29:43
saya nk cek semula akaun ASNB…tetapi buku hilang…macam mana ya…
Jan 25, 2016 @ 20:44:52
sangat membantu. tqvm
Feb 04, 2016 @ 22:20:49
terima kasih kongsi info, sangat membantu, buku hilang tak tahu kat mana.
Feb 17, 2016 @ 04:55:06
Terima Kasih!! Lega hati lepas baca page ni π
Apr 06, 2016 @ 16:22:42
Saya nak tahu saya ada ASB atau tidak
Apr 20, 2016 @ 17:06:42
thanks for the info.. π
May 03, 2016 @ 08:23:47
Tq.sangat membantu..tgh2 kering ni..hi hi
Jun 16, 2016 @ 21:05:42
Tq so much..ntah kemana lah hilangnye buku asb ku..
Jul 26, 2016 @ 10:15:12
thanks for the info… buku asb adik saya hilang
Aug 20, 2016 @ 21:41:13
Macam mna klu pemegang buku yg hilang sedang saraf mengandung 7 bulan & cawangan yg paling dekat kena naik kapal terbang atau bot yg perjalanannya jauh. Ada cara lain tak untuk dapatkan buku atau keluarkan sebahagian duit yg ada dalam simpanan
Aug 23, 2016 @ 21:29:54
Assalamualaikum.boleh ke kita nk check sama ada kita ada akaun asb atau x? Sbb seingat2 sy,msa sy kecil dlu sy ad akaun asb..jd,dh lme sgt tu..dlm kes mcm ni,akaun tu msih aktif atau x?
Oct 22, 2016 @ 11:22:52
hi,
saya tidak pasti samada saya ada buka asb ke tidak..macammane nak semak ye?
Jan 03, 2017 @ 10:39:46
hi
buku asb lama dlu hilang lepastu buat buku baru
bila buku lama yg hilang tu dah jumpa semula
boleh pakai lagi ke buku lama tu untuk dikemaskini?
Jan 13, 2017 @ 19:23:42
Terima kasih bnyk2 utk info yg sngt2 membantu ini. Besar pahala anda. In shaa Allah. ????
Jan 29, 2017 @ 11:05:49
thx bg info….sgtla berguna utk sy yg kehilangan buku asb ni hehe….:-)
Feb 15, 2017 @ 13:57:42
Buku x hilang..tp x jumpe2
Mar 04, 2017 @ 09:26:29
Terima Kasih Nasoha, jenuh dah cari buku ASB.
Ada masalah UNIFI call 0183159262 HAMIZUL.
Nasoha, terima kasih byk2. Sy nak minta kebenaran utk share link info ini.
Apr 08, 2017 @ 10:57:22
assalamualaikum sy terbaca dalam ruang nii .. lega tak terkira.. sgt2 membantu..
nak update buku ASB dan Tabung Haji baru nak cari buku, maalum lah umur dah senja ni..
any sgt berterima kaseh atas info ni…
Jun 06, 2017 @ 14:59:11
Buku ASN hilang tahun 1990 dan sekarang 6 Jun 2017 baru jumpa kembali. Apa harus saya lakukan. Wang dalam akaun masih ada .
Jun 07, 2017 @ 23:35:09
Saya pernah pergi, buku hilang, dia suruh pergi buat akuan sumpah. Macam senang pula cara awak ni. Kawan2 ada yg dah try ke?