Nampaknya untuk memulakan perniagaan internet hanya dari rumah kini semakin mudah. Kalau dahulunya saya seorang student, yang belum ada kerjaya mungkin kad kredit adalah penghalang saya untuk buat bisnes internet. Kerana, untuk malakukan transaksi online (pembayaran antarabangsa) perlu ada kad kredit. Itu suatu masa dahulu.

Sekarang, TIADA ALASAN lagi yang kita tak ada kad kredit! Kerana dengan adanya kad debit Maybank (yang ada gambar cherry) amat memudahkan kita melakukan transaksi di internet.

Dulunya dikenali sebagai kad ATM Maybank Bankcard. Dan awal tahun 2009, sesiapa yang memiliki kat ATM Maybank Bankcard ini boleh terus tukar upgred Version iaitu Kad ATM siap Visa Debit. Senang cakap, kad ATM ni ada fungsi sama macam kad debit. Sebab ada logo visa.

Apakah Kegunaan Kad Debit?

Kad debit ni memudahkan kita untuk membeli belah dan juga menggantikan wang tunai kita daripada bawak banyak-banyak. Zaman dulu-dulu, memangla bawak duit berkepuk. Tapi, ini zaman sekarang, bawak kad sahaja. Tapi, kena ingat kad debit ini adalah kontra daripada kad kredit. Kalau kad kredit, swipe dulu, hujung bulan baru bayar bil. Lain pula kad debit, kena masukkan duit dulu (macam prepiad), dan kemudian barulah boleh swipe di mana-mana. Antara kegunaan kad debit ialah:

  • Membeli belah di shopping complex.
  • Beli minyak di petrol station.
  • Pembelian atau pembayaran di internet.

Kalau tak silap saya, kalau nak byr minyak di petrol station, elok bayar di kaunter. Kalau kita swipe dia machine pam minyak, dia akan tolak RM200 dahulu, walaupun kita hanya isi minyak RM40 sahaja. Dan beberapa hari kemudian, baru dia masukkan semula baki RM160 tuu.. Sebab saya dah pernah kena benda ni.. hihi

Jika shopping, kita akan dapat treats point. Setiap pembelian RM3 akan dapat 1 mata treats point. best kan..

Namun, kalau kita nak buat pembelian secara online pula (transaksi di internet), bukan boleh terus pakai je. Kena aktifkan dulu “Maybankcard Secure Online Shopping Registration” dan selepas itu, barulah boleh buat bisnes internet. Nak buat Vemma pun boleh..

Langkah-langkah Aktifkan Visa Debit Maybank di Internet.

SYARAT #1:  Pastikan kad Maybank ATM anda adalah version yang baru seperti berikut:

dan bukannya yang kuning-hitam tu. Kalau masih lagi yang lama, sila tukar di Maybank.

SYARAT #2: Pastikan sudah memiliki akaun Maybank2U. Jika belum boleh dapatkan di www.maybank2u.com.my

Apabila 2 syarat ini telah dipatuhi, barulah boleh aktifkan Visa Debit anda.

LANGKAH 1: Login di Maybank2U.

http://jomvemma.com/panduan/images/m2u.jpg

LANGKAH 2:

http://jomvemma.com/panduan/images/m2ulogin.jpg

LANGKAH 3 : Lihat bahagian Utilities dan klik pada “Maybankcard Secure Online Shopping Registration”

http://jomvemma.com/panduan/images/m2uhome.jpg

LANGKAH 4 :buat password anda

http://jomvemma.com/panduan/images/m2usecure.jpg

LANGKAH 5: pastikan SUCCESSFUL (warna hijau)

http://jomvemma.com/panduan/images/m2usukses.jpg

Jika ada masalah boleh rujuk Pusat Khidmat Pelanggan Maybank 1300-88-6688.

TAHNIAH! Langkah pertama anda untuk memulakan Perniagaan Internet dari rumah telah berjaya. Jika ingin sertai Perniagaan Vemma dalam rangkaian Nasoha.com boleh daftarkan keahlian anda di www.JomVemma.com dan kemudian klik “Get Started” serta masukkan butiran kad Visa Debit Maybank tadi.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me
278 Total Views 12 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • cara aktifkan kad debit maybank (16)
  • kegunaan kad debit maybank (14)
  • cara mengaktifkan kad kredit maybank (11)
  • cara membuat kad visa (11)
  • cara buat kad visa (8)
  • cara aktifkan maybank2u (7)
  • aktifkan kad debit maybank (3)
  • debit kad maybank kegunaan (3)
  • aktikan debit card mybank (3)
  • cara nak aktifkan debit kad maybank (3)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............