Selama ini saya tidak pernah nak ambik tahu tentang CCRIS melainkan jika ingin membuat loan atau pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah mahu pun pinjaman perniagaan.

Namun, baru-baru ini saya ada terbaca buku kewangan peribadi yang sangat menekankan betapa pentingnya menyemak penyata CCRIS kita. Kenapa? saya akan jelaskan kemudian.

Apa itu CCRIS?

CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat). CCRIS ini akan mengumpulkan semua laporan kredit kita secara automatik daripada institusi kewangan.

Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah:

  • Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
  • Hutang kad kredit.
  • Menjadi penjamin.

laporan-kredit-ccris

Kenapa kita perlu semak rekod CCRIS?

  1. Ramai yang semak CCRIS adalah untuk buat loan. Pastikan rekod kita baik dalam CCRIS dan ianya membantu kita mudah lulus dapat pinjaman. Kalau rekod kita buruk, iaitu banyak bulan tertunggak kredit setiap bulan, maka semakin susah lah nak buat loan. Ada sesetengah bank akan reject permohonan anda awal-awal lagi.
  2. Sebagai rekod peribadi kita dan ingin mengetahui berapa banyak sebenarnya jumlah kredit anda, berapa baki keseluruhan hutang, dan juga rekod bulanan adakah mungkin kita pernah tertunggak? Harus diingat, jika kita ada loan kereta sebanyak RM453, dan kita hanya bank in RM450 sahaja di cash deposit machine, maka pada bulan berikutnya secara automatik laporan kredit CCRIS akan memaparkan kita ada tertunggak 1 bulan. Jika tiap2 bulan kita byr loan kereta RM450 juga, tiap-tiap bulanlah kita tertunggak 1 bulan. Walaupun hanya tertunggak 1 bulan, ianya sudah merosakkan laporan CCRIS anda!
  3. Dan yang paling penting adalah apabila kita menjadi penjamin kepada peminjam. Walaupun kita hanya penjamin sahaja, laporan kredit bulanan juga dicatatkan dalam kredit CCRIS. Jika orang yang anda jamin itu tidak bayar loan dengan tepat masanya, ianya sudah merosakkan imej CCRIS anda! Memang agak berisiko dan bahaya jadi penjamin ni. Hati-hatilah ya.. Jadilah penjamin kepada orang yang anda benar-benar percaya.

 

Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!

 

Bagaimana nak semak laporan kredit CCRIS?

Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.

1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:

BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur

BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).

Peta ke BNM:

View Larger Map

Bagi anda yang pertama kali nak ke Bank Negara Malaysia, saya cuba berikan panduan mudah cara ke sana:

  • Bangunan Bank Negara adalah bertentangan dengan Bangunan DBKL (berdekatan Dataran Merdeka).
  • Anda perlu lalu bulatan di belakang dataran yg menghubungkan jalan parlimen, jalan kuching dan jalan kinabalu.
  • Dalam bulatan tersebut, ikut ke signboard Jalan Sulatan Salahudin dan pergi ke arah Stesen KTM Bank Negara.
  • Pintu masuk adalah berdekatan @ selepas stesen komuter Bank Negara. Masuk ke kanan.
  • Selepas masuk gate bank negara, jalan terus sampai ke hujung. Jangan ikut arah “parking” selepas gate, sebab kiosk semakan CCRIS adalah di Block D, iaitu dihujung sekali betul-betul di pintu keluar.
  • Ada parking sebelum pintu keluar, dan boleh parking situ.
  • Ada pihak keselamatan disitu, boleh tanya je cakap nak semak CCRIS.
  • Masuk ke BNMLINK dan terus je cari kiosk yang disediakan. Tak perlu nak ambil nombor giliran atau ke mana-mana kaunter.
  • Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
  • Dan ianya PERCUMA!
  • Cuma nak keluar parking je, kena bayar parking.. hehe.. saya kena parking RM1.

kiosk-ccris-bnmlink-bank-negara

Kiosk untuk semak laporan kredit CCRIS

Laporan CCRIS anda akan terus dicetak dan anda boleh lah lihat berapa banyak kosong “0” yang anda ada.. Jika semua kosong, saya ucapkan TAHNIAH! Jika ada banyak nombor “1”, rekod dah tercalar sikit. Tapi kalau ada nombor “2” dan “3” atau lebih dari tu, memang jadi rekod buruk.

Ini saya punya.. alhamdulillah, 2 loan dan strike “0”. cuma ada loan kereta je yang kadang-kadang terlewat sikit byr, tapi, bulan berikutnya kembali “0” maksudnya, pada bulan berikut itu saya byr 2 bulan. Kalau tiap2 bulan kita terunggak 1 bulan, maka no “1” akan berturutan.. hehe

laporan-ccris-cara-semak

dalam masa yang sama juga anda boleh lihat berapa jumlah sebenarnya anda buat loan dan juga berapa lagi jumlah baki RM yang masih berhutang.

Paparan rekod ‘tabiat’ hutang ini hanya dipaparkan dalam tempoh 12 bulan sebelum ini sahaja. Jika anda nak bersihkan nama anda, kena pasang azam bayar hutang tepat masanya selama 12 bulan akan datang. Selepas 12 bulan dari sekarang, boleh semak lagi laporan kredit. Time tu dah boleh nyanyi lagu Najwa Latif… “Kosong… Kosong.. Kosong…” 🙂

 

2) Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.

Cubalah sesekali semak laporan kredit CCRIS anda..

487842 Total Views 26 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • ccris (2126)
  • ccris check (636)
  • ccris check online (468)
  • semak ccris online (305)
  • check ccris online (240)
  • semak ccris (232)
  • check ccris (228)
  • ccris online (224)
  • semak blacklist bank negara (175)
  • ccris malaysia (148)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)