Sembang Umum

Pendapatan Google Adsense : RM20k

😀 senyum sikit..!!

wahh!! tajuk ni gempak gilerrrr.. mmg gempak ke? Semalam time tgh nak ambik ‘gaji’ tetap adsense bg bulan Febuari tetiba teringin nak tgk jumlah keseluruhan semenjak terjebak dengan Google Adsense. Gaji semalam genaplah 19 bulan berturut-turut saya menerima pendapatan pasif ini tanpa ‘miss’ walau sebulan. Syukur, Alhamdulillah.. Maksudnya dah 19 kali la saya menerima duit dari google.. best3x!!

Tringat sebenarnya 2 tahun dahulu ( Febuari 2007) ketika tu pertama kalinya nak mempercayai buat duit dengan internet ni. Dan pada waktu itu terjumpe Google Adsense. Memang ramai otai ketika itu yang gempak dengan income adsense. Saya bermula dengan ‘zero’ dan pendapatan pertama saya adalah $0.69 jer.. kemudian next month dapat $0.02 jer..! Disebabkan tak putus asa, setelah 5 bulan aktif untuk adsense barulah merasa pendapatan pertama, masa tu google hantar Cek ke rumah saya. 5 Bulan baru mula menjana hasil pertama, terseksa bukan?? Ramai rakan saya yang nak mulakan google adsense ni, baru try sebulan dua je dah give up.. soh sabar sikit je tak nak. Tapi buat ape nak kisah, pendapatan saya tetap tak terjejas.

Berikut adalah screenshot Google Adsense saya bg tempoh 19 bulan : (klik pd gmbar untuk jelas)

Jadi, secara keseluruhannya selama 19 bulan ni, saya dah menjana sebanyak USD6170.13 ~ RM20k wahh banyak tuu, kalo dapat income mcm ni setiap bulan kan best.. Tapi takpe, untuk setahun setengah ni dengan RM20k yg telah saya dapat dan saya pun tak tahu kemana tah duit tu pergi…boros sgt la.. 🙁

Sebenarnya dah hampir 4 bulan saya tak pernah update blog-blog adsense saya. Namun income terus terjana secara automatik! hehe, dapat duit goyang kaki je. Hujung bulan hanya perlu login di google adsense dan ambik MTCN number untuk western union..best tak kerja mcm ni? Tapi anda tak tau bagaimana peritnya bermula dulu… terkontang kanting tau..

Walaupun tak la sehebat otai-otai IM yg lain, namun, cukupla dengan sekitar RM800 setiap bulan berterusan hanya dengan goyang kaki!! 😀

Tawaran Hebat!! Ade sesiapa nak jadi anak murid saya dalam Google Adsense? haha…ayat poyo gilerrr..

Incoming search terms keywords:

  • buat duit dengan google adwords (2)
  • cara buat duit dengan google adsense (1)
  • pendapatan dengan google adsense (1)

Hot FM Big Jam 2009, Danga Bay.

Alang-alang dah sampai johor kat Good Hope Hotel, Skudai sempena majlis vemma, saya pun singgahla jugak ke Danga Bay tu nak layan kejap HotFM Big Jam 2009. Erm, jalan-jalan kat negeri orang ni best jugak, apatah lagi hanya memandu berpandukan GPS je.. nasib baikla GPS yang baru beli ni tak bengong. Kita betul la apa yang dia guide.

Ok, just nak tunjukkan je sekitar HotFM Big Jam 2009 tuu:

Ini hadapan Festive Street Mall, Danga bay, cuaca yang amat terik sangat2,

Walaupun konsert 8 jam tanpa henti itu bermula jam 4 ptg namun, ada yang fanatik giler dah tunggu depan stage dari jam 12 tgh hari lagi.. Panas tuu.. yang tahan tu tgk ada yang bawak baby pegi time panas terik.. haha

Haa.. ade ternampak kete Hot FM Viva Zoomerz, jadi saya pun ambik la gambar sikit..

Yang ni pulak, sebab terlalu panas terik, beli la satu topi murah ni dan boleh la jd kenangan dari Danga Bay:

Memang banyak ragam disana, dan apa pun menjadikan serba sedikit kenangan dalam kehidupan..

Incoming search terms keywords:

  • HOTFM CCRIS (1)

Saya dan Bowling…Score!!

Assalamualaikum!, haa jawab jgn tak jawab.. 🙂

Mungkin takde apa nak post tentang bisnes kali ni, namun saya nak kongsikan pengalaman saya bersama bowling ni. Mula-mula memang tak nak la nak main, segan2 silu takut2 masuk longkang je campak..Tapi, apa kan daya, dah alang-alang masih muda remaja ni tak salah kot nak mencuba sesuatu.. Itulah al-kisahnya..

Sejak berkecimpung dengan bowling ni makin lama makin ketagih la pulak.. Sehinggakan jadi tabiat dan amalan mingguan.. Pernah la satu ketika dulu. Skrg dah tak ketagih sangat dah.. Slow-slow cuba tinggalkan, kalau nak main pun, sekali sekala, ader la time dia kan?

So, bercerita tentang bowling ni, nak dijadikan kenangan ader la sesekali leh score, so nak tunjuk sikit la antara markah-markah yang biasa saya dapat.. haha..

bowl2

haa..ni score 181, banyak tak?? ni main tangan kiri je, yang ni pulak pakai kaki je..

bowl

hehe, 🙂 best3!! dapat 190, sayangla sikit je lagi nak score 200.. Namun kira ok la kan, budak baru kenal apa itu bola bowlingg..

So, ade sape2 nak main ajak saya ok.. Ade Beran??

Bengkel Kaunseling Perkahwinan dan Seksualiti

Salam sejahtera sekalian,

Sedikit info yang cukup berguna yang ingin saya sampaikan hari ini berkenaan bengkel alam perkahwinan. Salah seorang penganjur program ini adalah rakan saya.

Di dalam arus globalisasi kini, keruntuhan rumah tangga menjadi suatu fenomena lazim di kalangan pasangan yang berkahwin. Adakah ini suatu petanda terhadap Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • kaunseling seksual (11)

Nasoha.com berwajah baru lebih profesional

Salam sejahtera,

Alhamdulillah, hampir setahun dalam arena blog internet bisnes ini, dan kini tiba masanya untuk saya mengubah theme blog ini kepada yang baru. Sejak semalam saya cuba dapatkan theme yang menarik, dan inilah hasilnya. Yang pastinya theme kali ini adalah lebih profesional dan berketerampilan. Ade la jugak ala Malaysiakini.com Klik Sini Untuk Baca Selajutnya