Sembang Umum

Jumpa Saya di Gerak Usahawan Nasional 2009

Salam sejahtera, maaf kepada semua kerana tidak berkesempatan mengupdate post di blog ni. Terrlalu pack jadual saya sejak kebelakangan ini. Namun hari ini saya ingin memberikan khabar terbaru saya tentang Vemma.

======================

PROGRAM TERDEKAT

Kementrian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MeCD) akan mengadakan “Gerak Usahawan Nasional 2009” pada 6 hingga 8 Febuari 2009 bertempat di PWTC Kuala Lumpur.

Lihat poster berikut:

Jumpa Saya di Booth Vemma Malaysia!

Ya, apa yang cukup menarik, Vemma akan mengambil bahagian dalam siri Gerak Usahawan 2009 ni. Siap buka 2 booth untuk vemma di hadapan pintu masuk aras 3. Anda semua dijemput hadir bagi memeriahkan boot kami. Oh ya, kami juga akan mengadakan Pendaftaran Percuma besar-besaran di sana! jangan lupa untuk datang ok. Untuk direct bertemu saya di Vemma booth, pastikan datang pada waktu saya bertugas iaitu pada 7 Febuari 2009 (sabtu) antara jam 3pm hingga 8pm. Namun, selain masa itu juga, saya akan turut bersama leader-leader yang lain sepanjang masa..

Insyaallah, Perasmian Pembukaan akan disempurnakan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia.

Bagi memudahkan anda mencari booth Vemma, saya setakan pelan kedudukan booth kami,

INGAT! ARAS 3 : BOOTH NO 25 & 26 ( booth warna OREN! )

(KLIK PADA GAMBAR UNTUK LEBIH JELAS)

Ada Bonus Peribadi Khas untuk anda sekiranya anda datang untuk tempah kedudukan anda bersama saya!

Sekiranya anda ingin tempah atau booking sesi khas bersama saya, sila buat tempahan awal, dengan SMS kepada saya, “Nama” dan “Masa untuk jumpa” ke 012-3330279.

Vemma kan boom PWTC.

Anda mahukan laagi tawaran hebat dari saya? Sila datang dengan warna OREN!! dan ada yang istimewa nanti!

Jumpa anda di Sana!!!

Selamat Tahun Baru 2009, Azam Baru VS Azam Lama

Alhamdulillah, hari ini merupakan hari pertama dalam tahun baru 2009. Dan malam tadi buat pertama kalinnya dalam tempoh 5 tahun saya tinggal di KL saya menyaksikan bunga api betul2 atas kepala. Saya menyaksikan di Upper Roof One Utama Shopping Complex Damansara Utama (bahagian atas bumbung tu). Wahh, gerun ade kagum pun ade. Bercampur baur. Mane taknya, percikan cukup jelas dan betul2 mencurah2 atas kepala saya. Suasana bingit dan hiruk pikuk pun ade jugak disulami deringan “alarm” kereta2 di parking kereta akibat terkejut dengar bunyi bunga api tuh. Huh, selain tu juga, ramai memekik2 tanda gembira. Di bahagian jalan utama pula, kelihatan kereta sesak jem teruk kerana ramai berhenti untuk saksikan malam gemilang itu. Yang tak faham bahasa, sentiasa membunyikan hon mereka. Dia ingat dia sorg je ade bunyi hon. Aku pon ade laaa!! Itu sahaja laporan dari OU.

erm, jadi kesempatan ini, saya tidak lupa untuk mengucapkan Selamat tahun baru 2009! Semoga tahun ini lebih baik daripada sebelumnya. Oh ya, Apa azam anda semua tahun ni? Leh kongsikan bersama? Erm, apabila Azam 2008 sudah tercapai, kini Azam 2009 memulakan ceritanya. Ya, terus terlintas dihati ingin memasang impian supaya menjadi usahawan internet yang terus berjaya 2 kali ganda dari tahun sebelumnya. Dan yang penting azam untuk berjimat cermat nak kukuhkan kewangan memandangkan ekonomi malaysia yang tak menentu. Saya teringin untuk menjadi seorang pelajar yang sudah mempunyai syarikat yang kukuh.. hoho.. Bagaimana pula azam 2009?

Mesti anda ternanti-nanti apakah azam 2008 yang telah saya sempurnakan? Ehem, suprise..sebagai seorang pelajar yang memulakan karier sebagai IM dan sejak setahun yang lalu, mmg saya terus pasang impian untuk memilki kereta sendiri. Alhamdulillah, walaupun kecik je kete saya nih, namun, cukup la sekadar yang termampu iaitu The New MyVi SE putih melepak..haha. So sedikit review kenapa saya suka sgt kete nih, jom kita layan mengikut gambar-gambar bini kesayangan ni seperti berikut:

myvi1

Gambar front view, New stylish grille, hood and front bumper with fog lamp design. Headlamp with black painted finishing. hehe, suka2.. Ni gambar kat depan umah sewa saya di Pantai Hillpark, Phase 2. Nak tgk gambar lagi?? Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Azam tahun 2008 dah terlaksana?

Salam sejahtera, lagi tinggal dalam 2,3 hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2009, dan juga baru beberapa jam yg lalu kita sudah pun berada dalam tahun baru hijrah 1430. Selamat Menyambut Maal Hijrah dari nasoha.com

oh ya, sepanjang tahun 2008 ini sudahkah azam anda terlaksana dan sudahkah impian anda tercapai? mungkin ada yang tersenyum sendiri dan tergelak pun ade sebab azam 2008 dah lupa dah.. Amboii, biase la time hangat tahun baru memasing pasang azam dan impian. Namun, pernahkah cuba untuk merealisasikan? Alangkah gembiranya sekiranya azam 2008 sudah terlaksana dengan sempurna.

Namun, bg diri ini ade sesuatu yang tidak bisa diungkap dengan kata-kata pujangga! . hehe.. Bercerita pasal azam dan impian memang sudah tercapai, Alhamdulillah, ku pohon kesyukuran diatas Rahmat-Nya. Apakah anda ingin mengerti  impian yang mana saya sudah kecapi dalam tahun 2008 ini? Haa..ini adalah suprise! Saya akan bg tau bila semasa Tahun baru 2009 nanti.. Tungguu…!!

Maaflah hari ini takde tips untuk dikongsikan bersama. Cuma saya nak bagi tau anda, projek terbaru saya baru je dilancarkan iaitu www.BisnesPower.com ayuh setai kami sekarang!

Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan dengan cerita terbaru saya, jgn lupa nak gatalkan jari tu sikit je untuk subscribe disini!

Forum KekalCantik.com dilancarkan.

forumkcSetelah kehilangan forum lubukinc.com satu ketika dulu, kini saya cuba menampilkan satu lagi forum untuk berbual dan lepak santai khas untuk pelawat setia blog nasoha.com ini. Dari Forum KekalCantik.com atau paggilan singkatnya Forum KC, dapatlah sesiapa sahaja mengiklankan produk mereka yang lebih tertumpu ke arah “Kesihatan dan Kecantikan diri”. Memang tidak dinafikan, akhir-akhir ini pelbagai macam jenis produk berada dipasaran. Dan sudah pastinya kita mahukan yang terbaikbukan? Sebab itu, di Forum KC lah, anda boleh buktikan produk anda itu ygterbaik..

Jadi, marilah kita sama-sama dapat memerihkan lagi Forum KC ini agar dapat me’rileks’kan diri dari tension atau stress mengadap PC lama-lama..

Oh ya, buat permulaan ini, Forum KC mengadakan promosi Hadiah Percuma bg 10 terawal mendapat 50 post di forum. Selamat berforum..

Bagi yang aktif, saya akan invite menjadi  “moderator” bg memajukan lagi forum ni..ehem2

Alhamdulillah, kisah sedih semalam berjaya diatasi. Artikel yang terbaik sahaja telah pulih kembali.

Blog nasoha.com dilahirkan semula

Huh..Sedih rasanya, bagaikan mati hidup semula. Tak disangka kesudahan begini. Kesudahan? Bulum lagi berakhir, genap setahun jagung dalam arena Perniagaan Online ni masih belum cukup ilmu didada. Baru-baru ini blog terlalu sesak dengan spammer dan buat keputusan untuk reinstall semula.  Namun, semangat harus terus berkobar dan bendera “oren” mesti terus dikibarkann. Bendera oren? Ya, gelombang oren kita hampir menakluki dunia tak lain dan tak bukan? VeMMA! Anda boleh lihat blog perniagaan vemma saya. Semakin hari semakin masyukk..

Nasoha.com kini diberi ‘nafas’ baru dengan wordprees edisi terkini dan juga siap ade WordPress Turbo! haha.. best mmg best. Sebab itulah sanggup kehilangan artikel sebelum ini. Dah buat backup pd mulanya, namun saiz melebihi 2MB dan tak berjaya untuk ‘restore’ semula. Apapun, artikel lama tu mmg dah lapuk dan juga kisah merapu saya. Kini blog nasoha.com akan memberikan “lebih manfaat daripada biasa!” Yo, motto terbaru blog ni. Yang mana akan memberikan segala bagai up to date dalam memberi fokus kearah “Buat Duit Online, Buat Duit dari Internet

Dikesempatan ini juga, mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua pelawat dan pembaca setia blog ini. Nampak gayanya memang kene banyakkan post supaya tidak nampak sunyi. Bagi anda yang tidak mahu ketinggalan dengan tips terbaru dan ‘barang baik’ terbaru, jgn lupa untuk subscribe disini

Selamat Hari Natal bg yang beragama kristian! Hohoho..Merry Christmas!

Jom online bersama saya,

sign1