Sembang Umum

Dengan ini, saya memberikan secara ikhlas untuk simpanan koleksi anda semua, versi kad raya saya untuk anda! ambik la..ambik la..

Hurm, semua kawan-kawan saya di Friendster, saya sudah mengirimkan kad raya special nih. Dan juga saya letakkan link untuk buka isi kandungan kad ini. Jadi, rakan-rakan dari friendster akan terus membaca isi kandungan disini.

Assalamualaikum sahabatku sekalian. Semoga anda berada dalam keadaan sihat selalu disamping keluarga tercinta. Maaf banyak2 kerana tiada kad raya saya poskan ke alamat rumah kalian buat tahun ini. Namun, saya tetap utuskan kad raya versi digital yang mana tidak kurang rupanya seakan bentul fizikal. Maklumlah, Dunia dah Maju, Zaman dah Berubah..

Dikesempatan ini, dihari yang penuh mulia ini, ku susunkan sepuluh jari ini tanda seinfiniti kemaafan andai kata tersilap langkah dan terkasar bahasa sepanjang kita berkenalan. Halalkan makan minumku, maafkan segalanya samada zahir dan bukan zahir. Ucapan ini khas ditujukan buat semua rakan sekelas Electrical Engineering UM batch 2005,  awe, ijat, nizam, jamal, azwan, som, elden (tgu krismas) , lily, nabila, sal, fitri, shima, shida, ila, azisha, dan semua. Seterusnya kawan-kawan di Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah UM. Tak lupa juga kawan-kawan se”PASUM” dan juga ex-SAMTH Kota Raja, Klang kelas 5F,5Ai,5Z,5R 2003, manelah korang semua menghilang entah kemana, kalo kawin, jemputlah aku..Oh ya, paling penting buat sahabat kenalan online termasuk sifu2 di dunia internet ni, dan juga kawan-kawan rapat din beramboi dan shahraduan yang sll support aku..(hehe..kasi up sikit..). last but not list, kengkawan pembaca setia blog nasoha.com

Buat akhirnya, saya ucapkan kata keramat yang cukup indah sempena 1 syawal, SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Ingatan penuh Ikhlas,

Raya datangla umah leh dapat duit raye!

p/s: thanks pada luvlee yang bg action script kad raya ni..

Penghayatan Iklan Raya Petronas 2008

Salam aidilfitri. Tatkala sedang melayar akhbar utusan online, dah disebelah kanan sidebar ade pulak iklan raya petronas tahun ini. Kisah kali ini cukup tersinggung dan juga ‘terkena’ kat hidung aku sendiri. Haha. Memang iklan kali ini khas ditujukan untuk semua anak-anak muda yang sll pakai internet. Maklumlah, linggkungan belia kita yang rajin nak online dan wat bisnes online. Nak raya katakan, mestilah pump sales kaw2. Sampaikan dah balik kampung pun masih nak pikir nak online. Mcm aku gak la..hehe. Siap watak utama ni bawak balik laptop ngn broadband. Mmg sebijik macam aku. Tapi kalo dia bawak maxis broadband lagilah kene kat aku..haha

Ape pun, jom kita layan dulu iklan ini, walaupun simple, tapi cukup tersentuh hati..

Erm, kadang-kadang kita akan lebih pentingkan kerjaya kita, kita lebihkan bisnes kita dari org tua kita. Namun, org tua kita mesti akan lebihkan anak2nya dari segalanya. Semoga iklan ini banyak berikan anda ikhtibar.

p/s: ade jugak yang tak balik kampung raya ni, sbb lebih pentingkan kerjaya daripada ziarah org tua mereka.