Tazkirah Online

Salam Ramadhan 1431H & Bonus Bulan Puasa

Bermula esok, 11 Ogos 2010, semua umat Islam akan mula menjalani ibadah puasa selama sebulan. Jadi, sehubungan dengan itu, saya sebagai admin kepada website Nasoha.com ingin mengucapkan kepada anda “Selamat Berpuasa” kepada mereka yang beragama Islam. Semoga bulan ramadhan kali ini kita semua dapat sama-sama tingkatkan amal ibadah, banyakkan sedekah, dan amal jariah.

Bagi mereka yang mengenali saya secara langsung mahupun tidak langsung, saya ingin memohon ampun dan maaf diatas semua perkara samaada disengajakan atau pun tidak disengajakan.

Bersamalah kita mengejar BONUS EXTRA di bulan yang mulia ini.. Antaranya:

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • puasa ramadhan (29)
  • gambar puasa ramadhan (23)
  • salam ramadhan (18)
  • gambar ramadhan (14)
  • salam subuh ramadan (3)
  • salam subuh dan salam ramadhan (2)
  • salam subuh ramadhan (1)
  • salam subuh dibulan ramadon (1)
  • salam ramadhan mohon maaf (1)
  • gmbr hadis sahih bulan ramadhan (1)

RM3000 ke Bawah Kategori Miskin?

Hai.. salam sejahtera. Malam semalam saya ke surau dan sambil terdengar ceramah agama tentang ibadah puasa. Jadi, dipendekkan cerita masuklah bab “Fidyah”. Tau ke fidyah ini apa?

Saya terjumpa definisi fidyah:

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Fidyah ni senang cakap adalah bayar secupak beras kepada orang fakir miskin. Dan ada beberapa sebab kenapa kita kena bayar fidyah.

Oklah…,

Ustaz pada malam tu ada buka sesi soal jawab. Dan adalah seorang pakcik ni tanya..

Zaman sekarang ni susah la nak cari orang yang betul-betul fakir dan miskin.. jadi macam mane nak serahkan bayaran fidyah ni?

Maka si ustaz tu pun menjawab:

Kita jangan meletakkan diri kita dalam kaedah zaman dulu. Bukan definisi miskin itu adalah tiada rumah, tak dapat makan, takde kereta. Zaman sekarang mengikut garis panduan, setiap isi rumah yang berpendapatan per kapita bawah RM3000 adalah miskin. Dan LAYAK untuk terima fidyah..

saya pun, rasa macam pelik pulak. Gaji RM3000 miskin? Saya terus search di internet dan terjumpa satu artikel dari Utusan Malaysia.

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • kereta untuk dijual bawah rm3000 (58)
  • kategori keluarga miskin malaysia (21)
  • pendapatan rm3000 kebawah miskin (1)
  • pendapatan gaji rm3000 miskin di bandar (1)
  • maksud pendapatan isirumah bawah rm3000 (1)
  • kereta untuk gaji bawah 3000 (1)
  • 3000 kategori miskin (1)
  • kategori fakir (1)
  • kadar pendapatan fakir dan miskin di malaysia (1)
  • gaji taraf miskin (1)

Kemewahan adalah satu UJIAN?

Artikel Penuh di: http://nasoha.com/index.php/kemewahan-adalah-ujian

****************************************************************************

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. Islam is the way of life. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun Islam kita ini adalah Islam yang diwarisi oleh ibu-bapa kita, namun, kita tetap cuba menghargainya.

Wahh..mcm poyo pulak nak bg tazkirah. hihi… Saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri yang semakin alpa sambil mengingatkan para pembaca sekalian. Bulan puasa ni, pastinya sedikit ilmu yang kita kongsikan, pahala kita akan digandakan, Insyaallah. Arus kemodenan alaf kini cukup menguji keimanan kita. Apatah lagi suasana sekeliling kita mendesak kita menghampiri kepada dosa. Iman boleh turun naik ni.

Bercerita pasal iman, saya bukanlah orang yang layak nak huraikan. Namun, sebagai org Islam, saya cukup tahu Rukun Iman itu 6 perkara. Kalau di iklan radio Rukun Negara boleh ingat, takkan rukun iman yang 6 pun takleh ingat kan? Jadi, post saya kali ini agak berbeda dengan sebelum-sebelum ini yang banyak memberikan tips buat duit di internet atau pun sebagai usahawan internet.

Seiring dan Sejalan

Dalam usia perniagaan semakin maju, jgn ditinggalkan juga usia keimanan kita. Hari ini adalah 17 Ramadhan, sejarah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun. Kalau tak silap dulu mengaji pernah dengar Al-Quran diturunkan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Betul ke tak ye? Kalau salah, sila betulkan ana ye? Banyak kisah tauladan dan pedoman hari esok yang perlu kita pegang. Selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan hadis Nabi, maka kita takkan sesat buat selamanya. Kadang-kadang saya cek balik diri sendiri, kenapalah aku wat dosa hari ni? Rupanya tertingal baca Al-Quran atau pun solat kita dah tak berkualiti lagi.

Pagi ini terdetik hati ini nak Klik Sini Untuk Baca Selajutnya