Status Updates

Status Update Via Mobile Phone

Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana saya buat buku ASB yang baru gara-gara buku ASB yang asal gagal dijumpai.. Senang cakap, Buku ASB Hilang! Macam biasa, langkah pertama jangan kita gelabah! 😀

Tenang-tenang saja.. take a breath..

Tips_Buku_ASB_Hilang

Saya biasa google kan info untuk cari pengalaman mereka yang pernah kehilangan buku ASB. Macam-macam pengalaman dan ragam saya jumpa. Banyak persoalan yang timbul jadinya.. Antaranya:

  1. Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?
  2. Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?
  3. Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?
  4. Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?
  5. Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?
  6. Adakah rekod “history” akan dicetak semula?

Baiklah… semua persoalan diatas akan cuba saya huraikan satu-persatu.

Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?

ejen ASNB

Untuk buka buku baru (akaun yang baru) memang boleh dilakukan melalui Ejen ASNB. TETAPI, jika kes kehilangan buka ASB dan ingin gantikan yang baru, tidak boleh berurusan di Ejen ASNB! Anda perlu ke Pejabat ASNB terdekat.

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • buku asb hilang (1268)
  • hilang buku asb (134)
  • semak akaun asb online (124)
  • kehilangan buku asb (76)
  • buku asb (64)
  • buku akaun asb hilang (50)
  • jika buku asb hilang (41)
  • buku asb hilang macam mana (32)
  • buku asb hilang 2016 (29)
  • kalau buku asb hilang (26)

Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek

Ini ada projek buat duit yang hebat. Satu-satu perniagaan yang tak perlu jumpa dan menghadap pelanggan. Biarkan Vending Machine ini sahaja yang melayan pelanggan. Mesin ni kutipkan duit untuk kita 24 jam sehari! Setiap Hari.. Tanpa Cuti! Anda bakal jadi BOSS tanpa melayan karenah pekerja.

mesin-buat-duit-vending-machine-murah

Perniagaan ini bakal memberikan pulangan yang lumayan yang berterusan. Kerja yang mudah hanya 2-3 kali seminggu dan 2-3 jam setiap sesi. Iaitu hanya kutip duit dan refill stok baru. Itu sahaja!!

 

Tugas anda cukup mudah…

  1. Ambil Duit
  2. Isikan stock baru – Refill air tin / botol
  3. Beli stok dari pemborong atau mana-mana hypermarket

Itu saja 🙂

bisnes-vending-machine-air-tin-botol-murah

Soal marketing, pengiklanan, penerangan, tidak perlu lagi. Kerana mesin minuman air tin dan botol ini sudah popular, dan mendapat permintaan yang sangat tinggi… 🙂

 

Tambahan pula, kelebihan kami, kami menyediakan kawasan pilihan yang anda rasakan sesuai. Premis kedai dan outlet yang rendah risiko serta dikawal kawalan CCTV. Jadi, anda tidak perlu pening kepala lagi untuk cari kawasan!!!

 

Berbanding sebelum ini, kami hanya jual vending machine sahaja, dan pelanggan akan mencari kawasan yang ingin diletakkan vending machine ini sendiri. Dan ramai pelanggan kami tak mampu nak cari dan kurang pengalaman untuk “deal” dengan owner kedai.

 

Antara rangkaian premis / outlet yang akan kami letakkan vending machine milik anda adalah seperti berikut:

  • Kedai Dobi Layan Diri 24 Jam ( Fresh 2o Laundry & Laundrybar)
  • Universiti & Kolej (khas untuk vending machine combo – minuman dan snek)
  • Masjid
  • Dewan badminton
  • Futsal
  • Apartment
  • Sekolah
  • dan banyak lagi..

dobi-layan-diri-vending-machineInilah vending machine kami yang telah diletakkan di Dobi Layan Diri..

 

UPDATE TERKINI…

Berikut adalah senarai kasawan yang sangat hot dan perlukan pemilik vending machine! (Ready Location)

KUALA LUMPUR / SELANGOR

  1. Seksyen 20 Shah Alam
  2. TTDI Jaya
  3. Taman Sri Sentosa
  4. USJ 1
  5. USJ 8
  6. USJ 15 Persiaran Mulia
  7. Taman Medan
  8. Taman Sri Gombak
  9. Kinrara Koi

 

MELAKA

  1. Permatang Duyung
  2. …coming soon
  3. …coming soon
  4. …coming soon
  5. …coming soon

 

JOHOR

  1. Bayu Puteri
  2. Kota Putri
  3. Uda Angsana
  4. Larkin Perdana
  5. Larkin Suriamas
  6. Permas Jaya
  7. Bukit Dahlia
  8. Taman Rinting
  9. Taman Molek
  10. Taman Dahlia
  11. Persiaran Perlin
  12. Taman Daya
  13. Jalan Tembikai 7, Kota Masai

 

 

Kelebihan Tambahan:

Mesin adalah warna putih dan masih kosong tanpa sebarang iklan. Jadi, anda boleh pasang iklan di body vending machine ini! ATAU…., anda boleh sewakan space iklan dan mula buat duit tambahan 🙂

Slot iklan ini boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian. Mungkin ada yang ingin buat iklan promosi jual produk online, bisnes sambilan, produk kesihatan, kereta sewa, dan lain-lain lagi… 🙂

 

 Harga setiap air minuman, anda tentukan sendiri!
Kami akan berikan kunci, dan guide anda cara nak ambil duit, isi air, serta cara setting harga..!

 

 

Berapakah harganya..??

 

Kami ada beberapa pakej mengikut kesesuaian anda:

  1. Pakej Air Minuman (botol & tin) 25 Selection:
    – Muat sehingga 400 tin
    – Variasi pilihan air minuman sehingga 25 jenis
    – Harga: RM13,800   RM11,500 SAHAJA! (Offer)
    – Termasuk pakej pemilihan lokasi premis!
    Nota: harga RM11.5k ini adalah antara yang terendah dalam pasaran! Dan harga ini juga termasuk pemilihan lokasi, bukan hanya untuk mesin sahaja…
    .
    .
  2. Pakej Air Minuman (botol & tin) 36 Selection:
    – Muat sehingga 450 tin +
    – Variasi pilihan sehingga 36 jenis
    – Harga: RM17,800    RM15,500 SAHAJA! (Offer)
    – Termasuk pakej pemilihan lokasi premis!
    .
    .
  3. Pakej Combo – Air Minuman dan Snek!
    – Muat sehingga 300 snek + air
    – Harga Offer: RM17,000
    – Pilihan outlet dalam Universiti.

 

Namun, harga diatas akan berubah bila-bila masa. Dan tidak termasuk caj penghantaran jika luar kawasan KL / Selangor.

Jika berminat, sila isi borang diruangan komen dibawah, dan sertakan bajet anda serta lokasi pilihan anda..
Jika anda perlukan untuk apply LOAN, boleh nyatakan sekali… Terima Kasih

 

UPDATE TERKINI:
HARAP MAAF, VENDING MACHINE SUDAH SOLD OUT!!

Incoming search terms keywords:

  • mesin air tin (327)
  • bisnes vending machine (218)
  • harga vending machine (124)
  • perniagaan vending machine (106)
  • harga vending machine malaysia (90)
  • harga mesin air tin (79)
  • bisnes mesin air tin (79)
  • perniagaan mesin air tin (52)
  • mesin air tin untuk dijual (50)
  • bisnes mesin air (48)

FB Fan Pages Untuk DIJUAL MURAH!

Sejak akhir-akhir ini saya sudah tidak lagi menjalankan servis naikkan atau tingkatkan likes di fanpages. Mungkin kerana kekangan masa dan juga ‘syarat’ FB yang baru menyukarkan saya untuk buat servis likes ini. Servis tetap boleh dijalankan dengan teknik baru, namun ianya memakan masa yang agak lama untuk capai target likes yang diminta oleh pelanggan.

 

Jika saya buat terlalu cepat pula siap, risikonya pada customer yang mana fanpage akan dibanned atau unpublished! Jadi, saya tidak mahu ambil sebarang risiko. 🙂

 

Dan kini, saya semakin kurang aktif untuk bergiat dalam urusan Fanpages. Saya lebih fokus pada software Robot FB yang saya jual sistem ini. Dimana, robot fb ini tugasnya menghantar post iklan dalam setiap groups yang kita sertai mengikut jadual.. Anda mahukan software ini..? Boleh komen dibawah dan pastikan anda isikan ruangan email.

UPDATE: HARAP MAAF, JUALAN TELAH DITUTUP!
Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • fb page untuk dijual (3)
  • akaun facebook untuk dijual malaysia (2)
  • harga fan page facebook (1)

Tutorial: Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Akaun Maybank

Hai & salam hormat buat pembaca blog sekalian 🙂

Tutorial datang lagi.. hihihi.. Kali ni saya nak berkongsi cara keluarkan duit dari paypal dengan transfer ke akaun bank tempatan. Dalam tutorial ni saya tunjukkan duit dihantar ke akaun Maybank.

Bagi usahawan online atau IM memang dah biasa guna Paypal kan? Dan ada juga yang masih tak tau nak keluarkan duit dari paypal. Walaupun tips saya ni sekadar basic, namun saya pasti ada yang masih belum tahu lagi paypal boleh bank in ke akaun bank tempatan di Malaysia.

Sebelum nak keluarkan duit dari paypal, pastikan dalam akaun paypal tu adalah baki..! Kalau takde baki, kenalah buat duit di internet dulu. Macam saya dapat duit di Paypal ni dengan beberapa cara:

  1. Saya gunakan Credit Card Payment Gateway sebagai cara terima bayaran dari pelanggan. Setup button paypal supaya customer saya yang nak bayar servis atau membeli produk saya menggunakan kad kredit.
  2. Sertai program pengiklanan Bidvertiser. Ianya adalah program PPC yang mana bila blog kita ramai pelawat, dan kita letakkan iklan bidvertiser ni, orang akan klik dan kita dapat duit. Dibayar setiap hujung bulan.Setiap hujung bulan saya akan terima email pembayaran dari Bidvertiser dan duit terus masuk ke Paypal.buat-duit-dengan-bidvertiserJika anda ada blog, dan ada pelawat sekurang-kurangnya 2000 sehari, boleh lah apply akaun Bidvertiser disini. Dan selepas itu, boleh mula letak iklan dan jana pendapatan sampingan melalui blog anda!

 

Baiklah, jika dah ada duit dalam PayPal, jom saya tunjukkan cara nak keluarkan dan terus masuk ke akaun Maybank.

 

Login akaun paypal anda dan klik Widhraw.

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank1

Sebenarnya ada 2 Pilihan nak keluarkan duit samada melalui akaun bank tempatan atau melalui kad kredit yang anda daftar melalui Paypal tapi caj agak tinggi iaitu RM20. Berbeza dengan cara transfer ke akaun bank hanya RM3 atau percuma jika keluarkan duit lebih RM400.

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank2

Masukkan amount yang nak dikeluarkan. Jika anda belum pernah add akaun bank tempatan, sila klik dulu bahagian “Add Bank Account”. Routing code bagi Maybank adalah: MBBEMYKL

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank4 tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank5

 

Tekan “submit” dan siap!

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank6

 

Paypal akan hantar email dan bagi tau bila duit akan masuk. Sebagai contoh saya request transfer pada hari ini 27hb dan duit akan ada dalam akaun Maybank pada 29hb (rujuk ayat dalam email yang diberikan oleh paypal)

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank7

 

Mudah kan..? jangan lupa daftarkan nama anda di www.KelabMarketing.com untuk percuma newsletter dan update terkini…

Selamat mencuba…!! Semoga tips simple kali ini serba sedikit dapat membantu anda.. Sudi-sudilah tinggalkan komen dibawah ye.. Bagi semangat sikit untuk saya terus post entry tentang tutorial 🙂

Incoming search terms keywords:

  • cara keluarkan duit dari paypal (29)
  • buat duit dengan paypal (25)
  • cara keluarkan duit guna kad kredit (16)
  • had duit transfer dari paypal ke mybank (15)
  • cara keluarkan duit dari atm maybank (13)
  • transfer duit dari paypal ke maybank (13)
  • keluarkan duit dari paypal (11)
  • berapa lama duit daripada luar negara masuk malaysia (11)
  • cara keluarkan duit dari bank (10)
  • cara krim paypal ke mybank (6)

Servis Tambah Like berkualiti di FB FanPage!

Sejak bulan Mac 2013 yang lalu saya ada promote servis tambah like fanpage ini di FB  saya. Dan ketika itu ianya masih di tahap permulaan untuk test market dan juga ingin melihat respon hasil like dari servis yang saya tawarkan.

Ternyata like yang saya berikan adalah like yang berkualiti, bukannya robot atau pun bots. Malah, like ini juga merupakan ahli tegar FB yang aktif!

 

Like adalah ASET!

Tahukah anda, bila kita ada puluhan ribu like, ianya merupakan aset pada kita? Hakikatnya ramai yang tidak sedar bahawa jika kita punyai fanpage yang ada 50k likes, maka kita sudah memiliki satu mesin buat duit yang tetap. Sebagai contoh disini adalah sebuah fanpage 50k likes. Dengan adanya 50k likes (pengguna FB tempatan), maka semakin mudah anda buat side income di internet!

buat duit facebook

Macam mana caranya nak buat duit dengan fanpage sendiri?

Saya tunjukkan beberapa cara yang telah saya dapat income dari fanpage. Dan ini adalah dari pengalaman saya sendiri. Maaf saya katakan, saya tidak akan berikan tips/panduan yang belum/tidak saya guna 🙂

Memang sudah biasa kita dengar penceramah/mentor/coach yang pandai beri ceramah cara-cara buat duit, dan beliau menunjukkan cara-caranya, sedangkan beliau hanya tahu saja sebab ada ilmu tetapi tak buat pun atau dengan kata lainnya, beliau tidak buat duit dengan apa yang beliau ajarkan. hihi…

So, meh sini saya kongsikan antara cara buat duit mudah dengan adanya fanpage 50k (bahasa melayu, likes malaysia):

  1. Promosi affiliate. Anda join saja mana2 affilaite yang sesuai dengan page anda, dan promote lah link kat situ. Berdasarkan pengalaman saya, kalau fanpage ada 50k, maka people yg view (tanpa fungsi promote berbayar) adalah sekitar 2k-3k. Ini tak termasuk viral. Secara konsisten buat promosi boleh lah buat duit sikit dari affiliate.Antara affliate yang selalu saya promosi adalah sistem blast apps post planner. Dalam sebulan, saya menjana USD50 (anggaran RM150) dan ianya akan berterusan setiap bulan selagi mana referral kita kekal melanggan aplikasi ini.
  2. Servis Blast Iklan. Anda juga boleh offer kepada usahawan FB yang ingin buat iklan. Jika kita ada 50k likes, dengan rate semasa biasa saya akan caj RM20 untuk 5 kali iklan (berjadual). Dan saya limitkan pada 10 orang peserta sahaja dalam 1 bulan. Jumlah = RM20 x 10 peserta = RM200 sebulan.Ini kalau 1 fanpage je. Cuba fikir kalau ada 10 fanpage? blh naik ke RM2k sebulan.
  3. Menyewakan Content Creator (CC): Jika fanpage kita adalah topik umum, maka anda boleh sewakan CC kepada sesiapa yang berminat menjadi admin untuk post di page anda. CC adalah content creator yang mana ‘pangkat’ ini hanya boleh akses post update dan moderator sahaja. Admin (manager) tetap hak anda! Jangan risau. Ada baiknya juga, bila ramai CC maka TAT (talking about this) page kita akan meningkat.Untuk menyewakan CC, harga pasaran untuk 50k likes adalah RM50 sebulan. Anda boleh limitkan kepada 10 peserta sebulan. hasilnya, RM50 x 10 penyewa = RM500 sebulan.
  4. Jual Produk Anda. Mungkin anda ada produk-produk fizikal seperti baju, tudung, produk sihat, produk cantik dll. So, alang-alang dah ada fanpage sendiri, boleh la jual apa saja yang anda mahukan.
  5. Tarik Pelawat ke Blog. Jika anda anda blog sendiri, boleh gunakan fanpage untuk tarik pelawat ke blog anda. Bila blog anda ramai yang melawat hasil dari blast dari fanpage, maka blog anda akan naik harganya. Dari situ, boleh jana wang dengan blog pula! Sbg contoh, saya dapat duit dari blog dengan media pengiklanan, pay per click, iklan banner, dan juga servis like!
  6. Jual Fanpage: Jalan terkahir, jika anda nak sangat duit cepat. Gadaikan saja fanpage anda. Mengikut harga pasaran sekarang, jika ada 50k fanpage, harganya adalah RM1000 – RM1500. kalau page anda berkisarkan keagamaan, ilmiah atau tazkirah, harga boleh 2 kali ganda..

 

Inilah 6 cara yang saya sendiri masih buat ketika sedang update enrty ini. Itu adalah berdasarkan sebuah fanpage 50k. Sedangkan saya adalah banyak fanpage dan juga bukan takat 50k saja. Fikir2kan, begitu mudahnya buat duit online sekarang jika kita ada fanpage yang beribu2 likes.

servis-like-3

Mana nak dapat like cepat dan berkualiti?

Cara paling cepat dan berkualiti adalah dengan melanggan pengiklanan di facebook iaitu facebook ads. Namun, tak ramai mampu buat kerana kos yang melambung tinggi. 1 like yang berkualiti dianggarkan sekitar RM3 ke RM5 untuk setiap 1 like.

So, kalau nak dapatkan 1000 like, boleh jadi kena keluarkan modal antara RM3000 – RM5000!

Jika anda mahir dan expert dengan FB Ads, boleh la turunkan harga sekitar RM1000 untuk 1000 like. Namun, FB ni bermusim. Time ramai nak iklan, masa itulah harga melambung tinggi! Lagi-lagi nak PRU 13 sekarang, harga jadi naik.

Orang kata, belajarlah beriklan dengan FB Ads. Kat luar sana, ada banyak bengkel, seminar untuk anda hadir belajar. Ada juga yang jual ebook, video dan pelbagai panduan. Anda perlu keluar modal.

  • Hadir seminar/bengkel: RM150 – RM400
  • Beli Ebook/Video: RM60 – RM200

 

Memang kena keluar kos untuk pandai. Tapi, AWAS! jangan fikir dengan sekali join seminar RM300-RM500 selama 1 hari saja, anda terus pandai! Dan juga, dengan beli ebook, dvd sekali tengok je boleh pandai. hakikatnya…. “makan masa!”

Saya tak nafikan tentang kelas seminar ILMU ini. Cuma, saya sendiri berjaya hari ini dengan sertai pelbagai kelas, seminar bengkel, dan juga keluar modal beli ebook, panduan, dvd dan lain2. Semuanya perlu modal, rajin belajar dan makan masa……..

Ada tak cara paling cepat nak dapat LIKE?

Produk dah ada, fanpage dah ada, cuma LIKE je takde. takkan nak habiskan masa untuk belajar macam-macam lagi? Nanti bile produk nak laku? Bila nak mula dapat untung..?

 

JALAN TERAKHIR…… terpantas & termurah!

Sebagai jalan penyelesaian kepada masalah anda, dengan besar hati saya ingin mengumumkan “Servis Tambah Like Fan Page”. Like adalah berkualiti hasil dari pengguna FB yang aktif.

servis-like-fanpage

Servis Tambah Like Berkualiti di Fan Page Anda! MURAH & PANTAS!

Like yang diberikan adalah hasil daripada blast dari rangkaian network saya (partner) fanpage dan blog-blog dari Malaysia. Dan berikut adalah anggaran statistik:

  • like adalah real people
  • 35% lelaki 17-34thn
  • 55% wanita 16-40thn
  • 10% selain golongan diatas
  • 97% rakyat malaysia (selebihnya indonesia, singapore & brunei)
  • 99.99% yg faham bahasa melayu
  • bukan pakai apps
  • tak perlu beri akses admin
  • kami juga akan berikan extra like sbg hadiah (anggran 5-10%)
  • jika fanpage belum ada username pun boleh diterima.
  • tempoh siap: anggaran 24-48 jam (untuk rate 1000 like) – jika tiada tempahan lain pd waktu itu.

Dan berikut adalah hasil sebenar yang menggunakan servis ini (salah seorang customer saya)

servis-like-fanpage

Anda boleh lihat, 98% orang malaysia, dan ada beberapa negara lain adalah tetap orang Malaysia yang mungkin belajar atau bekerja di luar negara.

Language pula ternyata ramai Malay. Yang “english” adalah by default akaun FB kita. sama macam saya, saya login FB guna bahasa English. Ini bukan isu…

 

Berapa Harga Untuk Servis Like FanPage?

Saya offer pada harga cuma RM0.15 untuk setiap like. Ianya jauh lebih murah dari kos kita bayar di FB. dan berikut senarai penuh..

harga-servis-like-fanpage

HARGA TERKINI, LEBIH MURAHHH….

  • 1000 like: RM100
  • 2000 like: RM160
  • 3000 like: RM200
  • 5000 like: RM250

 

 Nota: anda boleh jadi ejen jualan kami, dan mula menjana pendapatan tambahan. Syarat untuk menjadi ejen, anda perlu melanggan 3k likes dahulu ya.. selepas itu, boleh layak harga ejen. Lebih murah + buat duit lumayan!

 

Terma & Syarat untuk melanggan servis LIKE ini..

1) Sila pastikan anda sentiasa update post wall anggaran 8-10 kali sehari. Dan post adalah dengan menggunakan teknik 9:1 iaitu 9 kali post info dan 1 x post IKLAN atau PROMOTE. Ini kerana bila page anda sudah memiliki like yg banyak tetapi tiada activity, FB akan bg warning.. Anda boleh amalkan teknik ini sebelum tempahan dibuat.

2) Anda juga boleh gunakan fungsi iklan FB promote post sebagai cara utk kekalkan momentum like yang banyak. Dan juga untuk meningkatkan viral. Cara ini juga boleh elakkan page dari disable.

3) kami tidak bertanggungjawab jika berlaku masalah warning dari FB atau page disable. pastikan anda update wall dengan baik, tanpa buat post yg sama berulang kali, dan juga link promosi.. Buat connection & relationship dengan follower anda. Sebagai contoh, ucapkan lah selamat malam, selamat pagi, dan bagi sedikit panduan harian untuk menghiburkan hati follower anda. Juga akan meningkatkan TAT.

4) Galakkan follower anda PM anda di page anda, dan juga galakkan mereka post di wall anda..

 

 TESTIMONI CUSTOMER SAYA!

Biasalah dalam bisnes online ni, bila tak ditunjukkan testimoni, orang kata takda bukti. Meh sini saya tunjukkan beberapa testimoni ya….

bukti-servis-like-fanpage
untung si Nadia ni, dia order 1k likes saja, tapi dapat extra banyak! rezeki dia lah….

servis-like-bukti

lagi bukti:

bukti-servis-like-fanpage2

 

HARAP MAAF.. TEMPAHAN TELAH DITUTUP..!!

HARAP MAAF.. TEMPAHAN TELAH DITUTUP..!!

HARAP MAAF.. TEMPAHAN TELAH DITUTUP..!!

 

Incoming search terms keywords:

  • servis tambah like fan page (28)
  • servis tambah like fan page murah (25)
  • servis like facebook (24)
  • tambah like fan page (23)
  • tambah like fanpage (22)
  • servis like fan page (15)
  • cara tambah like di fanpage (14)
  • servis naik like fan page (10)
  • servis like termurah (10)
  • tambahkan like dengan mudah (10)