Tips Promosi

Cetak/Print Flyers Pada Harga Murah!

Hai..apa khabar semua pembaca blog saya? maafkan saya sebab membuatkan anda ternanti-nanti kenapa saya tak update blog saya ni. Oh ya, paham-paham jelah, freelancer macam saya ni kadang-kadang sengaja taknak update blog.. hihi 🙂

Jadi, sekarang saya dah ada Printing Company sendiri.. best tak? bermula dengan kumpul modal dari bisnes internet, buat blog, jual jus vemma secara online, personal coaching dan lain2 lagi, maka dapatlah start company sendiri. Eh, pengalaman takde tapi camne nak setup company sendiri ya?

Saya bukannya ambik bidang perniagaan masa kat universiti dulu. Dan takde ilmu pun pasal Perniagaan Percetakan. So, bagaimana boleh ada Printing Company sendiri kan? Al-kisahnya, gunakan jalan pintas! hihihi.. nak tau macam mane? jalan pintas tidak bermaksud rasuah ya.. kena ingat tu..

Cuma jalan pintas yg saya buat adalah dengan konsep Joint Venture (JV). Baru-baru ni entah kenapa ada org call dan ajak jumpa.. Dia cakap nak tak wat invest kat company baru dia. Printing Company. Bila fikir-fikir balik, sekadar pelabur senyap je. Memandangkan saya pun ada bisnes internet yg perlukan cetak flyers pada harga murah, why not saya ambik ni satu peluang kan? So, bila dia tau saya berani invest, dia pun pakat terus untuk JV kan Printing Company tu.. Yg mana company ni sebenarnya dah ada kilang sendiri. Agen jualan dia tak ramai. Company kecik je..

Alah.. malas nak story pasal company ni, cuma apa yg specialnya, dia wat offer harga runtuh untuk cetak flyers dengan harga murah!

PERKHIDMATAN CETAK/PRINT FLYERS HARGA MURAH!

Anda ada perniagaan sendiri? atau perniagaan sambilan? buat bisnes secara online atau offline? wat bisnes MLM? ejen insurans? atau bisnes bulk SMS? tak kisah la hypro bulk ke bukan.. atau MLM online atau offline.. Tak kisah pun bisnes apa! asalkan anda nak majukan bisnes anda.. Jom wat flyers! print banyak2 dan boleh agih-agihkan kat rangkaian anda! wat stok lagi bagus..!

Ada design sendiri lagi bagus. Kalau takde, kami ada designer untuk anda. Cuma, flyers ni kalau nak murah sangat minimum order kena 20,000 keping. kertas memang cun! licin dan berkualiti tinggi. Packing pun lawa, kemas, dan boleh buat packing 500pcs per pax.

Ini harga promosi!

Butiran:

  • Saiz A5 (separuh dari A4)
  • Jenis kertas: art paper 108gsm (licin)
  • Full Color depan & belakang]
  • Siap packing 1pek bungkus 500pcs. kebiasaanya dia bg extra.. =)
  • Harga utk 20,000pcs RM1300 (6.5 sen seunit) – minimum order.
  • Order lagi baanyak, harga boleh lagi runtuh!
  • Penghantaran disediakan kawasan lembah klang. (takde extra caj)
  • Kalau takde design, boleh sertakan butiran, dan design percuma!

So, jika anda betul-betul berminat, apa kata cuba dulu try dulu test dulu print dengan nasoha production ni ha.. hihi..

 UPDATE: HARAP MAAF, JUALAN TELAH DITUTUP!

Incoming search terms keywords:

  • flyers murah (67)
  • buat flyers murah (40)
  • cetak flyers murah (33)
  • flyer murah (21)
  • harga flyers (20)
  • print flyers murah (19)
  • cetak flyer murah (16)
  • print flyer murah (13)
  • harga buat flyer (11)
  • anything (2)

Panduan Pengiklanan Google Adwords

Dapatkan segera panduan google adwords secara PERCUMA!

Hai! salam sejahtera. Bila sebut tentang perniagaan internet dan bisnes internet, sudah tentu ramai yang ingin memaksimakan keuntungan. Namun, tahukah anda, dalam perniagaan internet adalah bermain dengan bilangan visitor yang hadir ke website atau landing page kita?

Lagi ramai orang datang, lagi tinggi peluang perniagaan kita semakin berkembang.

Jadi, kesimpulannya adalah PROMOSI! Sama macam perniagaan konvensional yang lain, kalau tak buat promosi takkan ada orang singgah melawat kan?

Antara cara paling popular di internet untuk beriklan dan promosi adalah dengan mengiklankan website kita di Google Adwords.

Apa itu Google Adwords?

Google adwords adalah satu medium pengiklanan di internet yang berkonsepkan Pay Per Click (PPC). Ini bermaksud, kita akan bayar kepada google mengikut jumlah visitor yang singgah ke landing page kita.

Secara puratanya dianggarkan setiap pelawat dikenakan caj lingkungan 30sen ke 5osen (duit RM). Namun, ianya bergantung kepada “keyword” dan juga persaingan dari pihak lain.

Berapa Budget Iklan di Google Adwords?

Oklah, nak bagi senang faham.. kalau setiap pelawat dikenakan caj sebanyak RM0.30. dan anda memiliki budget sehari dalam RM30, maka anda akan dapat 100 orang pelawat!

Ini adalah contoh kiraan je. Tak semestinya setiap pelawat dikenakan 30sen. Kadang-kadang ada yang naik sikit mcm 33sen atau turun sikit dalam 28sen. ianya adalah mengikut keyword.

Apa itu Keyword?

Keyword adalah “kata kunci” yang orang cari. Sebagai contoh, si A ingin mencari info tentang “bisnes internet”. Maka si A akan ke laman ejen carian google di www.google.com dan menaip kata kunci “bisnes internet”. dan hasilnya dipaparan berikut:

Jadi, si A tadi akan nampak banyak website.. Tetapi, website-website dibahagian atas dan tepi kanan adalah iklan dari google sebenarnya. Sebab itulah ada tulis “sponsored links”. Ini bermaksud, jika si A klik di mana-mana iklan adwords, maka pemilik website (si B) akan mendapat pelawat bukan? pelawat tersebut bernama si A. Dan si B akan dikenakan caj dalam 30sen disebabkan pihak goole telah memberikan pelawat. Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Jadual Lengkap Piala Dunia 2010

Demam piala dunia semakin memuncak. walaupun ketika post ini dibuat, piala dunia telah pun seminggu berlalu. Ramai yang agak hampa bila pasukan kesayangan mereka mula menunjukkan prestasi yang kurang memberangsangkan.

TETAPI, saya sediakan Jadual lengkap beserta cara pengiraan carta secara automatik. Software world cup ini sebenarnya ada kaitannya dengan bisnes internet. Kerana ianya akan memberikan traffik atau pelawat secara percuma! Ramai diluar sana yang tercari-cari teknik mempromosikan perniagaan mereka dengan ‘zero’ modal. Dan, dengan mengmbil kesempatan keatas kehadiran Piala Dunia di Afrika Selatan ini, kita boleh mendapatkan pelawat secara percuma.

Anda nak tahu bagaimana saya lakukan?

Caranya mudah saja. Saya memberikan informasi percuma dalam bentuk exel. Dan, di dalam informasi tentang Piala Dunia 2010 ( world cup south africa 2010) saya ada selitkan beberapa iklan banner.

Jadi, jom dapatkan sekarang: Software World Cup 2010.

Update Status Facebook Via BlackBerry disini

Anda TIADA BLACKBERRY? tetapi nak jugak wall Facebook anda tulis “via BlackBerry”.. Nampak stylo kan? Mudah saja. Saya akan kongsikan tips hebat pada kali ini.

Nak tak wall status di Facebook anda seperti ini:

YA, tidak perlu BlackBerry pun boleh. CARANYA:

Sila ke http://nasoha.com/fb dan akan terpapar page ini.

Anda boleh terus update status anda disini. Apa yang seronoknya, dibahagian “friends”, anda akan dapat status update dari rakan-rakan FB anda pada waktu ini. Ini memudahkan anda “like” dan “komen” secepat yang mungkin selepas rakan anda update status mereka. Seronok bukan bila menjadi org pertama “like” atau komen..

Dan juga kelebihan lain adalah, page ini adalah untuk Wall Status sahaja. Ianya simple, dan laju..tak bersepah dengan benda macam2 di profile kita. Ianya HANYA STATUS. dan kita boleh FOKUS pada Wall Status sahaja.. =)

Penggunaan cara ini sangat simple, ala “iPad” punya Facebook pun ada.. cepat dan mudah! Jimat masa kita untuk fokus layan Facebook.

Sekian dulu untuk tips ringkas kali ini.. =)

NOTA: Jika anda ahli vemma, dan mahukan Wall Status ada dipaparkan “via BlackBerry for VeMMA” sila ke http://nasoha.com/vemmamalaysia

Tips Mengelakkan Blog Diserang Virus Jahat

Hai.. salam lumayan! betul ke lumayan? Aminkan jela ya.

Oklah, kali ini saya akan bercerita secara ringkas bagaimana kita nak elakkan blog kesayangan kita diserang Virus!. Virus ni sebenarnya jahat tau, sebab dia boleh men’down’kan sistem blog kita, dan secara tak langsung boleh juga men’down’kan pemilik blognya.

Macam sayalah jugak. Baru-baru ini, rupanya blog saya diserang virus. Ketika berada di gym untuk workout membis muscles di Fitness First, tetiba ada kawan vemma saya, Suwardi menghantar SMS kepada saya dan menyatakan blog saya tak boleh nak masuk, Kaspersky kata ada Trojan. Saya pun terus je ter’down’. =(

Saya bergegas ke rumah dan lihat sendiri blog saya ni ha. Sedih je.. Namun, dan nasib baiklah saya beli hosting ni di DataKL dan support sangat bagus. Saya emel kepada support di dataKL dan beberapa minit selepas itu, blog saya kembali normal. Telah di’restore’ post saya semula. Cumanya, last post tentang pertandingan Foto je hilang. Terpaksalah saya menaip semula. Tapi, tak mengapalah, hilang 1 post je, jgnlah sampai hilang 1 blog. huhu..

So, bila dikaji semula, ada 5 Faktor Utama untuk kita mengelakkan blog kita supaya diserang oleh anasir negatif ini.

5 CARA ASAS UNTUK MENGELAKKAN BLOG DISERANG VIRUS

  1. Gunakan Anti-Virus Original (berbayar). Kalau saya, saya gunakan Kaspersky Internet Security 2010. So far, memang bagus untuk membasmi kuman kotor..hoho
  2. Upgrade WordPress ke edisi terkini. Ya, ini memang sangat perlu, kita perlu upgred version wordpress kita kepada version yang baru.
  3. Jangan biarkan Software FTP anda sentiasa login ke server hosting. Sebagai contoh, ramai yang gunakan File Zilla sebagai software FTP untuk upload data ke hosting mereka. Jadi, bila selesai proses uploading, cepat-cepat tutup FTP. Yelah, nak elakkan anasir jahat dari laptop kita masuk ke server.
  4. Tukar password FTP anda supaya lebih selamat. Jangan sesekali menggunakan password yang sangat mudah dicipta atau pun, password yang sangat kerap kita gunakan dimana-mana login page. Maksudnya, password kita kena yang “strong”sikit lah ye..
  5. Sila “moderate comment” di blog anda. Ini pun penting jugak, yelah, zaman sekarang ada software autopost-comment di blog. Macam robot la yang bg komen dan tinggalkan link website yang ada virus. hati-hati ya.. =)

So, cukuplah dulu 5 Tips Mudah untuk mengelakkan blog kita daripada diserang virus jahat. Kalau virus cinta tu takpe jugak.. hihi..

Bubbye!

Jap2.. nak letak satu quote of the day, ayat ni dari kawan karib sekelas saya di UM dulu..

“You don’t need a reason to help people..”

so, sharing is caring kan…