Tips Kad Debit

Tutorial: Cara Keluarkan Duit Dari Paypal ke Akaun Maybank

Hai & salam hormat buat pembaca blog sekalian 🙂

Tutorial datang lagi.. hihihi.. Kali ni saya nak berkongsi cara keluarkan duit dari paypal dengan transfer ke akaun bank tempatan. Dalam tutorial ni saya tunjukkan duit dihantar ke akaun Maybank.

Bagi usahawan online atau IM memang dah biasa guna Paypal kan? Dan ada juga yang masih tak tau nak keluarkan duit dari paypal. Walaupun tips saya ni sekadar basic, namun saya pasti ada yang masih belum tahu lagi paypal boleh bank in ke akaun bank tempatan di Malaysia.

Sebelum nak keluarkan duit dari paypal, pastikan dalam akaun paypal tu adalah baki..! Kalau takde baki, kenalah buat duit di internet dulu. Macam saya dapat duit di Paypal ni dengan beberapa cara:

  1. Saya gunakan Credit Card Payment Gateway sebagai cara terima bayaran dari pelanggan. Setup button paypal supaya customer saya yang nak bayar servis atau membeli produk saya menggunakan kad kredit.
  2. Sertai program pengiklanan Bidvertiser. Ianya adalah program PPC yang mana bila blog kita ramai pelawat, dan kita letakkan iklan bidvertiser ni, orang akan klik dan kita dapat duit. Dibayar setiap hujung bulan.Setiap hujung bulan saya akan terima email pembayaran dari Bidvertiser dan duit terus masuk ke Paypal.buat-duit-dengan-bidvertiserJika anda ada blog, dan ada pelawat sekurang-kurangnya 2000 sehari, boleh lah apply akaun Bidvertiser disini. Dan selepas itu, boleh mula letak iklan dan jana pendapatan sampingan melalui blog anda!

 

Baiklah, jika dah ada duit dalam PayPal, jom saya tunjukkan cara nak keluarkan dan terus masuk ke akaun Maybank.

 

Login akaun paypal anda dan klik Widhraw.

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank1

Sebenarnya ada 2 Pilihan nak keluarkan duit samada melalui akaun bank tempatan atau melalui kad kredit yang anda daftar melalui Paypal tapi caj agak tinggi iaitu RM20. Berbeza dengan cara transfer ke akaun bank hanya RM3 atau percuma jika keluarkan duit lebih RM400.

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank2

Masukkan amount yang nak dikeluarkan. Jika anda belum pernah add akaun bank tempatan, sila klik dulu bahagian “Add Bank Account”. Routing code bagi Maybank adalah: MBBEMYKL

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank4 tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank5

 

Tekan “submit” dan siap!

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank6

 

Paypal akan hantar email dan bagi tau bila duit akan masuk. Sebagai contoh saya request transfer pada hari ini 27hb dan duit akan ada dalam akaun Maybank pada 29hb (rujuk ayat dalam email yang diberikan oleh paypal)

tutorial-cara-keluarkan-duit-paypal-ke-bank-maybank7

 

Mudah kan..? jangan lupa daftarkan nama anda di www.KelabMarketing.com untuk percuma newsletter dan update terkini…

Selamat mencuba…!! Semoga tips simple kali ini serba sedikit dapat membantu anda.. Sudi-sudilah tinggalkan komen dibawah ye.. Bagi semangat sikit untuk saya terus post entry tentang tutorial 🙂

Incoming search terms keywords:

  • cara keluarkan duit dari paypal (29)
  • buat duit dengan paypal (25)
  • cara keluarkan duit guna kad kredit (16)
  • had duit transfer dari paypal ke mybank (15)
  • cara keluarkan duit dari atm maybank (13)
  • transfer duit dari paypal ke maybank (13)
  • berapa lama duit daripada luar negara masuk malaysia (11)
  • keluarkan duit dari paypal (11)
  • cara keluarkan duit dari bank (10)
  • cara krim paypal ke mybank (6)

Cara Aktifkan Online Visa Debit Maybank

Nampaknya untuk memulakan perniagaan internet hanya dari rumah kini semakin mudah. Kalau dahulunya saya seorang student, yang belum ada kerjaya mungkin kad kredit adalah penghalang saya untuk buat bisnes internet. Kerana, untuk malakukan transaksi online (pembayaran antarabangsa) perlu ada kad kredit. Itu suatu masa dahulu.

Sekarang, TIADA ALASAN lagi yang kita tak ada kad kredit! Kerana dengan adanya kad debit Maybank (yang ada gambar cherry) amat memudahkan kita melakukan transaksi di internet.

Dulunya dikenali sebagai kad ATM Maybank Bankcard. Dan awal tahun 2009, sesiapa yang memiliki kat ATM Maybank Bankcard ini boleh terus tukar upgred Version iaitu Kad ATM siap Visa Debit. Senang cakap, kad ATM ni ada fungsi sama macam kad debit. Sebab ada logo visa.

Apakah Kegunaan Kad Debit?

Kad debit ni memudahkan kita untuk membeli belah dan juga menggantikan wang tunai kita daripada bawak banyak-banyak. Zaman dulu-dulu, memangla bawak duit berkepuk. Tapi, ini zaman sekarang, bawak kad sahaja. Tapi, kena ingat kad debit ini adalah kontra daripada kad kredit. Kalau kad kredit, swipe dulu, hujung bulan baru bayar bil. Lain pula kad debit, kena masukkan duit dulu (macam prepiad), dan kemudian barulah boleh swipe di mana-mana. Antara kegunaan kad debit ialah:

  • Membeli belah di shopping complex.
  • Beli minyak di petrol station.
  • Pembelian atau pembayaran di internet.

Kalau tak silap saya, kalau nak byr minyak di petrol station, elok bayar di kaunter. Kalau kita swipe dia machine pam minyak, dia akan tolak RM200 dahulu, walaupun kita hanya isi minyak RM40 sahaja. Dan beberapa hari kemudian, baru dia masukkan semula baki RM160 tuu.. Sebab saya dah pernah kena benda ni.. hihi

Jika shopping, kita akan dapat treats point. Setiap pembelian RM3 akan dapat 1 mata treats point. best kan..

Namun, kalau kita nak buat pembelian secara online pula (transaksi di internet), bukan boleh terus pakai je. Kena aktifkan dulu “Maybankcard Secure Online Shopping Registration” dan Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • cara aktifkan pengeluaran antarabangsa maybank (18)
  • aktifkan kad maybank luar negara (17)
  • cara aktifkan maybank antarabangsa (17)
  • cara aktifkan kad debit maybank (16)
  • cara buat kad visa (16)
  • cara mengaktifkan kad kredit maybank (15)
  • kegunaan kad debit maybank (14)
  • cara membuat kad visa (13)
  • Cara debit online maybank (2)
  • cara aktifkan transaksi antarabangsa maybank2u (2)