Ini adalah diari saya bersama ONEXOX. Saya catatkan segala berita berkaitan ONEXOX. Kerana kita sedang mencipta sejarah dalam industri telco. Sejak setahun lalu, banyak perubahan dan penambahbaikan yang telah berlaku di ONEXOX.

BERITA TERKINI (Latest News):

24 Oktober 2016:

Syarikat ONEXOX telah bekerjasama dengan Bank Islam untuk memperkenalkan Kad Debit-i Bank Islam Visa ONEXOX. 

majlis-pelancaran-kad-debit-onexox-bank-islam

9 September 2016:

Secara rasminya ONEXOX telah mendapat Sijil Kepatuhan Shari’ah dari Panel Sah Penilaian Shari’ah yang dipengerusikan oleh Dr Zaharuddin Abd Rahman.

onexox_patuh_syariah

8 Oktober 2015:

Saya buka booth promosi ONEXOX di Cafe SIRIM di Shah Alam dari 8.30am-4.00pm
Alhamdulillah terjual 6 keping simkad dan topup RM85.

8 Oktober 2015:

Syarikat telah melancarkan pelan insentif terbaru iaitu SUPER DEALER! Kepada yang berstatus “Dealer”, maka anda layak ke Bonus SUPERDEALER yang mana akan diberikan insentif group topup pada Tier 5 dan Tier 6!

8 Oktober 2015:

Pasukan bola jaring Sekolah Kebangsaan Pulau Indah yang mendapat penjaan jersi dari “ONEXOX LambatTinggal.com” telah berjaya menjadi Naib Juara! TAHNIAH..!

5 Oktober 2015:

Saham XOX Bhd telah melonjak naik sehinggakan menjadi saham ke-2 terbanyak diniagakan pada hari ini. 2nd TOP VOLUME!

4 Oktober 2015:

Saya bersama AD Abeli dan Dealer Akramin melawat ONEXS007 iaitu Centre ONEXOX di Muar. Centre ini adalah milik MD Samidi (Main Distributor). Kami sempat beli 2 set promotion booth ONEXOX (portable).

Selepas itu kami menziarahi rumah salah seorang dealer kami yang merupakan seorang legend dalam dunia Internet Marketing sejak tahun 2005 lagi iaitu Sifu Sukeri (sukeri.com) Rumah beliau di Jalan Parit Osman Kiri, Muar. Semoga beliau dikurniakan kesihatan & keberkatan, Insha Allah.

3 Oktober 2015:

Jelajah Mersing, Johor. Aktiviti open table (merembo) di tapak karnival, Dataran Kembara, Mersing dari 10am-10pm.

2 Oktober 2015:

Pasang banner di kedai mamak taman meru indah, meru klang. Kedai ini merupakan dealer ONEXOX.

Sebelah petang, kami bergerak ke Mersing untuk program jelalah Mersing disana untuk berjumpa dealer kental ONEXOX.

1 ~ 15 Oktober 2015:

Team kami mengadakan booth promotion ONEXOX di AEON AU2 Setiawangsa dari 10am-10pm di Level 1 berhadapan DIY bersempena Consumer Fair. Jemput datang beramai-ramai.

29 September 2015:

DATA PROMO yang baru dilancarkan! Lebih banyak pilihan data untuk mereka yang ‘kuat’ pakai data. Pakej data yang besar dan jimat 4GB Hanya RM58!

data_promo_ONEXOX

28 September 2015:

Kami dikejutkan dengan satu berita sedih bahawa rakan niaga kami yang merupakan seorang AD (Area Distributor) dalam rangkaian saya iaitu Tuan Zulkifli Samad (Suami Pn Suriahanim) telah terkorban dalam tragedi Mina (Khamis lalu 24/9/15) ketika menunaikan ibadah fardhu haji. Ianya satu kehilangan yang besar buat kami semua.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang soleh dan para shuhada’, InshaAllah. – Al Fatihah –

23 September 2015:

Cabutan bertuah datang lagi! Hanya perlu topup min RM30 maka anda akan layak satu cabutan untuk hari yg anda topup. Pemenang setiap hari akan dapat satu Hero Alcatel OneTouch!

Jom topup RM30 dari 23-30 September 2015

Cabutan Bertuah ONEXOX

Cabutan Bertuah ONEXOX

23 September 2015:

Lagi berita baik diumumkan! Semua dealer ONEXOX layak memperomosikan aplikasi VOOPEE dan menerima komisen RM1 setiap kali pengguna mana-mana telco mendownload aplikasi VOOPEE beserta SMS balas dari pengguna.

VOOPEE - PAY PER LEAD

21 September 2015:

Pakej New SubDealer RM90 dilancarkan. Kini dengan RM50 pengguna ONEXOX boleh menjadi Sub Pengedar (SubDealer) yang sah. Anda akan dapat 5 keping simkad dan layak sehingga 2 Tier insentif topup.

Jika ingin layak sehingga 4 Tier, anda perlu daftarkan sebanyak 25 Simkad beserta topup min RM5 setiap user.

20 September 2015:

Kelas ONEXOX PowerTeam 7.0 diadakan di MITC, Melaka.

Speaker by: AD Nasoha & AD Abeli

Tahniah Kak Rohaya dengan 600 User!

Tahniah Kak Rohaya dengan 600 User!

18 September 2015:
Dealer-dealer ONEXOX re-stock beli simkad di Bandar Baru Bangi.
dealer_onexox_beli_simkad

16 September 2015:
Langganan DATA tidak perlu angi transfer baki DA ke MA jika kredit MA tidak mencukupi. Asalkan baki keseluruhan cukup (DA+MA) maka anda sudah boleh SMS kod langganan data. Sebagai contoh untuk langgan data pakej 1.5GB anda boleh terus SMS “1XD1.5” dan send ke 22111.

10 September 2015:
KEPUTUSAN pemenang CABUTAN BERTUAH MERDEKA & x15 iPhone 6 diumumkan melalui web Rasmi Syarikat onexox.my
Tahniah kepada pemenang!
pemenang_cabutan_merdeka

12 September 2015:
Kelas ONEXOX PowerTeam 6.0 & GTJ 1.0 yang dilangsungkan di Bandar Baru Bangi. Selain mengadakan seminar pencerahan produk dan kelas untuk mahirkan dealer ONEXOX, team kami juga memberikan award pencapaian kepada dealer-dealer dalam team kami yang mencapai status pendaftaran 100 Active User, 200 Active User & 400 Active User.

GTJ_onexox

Sesi bergambar selepas kelas

GTJ_onexox2

Sharing dari Pelajar UPM sebagai dealer ONEXOX

Minum-minum beramai-ramai. We are BIG Family.

Minum-minum beramai-ramai. We are BIG Family.

3 September 2015:
Terkini: Senarai Topup Server yang berdaftar & diiktiraf oleh ONEXOX Sdn Bhd adalah:

1. My Prepaid 2U
2. Benz Mobile
3. Affey reload System
4. Teliport Mobile
5. OTSys
6. One Reload Network

Selain daripada senarai server diatas,adalah tidak diiktiraf oleh ONEXOX ( tidak layak terima insentif) Segala penambahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

 

30 Julai 2015:
Kadar panggilan bagi akaun MA diturunkan daripada 15sen/blok kepada 12sen/blok (sama rangkaian) dan daripada 16sen/blok kepada 12sen/blok (lain rangkaian). Terima kasih ONEXOX!
kadar_MA

3 Julai 2015:

Bermula jam 00.00 malam ini – 03 JULAI 2015, SEMUA jenis tambah nilai melalui saluran yang tidak berdaftar dengan Onexox akan DISEKAT. Ini bermakna, pengguna tidak lagi boleh membuat tambah nilai dengan saluran yang tidak sah seperti “XOX Dealer”, “agen-agen topup” dan sebagainya. Pengguna hanya boleh membuat tambah nilai melalui saluran berdaftar seperti pengedar sah Onexox, Epay(7 Eleven/Stesen minyak), dan belian secara online melalui Selfcare

 

18 Mei 2015:
Secara rasmi HQ ONEXOX berpindah ke alamat baru yang lebih besar dan lebih selesa dengan auditorium sendiri:

ONEXOX SDN BHD (1072886-D)
Lot 5.2, 5th Floor, Menara Lien Hoe,
No.8, Persiaran Tropicana,
Tropicana Golf & Country Resort,
47410 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

 

4 April 2015:
Belian topup melalui dealer ONEXOX tidak dikenakan caj GST. Namun, harga jualan topup adalah mengikut harga GST dengan tambahan 6%. Sebagai contoh belian topup RM10 perlu dibayar pada harga RM10.60 untuk kredit RM10 dan baki 6% (gst) akan dipulangkan secara automatik tanpa sebarang notifikasi dalam masa 3 hari. Baki 6% akan dimasukkan dalam akaun DA.

 

28 September 2014:
Saya menganjurkan Kelas ONEXOX Edisi Pertama di Seksyen 7, Shah Alam. Ketika ini saya baru saja 3 bulan menjalankan perniagaan ONEXOX dan masih lagi status Dealer.

Kelas ONEXOX 1.0

Kelas ONEXOX 1.0

onexox_shah_alam

 

22 Jun 2014:

Pada hari ini secara rasmi saya menjadi pengguna ONEXOX. Dan saya memilih untuk kekalkan nombor lama saya dengan beli simkad MNP. ONEXOX ini telah diperkenalkan oleh seorang sahabat lama yang merupakan seorang internet marketer jauh dari kedah iaitu Tuan Amin Johar.

16979 Total Views 24 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • ad onexox shah alam (1)
  • set merembo onexox (1)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)