
Hujung yang sangat letih! Bertemu dengan Jutawan selama 3 hari. Nak jadi jutawan memang kena letihkan diri. Post saya sebelum ini saya ada bercerita tentang 3 hari bersama jutawan. Hari pertama saya bersama jutawan vemma iaitu Mr Clay Jackson. Perjumpaan ini diadakan di Armada Hotel. Only diamond and above sahaja dijemput hadir. So, pastikan diri anda (usahawan vemma) mendapat ranking diamond dulu. Lepas ni, kita boleh berjutawan bersama-sama.
Memang seronok bila leader kita yang dah jutawan, malah yang jauh dari Malaysia sanggup datang berjumpa dengan kami. Dahla datang dari jauh, siap bg kami ole-ole dan juga yang best belanja kami dinner.
Mr Clay Jackson ni sudah berusia lebih 50 tahun, namun menjadi jutawan dalam bidang Bisnes Internet! sesuatu yang sangat saya teruja dan juga tak masuk dek akal saya, orang dah berusia pun boleh berjaya dalam bidang bisnes internet. Saya terfikir, anak-anak muda tempatan kita lagi dahsyat layan internet tetapi kenapa tiada kesedaran untuk buat bisnes internet? Rata-rata seawal belasan tahun, remaja kita dah tahu internet, melayari YouTube, MySpace, Friendster, Facebook dan macam-macam lagi. Tetapi apa yang mereka lakukan? Menghabiskan masa saja. Ada yang suka tanam tomato, ada yang suka dengan mafia (mafia-wars), dan paling best ada yang suka pukul orang dengan pelbagai jenis bantal di facebook. =)
Tapi, tidak mengapalah, budaya celik IT. Ini membuktikan negara Malaysia semakin maju, dan kita nak buka minda anak-anak remaja kita lebih kreatif. Saya tidak menyalahkan sesiapa. TETAPI, yang saya amat naik hairan adalah, mak bapak diorang ni yang suka pukul bantal! kalau anak-anak lagi takpela, boleh dimaafkan. Ini, dah tua-tua pun main facebook semata-mata nak pukul bantal. Selalu sangat Facebook saya dicemari dengan seperti ini:
I just hit you with the Leather Pillow in Pillow Fight.
Tap paham lah saya. Senang cakap, diorang ni, asas dalam internet sudah ada, kalaulah pandai aplikasikannya, mesti leh jadi jutawan. Bila datang cerita bisnes, terus jadi ‘penakut’. Masa ini lah nak tanya bini dulu kot-kot bini izinkan ke tidak. Kalau masa buat ‘benda lain’, tiada pulak nak tanya bini dulu.. hihihi..
Oklah, saya nak kembali kepada cerita asal iaitu dinner bersama Mr Clay Jackson. Saya akan kongsikan pengalaman ini kepada semua. Sekali lagi, dalam hidup saya tercatat sebuah sejarah yang sangat bermakna. Jom kita layan gambar kenangan berikut:

Jutawan Vemma bersama Bakal Jutawan Vemma Malaysia 2010.
Bermakan dan Berjutawan.
Memang best! Bukan senang kita nak makan bersama-sama para leader Malaysia. Sebabnya konsep kerja dari rumah. Bila kita masuk kerja saja, semua pandang laptop masing-masing dengan dunia masing-masing. Inilah trend bisnes vemma yang cuba kami sampaikan kepada anda. Walaupun duduk dirumah saja, kita dah boleh buat duit dengan lumayan. Ramai yang masih tidak percaya lagi dengan vemma. Rata-rata cakap MLM! Maklumlah, orang dah tak percaya dengan MLM. Susah nak mencari orang diorang cakap.
Di Vemma, saya tidak pernah pulak keluar ajak makan nak jumpe sebab bisnes. Saya tidak mencari orang secara konventional atau offline. Tetapi, dengan kuasa internet, ramai orang yang cari kita. Anda masih tidak percaya? Saya telah buktikan, dan ramai lagi telah buktikan. Leader VSomebody juga tidak ketinggalan mengikuti arus kejayaan yang pantas.
Anda nak Hidup Senang atau Susah? Pilihan di tangan anda. Kita dilahirkan kedunia, apa yang kita inginkan hari esok, adalah pilihan anda hari ini…
Selamat Berjutawan…
Leave a reply