Bila bercerita tentang perniagaan internet, antara jualan yang paling menguntungkan adalah produk digital. Produk digital bukannya dalam bentuk fizikal dan mudah dihantar hanya melalui email. Salah satu produk digital yang popular adalah dalam bentuk e-book atau e-buku.

Kebiasaannya ebook dijual dalam format “pdf”. Dengan format ini membolehkan penjual ebook mengaut keuntungan 100% tanpa sebarang kos ‘bahan mentah’ setiap kali stok dijual. Yang bestnya, produk ini tidak perlukan stok kerana ianya unlimited (digital copy). Cumanya, ketika permulaan, ada juga kos yang diperlukan seperti upah design landing page, hosting & domain, install affiliate sistem, upah editor, dan sebagainya.

Walaupun produk digital ini boleh di ‘copy’ sebanyak yang mungkin, tetapi kita sebagai pembeli tetap tidak boleh mengedarkan kepada orang lain atau menjualkannya semula kepada orang lain. Ianya melanggar hak etika dalam perniagaan internet kerana tidak menghormati usaha seseorang penulis ebook tersebut.

Namun, sesetengah produk digital, ada ditawarkan lesen khas untuk membolehkan pembeli menjualkannya semula dan lesen ini dinamakan Resell Right (RR), Master Resell Right (MRR) dan Private Label Right (PLR).

Jom kita lihat perbezaan antara 3 lesen hak jualan semula ini.

1) Lesen Resell Right (RR).

Lesen ini membenarkan anda menjual semula produk digital dan segala keuntungan 100% adalah milik anda. Anda tidak perlu membayar dividen kepada penulis ebook ini walaupun jualan anda sangat-sangat laris. Tetapi, anda tidak dibenarkan untuk mengubahsuai kandungan ebook tersebut DAN pelanggan anda tidak boleh menjual semula produk tersebut.

2) Master Resell Right (MRR).

Lesen ini adalah lebih advance dari lesen RR. Ianya sama seperti lesen RR dan yang membezakannya adalah pelanggan anda dibernarkan untuk menjual semula. Ini bermaksud, anda dibenarkan menjual lesen RR kepada pelanggan anda pula.

3) Private Label Right (PLR).

Ini adalah lesen yang paling advance! Produk  PLR boleh dijual semula dan yang paling advance ialah anda dibenarkan mengubahsuai produk ini dan meletakkan nama anda sebagai penciptanya. Ini menjadikan produk PLR seolah – olah ciptaan anda yang asli, walaupun anda langsung tak pernah menciptanya!

 

Lesen sebegini amat penting dan selalunya susah kita nak cari untuk pasaran malaysia (bahasa melayu). Ianya memudahkan kerja anda tanpa mencipta produk sendiri, tanpa mencipta/design web jualan, anda sudah terus menjualkannya dan 100% keuntungan milik anda..

Mudah bukan..?

2938 Total Views 6 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • beza ebook plr dan ebook mrr (2)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)