Dapatkan segera panduan google adwords secara PERCUMA!

Hai! salam sejahtera. Bila sebut tentang perniagaan internet dan bisnes internet, sudah tentu ramai yang ingin memaksimakan keuntungan. Namun, tahukah anda, dalam perniagaan internet adalah bermain dengan bilangan visitor yang hadir ke website atau landing page kita?

Lagi ramai orang datang, lagi tinggi peluang perniagaan kita semakin berkembang.

Jadi, kesimpulannya adalah PROMOSI! Sama macam perniagaan konvensional yang lain, kalau tak buat promosi takkan ada orang singgah melawat kan?

Antara cara paling popular di internet untuk beriklan dan promosi adalah dengan mengiklankan website kita di Google Adwords.

Apa itu Google Adwords?

Google adwords adalah satu medium pengiklanan di internet yang berkonsepkan Pay Per Click (PPC). Ini bermaksud, kita akan bayar kepada google mengikut jumlah visitor yang singgah ke landing page kita.

Secara puratanya dianggarkan setiap pelawat dikenakan caj lingkungan 30sen ke 5osen (duit RM). Namun, ianya bergantung kepada “keyword” dan juga persaingan dari pihak lain.

Berapa Budget Iklan di Google Adwords?

Oklah, nak bagi senang faham.. kalau setiap pelawat dikenakan caj sebanyak RM0.30. dan anda memiliki budget sehari dalam RM30, maka anda akan dapat 100 orang pelawat!

Ini adalah contoh kiraan je. Tak semestinya setiap pelawat dikenakan 30sen. Kadang-kadang ada yang naik sikit mcm 33sen atau turun sikit dalam 28sen. ianya adalah mengikut keyword.

Apa itu Keyword?

Keyword adalah “kata kunci” yang orang cari. Sebagai contoh, si A ingin mencari info tentang “bisnes internet”. Maka si A akan ke laman ejen carian google di www.google.com dan menaip kata kunci “bisnes internet”. dan hasilnya dipaparan berikut:

Jadi, si A tadi akan nampak banyak website.. Tetapi, website-website dibahagian atas dan tepi kanan adalah iklan dari google sebenarnya. Sebab itulah ada tulis “sponsored links”. Ini bermaksud, jika si A klik di mana-mana iklan adwords, maka pemilik website (si B) akan mendapat pelawat bukan? pelawat tersebut bernama si A. Dan si B akan dikenakan caj dalam 30sen disebabkan pihak goole telah memberikan pelawat.

Dalam situasi ini, keyword yang digunakan adalah “Bisnes Internet”. Kalau si B tadi mahukan si A yang sedang mencari info tentang “bisnes internet”, maka si B kenalah letak keyword “bisnes internet” dalam iklan google adwords beliau.

Faham kan? kalau tak faham takpe.. =) sila ulang dan baca lagi…

Nah! Saya berikan E-Book Panduan Google Adwords PERCUMA!

Bersempena bulan syaaban yang mulia ini, saya baru sahaja menyiapkan panduan ini secara percuma. Sebab apa? Sebab saya mahukan lebih ramai lagi orang suksess dalam perniagaan internet terutama dalam bisnes vemma.

Pada mulanya ingat nak jual je ebook ini. Boleh la buat duit sampingan kan? Tetapi, bila fikir-fikir sebab perkara ILMU jika dikongsikan bersama, maka akan bertambah-tambah berkat. =)

Lantas, saya terus je nakkan berikan PERCUMA!

Apa dia? P.E.R.C.U.M.A?

eRMM.. Isu percuma ini memang antara topik hangat yang diperkatakan. Sebab apa? dalam perniagaan vemma khususnya, banyak sangat ilmu-ilmu diberikan percuma. Bermula dengan landing page, ilmu web hosting & domain, autoresponder, redirect, serta teknik bulk SMS, dan sebagainya.

Tetapi, adakah anda yang mendapat ilmu percuma ini pergunakan betul-betul? Adakah anda betul-betul bersyukur dengan leader-leader vemma kerana telah banyak memberikan idea dan ilmu yang luar biasa hebat?

Bukan setakat itu sahaja.. saya rasa, memang patut sangat pun kita bersyukur jika sertai vemma, sebab bukan sahaja ilmu, downline pun leader-leader bagi PERCUMA!

Sebab dah selalu sangat PERCUMA, PERCUMA, PERCUMA, ramai sangat yang lupa dan tidak bersyukur.. Ini pun merupakan penyakit yang perlu diubati segera.. kalau tidak, akan menjadi virus besar.

Sehinggakan ada ahli vemma yang dah quit vemma tetapi still datang ke kelas-kelas vemma dan juga still ber-personal coaching dengan saya. Sebab apa? ILMU percuma! hihihi..

Pada saya, tak kisah pun, anda buat perniagaan vemma atau tak, nak berpersonal coaching dengan saya pun tak jadi masalah.. sharing is caring kan..

Bagaimana Nak dapatkan E-Book Panduan Google Adwords ini?

Oopss! buat masa ini, saya hanya mahu war-warkan dahulu, dan nak lihat respon agak baik atau tidak. Jika ramai yang taknak, atau takde sambutan, baik saya jadikan koleksi peribadi sahaja.. =)

So, kalau nak cepat saya bantu dan tolong anda, saya dah pun berikan komitmen untuk anda. Cuma, adakah anda sanggup berikan komitmen anda untuk saya?

Anda berikan artikel/kisah/cerita motivasi, dan saya berikan Ebook ini PERCUMA!

saya akan berikan link download ebook ini dengan syarat ada cukup 50 komen di bawah, dan komen-komen tersebut mestilah berkaitan dengan apa-apa cerita motivasi atau kisah teladan yang boleh menaikkan semangat saya dalam perniagaan. kalau takde cerita, kata-kata semangat pun oklah..

Boleh terima cabaran ini?

UPDATE TERKINI.

Pastikan anda menghantar komen dengan memberikan alamat emel yg sah. Kerana, saya akan berikan dahulu ebook ini kepada mereka yg tinggalkan komen terus ke dalam emel anda!

Ok, dah boleh mula download ye..

ikut arahan seperti diatas.

Sila SMS:

VEMMA<jarak>INFO<jarak>ADWORDS<jarak>EMEL ANDA dan hantar ke 32886

Tags: , , ,

66 Responses

« Older Comments
  1. Adnan Daud on 21 Feb 2011

    Assalamualaikum Nasoha
    Saya baru saja gabung dengan VeMMA, rencana mau pasang iklandi google, tapi belum cara nya. Saya berharap bisa berjaya seperti Nasoha.

    Wassalam

  2. Azmi on 14 Mar 2011

    Salam,
    Tuan sy baru setup web spt diatas, dan sy telah subscribe di google ads. Tp mcm mana nak appearkan web sy biar org tau. Sy x pandai nak guna keyword yang sesuai. Harap dpt beri panduan.

  3. normah on 22 Apr 2011

    salam..sye penah wt google adwords ni selepas sye download nye..tp bile sye dah wt dan nak smpai page terakhir..sye x jumpe pon ape yang di arah kan google adwords ni :) …pening sye mencari page nak buat goole adwords..sye malas nak pening2 kan kepale..sye sye exit macam 2 jerk..kemudian sye tergerak hati nak wt balik goole adwords pade hari ni..sye sign in..xley la plak..ape yang harus sye laku kan setelah jadi begini..

  4. jangjang on 01 May 2011

    budak baru nak belajar…tq

  5. Mohd Fuad on 27 Jun 2011

    saya nak buat iklan di google adwords,saya dah isi semalam,tak siap, hari ni nak sambong balik. Tapi nak gi tempat semalam tak leh gi. bagaimana tuan. semalam dah sampai. Langkah 7

  6. Mohd Fuad on 27 Jun 2011

    Moga berjaya dengan lebih sakses lagi. Anda tolong orang berjaya. Allah juga akan tolong bersalawat Nabi banyak banyak. sebab sekali kita selawat kpd nabi. Allah selawat pada kita 10 kali. Syabas Tuan. Saya nak sangat memiliki buku tuan ni.

  7. Syahril Hasan on 06 Jul 2011

    Saya baru familiar dengan face book sekitar 3 bulan yang lalu, sebelumnya saya tidaklah tertarik sama sekali, karena saya menilai hal itu hanya membuang waktu dan percuma, tapi ternyata ada hikmahnya punya account face book, tidak hanya memertemukan rekan yang sudah lama tidak ada berita, tapi ada manfaat yang lebih baik dari itu, yaitu bisnis vemma.
    Saya berpikir berulang kali dan memutuskan untuk mendaftar serta untuk upgrade pertama kalinya.Ternyata memang tidak semudah yang saya bayangkan, kita harus proaktif untuk selalu memfollow up, mengenali, membuat iklan dan juga mencontoh apa yang dilakukan oleh up line saya.saya juga ingin berhasil seperti anda., terimakasih.

  8. BudakBaruBelajar on 18 Jul 2011

    Salam. Saya baru join vemma, tetapi masih belum tahu cara pengiklanan di internet untuk mendapatkan PE dan PM.Upline kata semuanya senang… tapi sy budak baru belajar…agak slow…. Harap saudara dapat membantu.

  9. Zain Hj Mohamed on 22 Nov 2011

    Assalamualaikum Sham.

    Saya ada belajar sikit2 tentang Adwords ni dari seorang kawan lama. Dia dah gunakan utk bisnesnya, dan sangat berkesan… perkhidmatan yang ditawarkannya tak menang tangan nak layan.

    Tapi, saya belajar sekejap sangat dgn dia… tak sempat nak master ilmunya. Harap dapat panduan yang jelas dan detail

« Older Comments

Leave your comment

*

Spam Protection by WP-SpamFree