Pagi ini sebelum saya bersiap ke Melaka untuk menghadiri Training Vemma di Telok Mas sempat saya menulis satu topik yang agak panas sedikit. Ini adalah kerana mahu naikkan semangat saya sebelum menjadi trainer di Melaka tgh hari ini.
Ketika sedang saya melayar internet, saya terjumpa satu rumusan fakta bahawa:
Baiklah, saya agak terkejut sedikit bahawa lebih 90% ahli MLM gagal. Namun, berpegang pada prinsip “Berjaya ada Caranya dan Gagal ada Sebabnya” segalanya tidakku hairankan lagi kenapa. Telah terbukti, rakyat malaysia antara rakyat yang ‘mahukan bisnes’ dan juga ‘dahagakan bisnes’ tetapi sering kali mencipta alasan, berfikiran negatif, tiada semnagat, salahkan orang lain, malas nak bermula, takut, atau senang cakap ‘nak duit, tapi tak nak usaha’. Kalau dah usaha pun tidak berjaya, salahkan orang lain pulak. Kan usaha itu anda sendiri yang buat, sendiri buat sendiri tanggung la. hehe..
Memang dengan MLM, saya impikan kebebasan wang, dan kebebasan masa! Ini punca utama saya sertai MLM.
Negara Malaysia menduduki tempat ke-10 dunia dalam jualan perniagaan MLM.
Ini adalah fakta, memang saya dah memerhatikan dari dulu lagi, syarikat MLM tumbuh di Malaysia bagaikan cendawan. Kalau kita cek di senarai DSAM (direct selling association malaysia), ada lebih 300 company. Dan jika kita cek di Kementerian Perdagangan (KPDN HEP) pula, terdapat beribu sijil AJL yang telah diluluskan. Ini yang berdaftar, yang tak berdaftar pula ada banyak lagi.
Jadi, apa yang tertariknya saya, kita sebagai rakyat malaysia dah terbukti, peluang sentiasa terhidang depan mata, market sangat bagus untuk MLM di malaysia. Tetapi masalahnya, ramai yang tertipu dengan MLM. Tertipu? YA, istilah inilah yang saya gunakan ketika saya ceburi MLM pertama saya iaitu EmpireXXX. Kemudian, tak cukup dengan itu, saya masuk pulak syarikat XXXXprepaid. Saya pun rasa agak tertipu. Orang melayu macam saya ni tidak pernah serik, asal nampak MLM je, semua nak buat! Sampai kawan-kawan pun dah tak nak pandang dah. Boleh katakan setiap MLM yg sy sertai saya dapat hasilnya. Dan sekarang, baru saya sedar, kita tak boleh cakap “tertipu” lagi. Kerana salah sendiri tak faham MLM itu perniagaan apa.
Sebab saya dah set dalam minda saya “alang-alang aku buat, keluar modal, aku pastikan dapat modal aku semula dan hasilnya yg lumayan”.
Pembaca yang budiman sekalian, semua prospek atau kawan-kawan saya dah tau ‘jangan dekat nasoha’ nanti kene sponsor masuk MLM lagi..Namun, saya masih percaya, sebab MLM telah banyak mengubah nasib orang yang miskin. Tetapi, kalau kita faham sebuah perniagaan, ada modalnya, ada turun naiknya. Kena ada strategi.
MLM sudah tepu?
Sampai satu ketika buat MLM jenama LuXXX selama 6 bulan, saya dah naik pangkat dan terima anugerah, namun, harap pangkat je besar, tapi masih kene cari orang lagi. Income pun masih ciput saja. Memang dah tanamkan buat MLM secara part-time, dapat RM900 pun ok kan? Berbeza dengan Vemma, tiada pangkat lagi income dah RM1800 (part time).
Masa itu, ramai cakap MLM dah tepu, dah abis ceruk kawan, jiran, saudara mara nak ajak join. Mana ada prospek lagi. Paling saya tak tahan dan akan saya kenang memori ini, kerana terlalu inginkan prospek, saya main redah saja ke meja makan, dan terus cerita tentang ’satu peluang yang bakal merubah nasib’. Apa hasilnya? bukan wang ringgit, tapi kena kutuk depan-depan. Prospek berpura-pura isi form, rupanya dia menulis ayat-ayat maki hamun dalam form tu. Sedih giler. Nak cari makan pun sampai macam ni sekali?
Biasa keluar lepas maghrib dan balik hampir nak subuh. Pelajaran macam mane? Pernah satu masa tidur di surau Petronas, tak silap saya mase tahun 2006. Surau petronas time tu tak kunci. Sekarang ni je dah kunci. Kalau tak senang sikit nak tido.
Oklah, semua ini kisah lama saya dalam MLM. Senang cakap suka dan duka dalam MLM yang lalu. MLM cara lama yang konvensional.
90% Pengedar MLM Gagal. KENAPA?
Sejak 2004 lagi saya sertai MLM yang konvensional (offline) atau senang cakap, MLM yang cari orang. Saya hidup di muka bumi ini memang ada kawan. Namun kalau semua kawan dah tak nak join, mcm mane nak buat MLM kan? lingkup..
Jadi, inilah analisis saya selama 6 tahun pengalaman di MLM kenapa orang gagal jugak dalam MLM:
Inilah 10 punca yang popular orang gagal MLM. Namun, jika anda minat untuk sertai MLM, saya ada nasihat untuk anda:
Dan, jika anda dah join MLM, nak tak nak, anda kena buat! Ikut cara mereka yang berjaya. Jangan dah join MLM, salahkan upline dan salahkan company. Keputusan untuk join MLM siapa yang buat? Anda bukan? Jadi, kejayaa itu siapa yang tentukan? sudah tentu anda juga..
Kalaulah, syarikat MLM yg anda salahkan, sudah pasti company itu tutup. Kalaulah upline yang anda salahkan, sudah tentu upline anda takkan berjaya.
Saya juga ada teringat kata Dr Azman Ching;
MLM tu tak salah, yang salah adalah orangnya!
saya harap, post saya yang tak seberapa ini dapat menjadikan panduan, kenapa kita perlu buat MLM dan kenapa orang gagal. Jadi, nak berjaya pasti ada caranya. Pergilah menuntut ilmu.
Selamat maju jaya, see u at top!
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sila baca “Bicara MLM Siri 1″
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
8 Responses
abd rahman ahmad
08|Feb|2010 1saya setuju 100% atas apa yg ditulis, selalu terfikir perkara yg sama dan pernah mengalami perkara yg serupa. Teruskan menulis bagi membakar semangat bangsa. Tanpa disedari anda telah menjadi idola saya…mendoakan kejayaan anda dan saya juga…amin.
nasoha
08|Feb|2010 2Wahh..!
ini yang teruja.
Terima kasih kerana sudi baca post saya
dan tinggalkan komen..
sy juga mendoakan anda berjaya dalam perniagaan anda..
see u at top!
nbk466
08|Feb|2010 3Tak pernah terfikir pun akan jadi usahawan MLM…thanks to VeMMA banyak mengubah prespektif den ttg MLM. VeMMA mmg best lah!
liza
09|Feb|2010 4hai Nasoha…
semangat sya down tp bila sya baca apa yg anda tulis menaikkan semangat sya balik…sya nk brusaha brsungguh2 spi brjaya…Insyaalllah,,,
doakan sya ye,,,
nasoha
09|Feb|2010 5Ok, selagi anda positif dan bersemangat, sy akan doakan kejayaan anda..
Nurul Amir
09|Feb|2010 6good job Nasoha!
semoga kekal antusias!
fAeDah yG aNda dApAt jIkA jOinT gRoUP VSomeBody | VeMMa Mudah Biz Online
09|Feb|2010 7[...] Internet Marketing yang seangkatan dengan Jutawan Internet Dr Irfan Khairi iaitu Din Beramboi dan Nasoha ..SECARA [...]
Maimonnah
20|Feb|2010 8Tahniah, anda adalah salah seorang Perwira 1 Malaysia dalam MLM yang bakal mengangkat martabat negara di persada antarabangsa.
Leave a reply
Search
Jadilah PEMBACA PERTAMA di blog ini apabila diupdate dengan subscribe emel anda dibawah:
Koleksi Artikel
Kategori
Sila Review di Alexa
Jom Follow!
Statistik
Pembaca Ke:
A design creation of Design Disease
2010 Blog Bisnes Internet . WordPress . Bisnes Power Dari Rumah