Artikel Penuh di: http://nasoha.com/index.php/kemewahan-adalah-ujian
****************************************************************************
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca budiman. Selamat berpuasa bagi yang beragama Islam. Islam is the way of life. Syukur ke hadrat Ilahi walaupun Islam kita ini adalah Islam yang diwarisi oleh ibu-bapa kita, namun, kita tetap cuba menghargainya.
Wahh..mcm poyo pulak nak bg tazkirah. hihi… Saya menulis ini adalah untuk mengingatkan diri saya sendiri yang semakin alpa sambil mengingatkan para pembaca sekalian. Bulan puasa ni, pastinya sedikit ilmu yang kita kongsikan, pahala kita akan digandakan, Insyaallah. Arus kemodenan alaf kini cukup menguji keimanan kita. Apatah lagi suasana sekeliling kita mendesak kita menghampiri kepada dosa. Iman boleh turun naik ni.
Bercerita pasal iman, saya bukanlah orang yang layak nak huraikan. Namun, sebagai org Islam, saya cukup tahu Rukun Iman itu 6 perkara. Kalau di iklan radio Rukun Negara boleh ingat, takkan rukun iman yang 6 pun takleh ingat kan? Jadi, post saya kali ini agak berbeda dengan sebelum-sebelum ini yang banyak memberikan tips buat duit di internet atau pun sebagai usahawan internet.
Seiring dan Sejalan
Dalam usia perniagaan semakin maju, jgn ditinggalkan juga usia keimanan kita. Hari ini adalah 17 Ramadhan, sejarah Al-Quran diturunkan secara beransur-ansur selama 22 tahun. Kalau tak silap dulu mengaji pernah dengar Al-Quran diturunkan selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Betul ke tak ye? Kalau salah, sila betulkan ana ye? Banyak kisah tauladan dan pedoman hari esok yang perlu kita pegang. Selagi kita berpegang kepada Al-Quran dan hadis Nabi, maka kita takkan sesat buat selamanya. Kadang-kadang saya cek balik diri sendiri, kenapalah aku wat dosa hari ni? Rupanya tertingal baca Al-Quran atau pun solat kita dah tak berkualiti lagi.
Pagi ini terdetik hati ini nak post pasal “Tazkirah Online Ramadhan” adalah kerana banyak kerja dah siap. sampai dah tak tau nak buat apa lagi dah ni. Hehe.. Sejak pth khamis lepas saya dah bertolak ke JB atas urusan perniagaan. Ada jemputan sana sini, seminar di UTHM, Business Preview di Larkin dan juga personal coaching untuk team VSomebody vemma. Jadi, selama saya di JB ni saya berbuka puasa bersama Leader VSomebody. Bermula buka puasa pada Jumaat di Tropical Inn JB (buffet),kemudian Sabtu di rumah mak angkat, dan juga Ahad di MyFrend TomYam.
Dari siri majlis berbuka puasa itulah, byk sgt pengisian rohani yang terserap dalam jiwa saya. Ketika berbuka di rumah mak angkat kawan saya, mereka (mak abah) sentiasa memberikan peringatan dan nasihat tentang perniagaan. Perniagaan adalah salah satu cara sumber pendapatan kita. Yang penting kita mencari rezeki halal. Jangan mencuri sudah la. Dan yang paling penting, kalau dah berjaya, dah hidup mewah, jangan kita lupa asal usul kita. Kembali pada mak abah kita dikampung, dan jangan mereka ditinggalkan, talipon tanya khabar pun tidak. Teringat pulak CD ceramah ustaz akil hayy ada cakap rintihan seorang ibu.., “Anak-anak ibarat Duri, aku melahirkan, aku membesarkan, lalu dipertuankan!” Kita sebagai anak jangan kita lupakan orang tua kita, “Allah tidak akan meredhokan kita, jika mak ayah kita tidak meredhokan kita” syahdu la pulakkk… =(
Dan bukan setakat dirumah mak angkat tu je, semalam ketika majlis berbuka juga, leader2 dari johor siap berdiskusi pasal konsep “jangan lupa tuhan”. Mula-mula bercerita pasal, kalau dah kaya, kalau dah mewah, jangan lupa tuhan. Pastu ada yang mencelah, maklumlah biasa orang dah jatuh sakit, ditimpa bala, baru nak cari si DIA. Betul ke? Jadi ada pulak yang sambung, tak kisahlah kita miskin ke, kita kaya ke, kita sihat ke, kita sakit ke, mesti sentiasa ingat padaNYA.
Kemewahan satu Ujian?
Siapa yang taknak hidup senang? Hidup dengan bahagia?

Semua pasti ada kereta idaman, umah impian dan percutian yang menarik. Senang cakap nak hidup mewah kan? Ya, saya ada juga impian tersebut. Apatah lagi impian tu dapat dikecapi dalam usia muda. Memang seronok. Tapi, itulah nak bg tau, Kemewahan adalah Ujian yang besar. Apa yang kita dapat, itu adalah amanah. Dan bukan semuanya milik kita. kita juga kene banyakmenghulur kepada yang memerlukan terutamanya keluarga sendiri. Keluarga mentua nanti dulu ye, sbb belum ada mentua lagii. Ramai orang kata, bila dah kaya akan lupa diri. Saya menasihati diri saya dan juga sahabat handai agar kita semua dijauhkan dari sifat dan tabiat buruk itu.
Godaan itu sering datang dan datang lagi kepada kita. Karena, mmg umat islam ini berada di muka bumi adalah untuk terus digoda. Dan kita kene kuat! walaupun kadang-kadang rasa nak tewas juga, kita kene sll beringat dan cuba untuk bersedia. Dan salah satu tabiat buruk yang sll saya tewas adalah kebocoran wang yang amat sangat. Boros itu kawan syaitan. Dan saya berazam taknak boros lagi dah. Wang perlu disimpan demi masa depan demi anak-anak dan isteri-isteri. Berbelanja dengan bijak. Lagi-lagi nak musim raya, janganlah nak boros terlampau amat. Setakat baju 3,4 pasang tuu ok la kann?? janganlah sampai 13 pasang..
Cukuplah pengisian nurani kali ini berhenti disini saja. semoga sy diberikan kekuatan agar terus dapat menggunakan diri untuk dimanfaatkan kepada anda.
Setinggi-tinggi tahniah jika anda membaca post hingga kesini. ini membuktikan anda bukan sahaja membaca topik buat duit sahaja, malah saya cerita pasal pengisian rohani pun, anda tetap komited untuk membaca. Seiring dan Sejalan kan?
p/s: sila tinggalkan komen jika sy ada salah kata dan membuktikan anda pembaca setia saya..





betul, duit tu duit jugak, tapi jgn terlalu pentingkan duit…kene ingat pd yang memerlukan. Zakat pun kene bayar tau
Wah! Akak suka baca pengisian yang Nasoha tulis ni. Ciri-ciri pemuda yang boleh di jadikan menantu..hehe. Al-maklum orang sekarang ni, dah banyak yang lupa diri, bila berjaya tak ingat pada yang memerlukan.Setuju dengan Hairi di atas, ingat bayar zakat..:)
Hahha…
bukan peminat setia.. tapi sekadar kawan lame ^^
Suke je aku tengok si nasoha ni tak berubah… walaupun dah berjaya…
sejuk ati aku… hahahahah
Hopefully… satu hari nanti.. aku pun boleh meniti jalan yang sama macam nasoha… dan moge2 aku pun tak lupe pada asal usul aku kalau dah berjayer nanti..
NAS!!!!
Aku jadikan ko sempai[senior] aku… hahahahah XD
Jgn lupa berzakat ya nasoha..
alhamdulillah..thanks sbb nasoha selalu jd leader yg mengingatkan ank2 buah
byk blajar dari nasoha..semuga Allah merahmati rezeki2 kt hari ni..dan melimpah ruahkn lg rezeki2 kt..
alhamdulillah..syukur mendapat leader VSomebody yg msh tak lupa tanah yg dipijak, langit yg dijunjung. Begitulah kita dlm hidup ni..bila susah ingat Allah tapi tak ramai yg ingat pd-Nya masa senang.. bila susah kata dugaan tapi bila senang lupa ‘siapa’ yg bagi ‘dugaan kesenangan’ tu…
alhamdulillah..betul apa yg awk ingatkn tu.semoga awk sentiasa dlm lindungan Allah w/pun dah jadi hartawan.tk.
Kemewahan mmg sll buat manusia lupa,mudah2an kita tidak termasuk ke dalam golongan itu,sama2 lh kita saling ingat mengingati,harta dan wang ringgit bukan kita bawa bersama bila pergi nanti tapi semantara masih hidup apa salahnya mencari kekayaan dan kemewahan sebanyak mungkin,asal kita tahu mengunakan nya di jalan yang betul,dekat kan diri padaNYA dan jauhi segala larangan NYA….insyallah nasoha.