Assalamulaikum dan Salam sejahtera buat pembaca setia yang saya sayangi sekalian. Hehehe.

“Saya Menghilang?”

Ooopss! sentitif tau topik ni. Tengok-tengok memang saya dah lama tidak meng-update post blog ni. Sebab apa ya? Saya memang sengaja pun..! Dalam keadaan sibuk menyusun program Vemma di sana sini, dan juga mengendalikan website Komuniti Vemma Malaysia iaitu Vemma Rich Club (VRC), saya pun terus fikir, ada bagusnya jugak kalau stop update blog.

Sampailah dapat suatu SMS yang tak diundang masuk ke handset saya berbunyi..

“Salam soha, aku dh lame tgk ko tak update blog.. dah senyap vemma ke bro? biz ok lagi?.. kalau dah tak ok, aku ade biz baru nak ko join ni..”

Hurrmm… rase hati macam sedikit disentuh.. Rupanya ada  kawan saya sendiri yg sentiasa memerhati atau teropong saya dari jauh. Dan hanya menunggu disaat kita jatuh di vemma. Biasalah perkara macam ni. Atas nama kawan, sahabat, dan rakan. Namun, kukuatkan juga kakiku untuk melangkah dengan lebih jauh selepas ini.

Hati Seorang Kawan!

Cuba anda renungkan sejenak bg anda yang pernah buat bisnes MLM. Tak kisahlah bisnes MLM apa pun. Semasa hari pertama kita buat bisnes MLM, kita mengajak kawan kita, sbb kita nak kawan kita sama-sama mengubah nasib, dan atas konsep cari duit lebih. Sedangkan kawan-kawan yang lain tu sentiasa ajak tgk wayang, main bowling, main game, dan semua itu adalah konsep “kawan ajak buang duit”. Tetapi dalam kes kita ajak kawan sertai MLM kita, adalah sebab kita nak “ajak mereka berjaya sama dengan kita”. Nanti kalau dah berjaya dan kaya, takdelah kawan kita cakap “ko ni kaya nak makan sorang, ada bisnes baik tak ajak!” .. Tetapi, hakikatnya, hari pertama kita sertai bisnes MLM, ayat yang macam ni lah yg selalu sangat saya terima..

” ko buat lah dulu, nanti ko dah berjaya aku follow”

Wow! Satu ayat yang kurasakan semakin bersemangat aku nak membuktikan nak berjaya di MLM terutama di vemma. Dan, nak tak nak, perit atau tidak, saya TERPAKSA jugak untuk BERJAYA! Dalam proses nak menuju arah kejayaan itu, adalah banyak ‘rejection’ dari ramai prospek. Mase ini lah tetiba je kawan kita pun berkata:

” tu lah ko, buang duit je masuk vemma, nasib baik aku tak dengar cakap ko suruh join hari tu, selamat duit aku..”

Huh! dah la tengah down sebab banyak rejection dari orang awam, malah dapat pulak hadiah best dengan ayat mcm ni.

GIVE UP or GET UP?

Bagai tiada harapan lagi, akaun vemma saya sesi single pek sudah expired. Adakah mahu renew? Atau biarkan saja vemma ku pergi? Aku nak mencatat nama diantara mereka yang larikan diri di vemma? Ahh! Tidak mungkin, sudah pastinya kawan ku tadi akan bertambah gelak besarrrr!

Saya pilih untuk Get UP! Bagus juga ada kawan yang kutuk kita, kondem kita. Itulah kawan yang bg kita perangsang dan semangat secara tidak langsung. Aku nak buktikan, susah ke, lama ke, aku berada dalam jalan yang betul.

Semak semula apa kesilapan yang menyebabkan tidak ada orang nak join vemma. Mungkin masih belum cukup nak promosi, mungkin masih belum pandai nak closing bila prospek atau PE call kita. Mungkin juga, belum ada kredibiliti untuk orang yakin upgred vemma dengan kita, atau perlukan masa sedikit lagi?

YA, berikan peluang kali ke-2. Berikan masa yang cukup untuk menentukan kematangan kita dalam sesuatu perniagaan. Tempoh sebulan dua belum menuai hasil lagi, jangan kita judge kita yang kita ni gagal. Sedangkan, dalam akaun vemma.com bahagian cycle tracker menunjukkan ada point masuk dan juga 7 downline telah diberikan dari leader-leader saya. Ini sesuatu yang saya jarang jumpa dalam MLM lain. Wahh! Dalam keadaan saya tidak dapat seorang pun yang join saya, namun sistem autobuilder vemma telah berikan saya 7 orang! Kesemua 7 orang ini telah membeli produk vemma dan telah pun meyumbang CV (cycle volume) yang mana inilah aset simpnan macam ASB kita di internet.

Mula Positif ON TRACK!

Rasa buntu nak memulakan dengan cara yang betul. Lantas saya ke HQ Vemma dan dengar talk dari team leader vemma malaysia. Dan memikirkan macam mana ada orang lain yang tak tahu pun basic ilmu diinternet tetapi leh sukses di vemma? Macam mane golongan profesional, yang busy dengan kerjanya, tetapi ada masa yang sikit, diluangkan untuk buat vemma dan berjaya? Ini tak boleh jadi. Tak boleh duduk diam lagi. Habis biz preview, aku terus nak serbu diorang yang berjaya ni. Tapi, rasa malu macam tak pakai baju.. Aku terlewatkan. Org lain lagi pantas berpusu-pusu berjumpe leader masing-masing. Team leader aku pun dikerumuni dengan ramai orang. Hampa. Balik umah menganga! =(

Dirumah terus buka website sendiri, buka mana blog yang ada, cuba letakkan iklan banner dan buat review tentang vemma di semua blog saya ada. Dari situ dapatkan 4 orang yang join dengan daftar percuma. Ok la kan daripada tak ada? Mula gelabah bila call masuk tengah malam ada orang nak tanye pasal vemma ni perniagaan apa. Kali pertama jawab telefon, rasa gugup dan gementar. Tapi, saya teringat satu tips dari leader saya, “kita perlu hadapi ketakutan hanya selama 2 minit pertama sahaja, lepas tu, kita akan ajdi hero!”

Bermula dengan borak-borak kosong, sesi berkenal-kenalan, dan agak2 dah mesra, barulah saya cerita vemma ni secara ringkas. FOKUS terus bgtau kekuatan yang ada di vemma yang takde dalam MLM lain. Ape dia? Saya cakap, sistem autodownline yang terbukti, sistem autofollowup, bonus terbesar apabila seorang join pakej bisnes, kita terus dapat RM1520 tak kisah pun satu kaki gerak pun masih layak bonus ni. dan, saya terus closing dengan bg tarikh closing mingguan, kalau tidak, semua downline yang dah upgred akan MEMOTONG anda! Saya tekankan “lock position” dulu. Tak sangka, panggilan pertama dari prospek, terus UPGRED! =)

Sinaran bersuluh dari jauh.

Dah mula nampak “how really vemma works”. Kerja dari rumah, secara sambilan. Dan bonus mingguan. Tak perlu hantar produk ke rumah downline macam MLM yang sebelum ni saya join. Produk vemma, biarkan kurier yang hantar. Duit pembayaran juga tak perlu nak collect. Biarkan dia bayar direct kat company dengan kad kredit atau kad debit. Senang, dan selamat. Takde isu, orang tak kenal, saya melarikan duit diorg. Wahh.. makin seronok.

Tunggu diserang atau terus menyerang?

Bila dah terbukti panggilan pertama boleh mendatang sales, saya pun menunggu panggilan ke-2. Tapi masih tidak muncul lagi walaupun dah 2 hari berlalu. Ini tidak boleh jadi, lambat! Saya terus buka ke Contact Manager di vemmabuilder dan catatkan nama mereka yang banyak return back. Apa lagi, masih nak tunggu diorg call? orang dah positif tu.. Nak tunggu kang berjanggut pulak, duit poket makin kering. Dan, tanpa buang masa, terus CALL diorang. Saya buat 3 panggilan. 2 orang reject, dan seorang positif tetapi tiada modal. =( Takpelah., just take note yang mana positif dan letakkan dalam kategori “positif & tiada modal”.

Next Call.

Rasa macam kredit semakin surut. Cuba pula buat sesuatu cara supaya mereka yang call kita, dah jimat kredit kan? haha.. Saya godek-godek di Contact Manager Vemmabuilder, dan terus emel kan kepada mereka dan berikan mereka sedikit tawaran. Sesiapa yang nak upgred dengan saya, saya akan letakkan website mereka dalam listing blog saya. Kira dah berikan cara promosi percuma. Idea yang menarik. Dan bagi memastikan mereka betul-betul berebut nak benda ni, saya hanya buka offer untuk 3 orang sahaja. hihihi.. dan hasilkan, ramai yg call. Seharian je saya layan call. Lagi upgred ke paid member. Namun, masih lagi single pek je.. =(

Single-single dulu, lama-lama bertukar jadi ULTIMATE!

Saya pun jumpe upline saya, dan tanye nak tips kenapa orang upgred single je.. dia jawab 5 perkataan je..

“Sebab Ko Pun Ambik Single!”

Ooops! Terkena batang hidung sendiri. Memang betul pun cakap upline saya. Benda ni ibarat hukum alam la. Kalau kita join dengan single, orang pun akan join single jugak dengan kita! Sebelum saya dapat ultimate, saya yang kena ultimate dulu. Tapi, mana nak cari duit……

(cerita ditapis, kerana segan nak story kat sini.. malu siot!)

Dipendekkan cerita saya pun ULTIMATE!

lepas je ULTIMATE, hari pertama jugak dapat ultimate, sbb ada sorg downline saya ambik single bulan pertama tu terus upgred pada bulan kedua. Betul cakap upline saya. Kita nak orang ultimate dengan kita, kitalah yang kene ultimate dulu.

Bila dah ultimate, semangat terus berubah, azam membara dan berkobar-kobar, kerakusan untuk berusaha semakin menjadi-jadi. lantaran itu, muncul lah kereta pertama ku, hasil dari vemma, tapi ni kereta cap malaysia je.. tak mengapa, masih student pun time tu. Asalkan ulang-aling umah ke UM takdelah basah ditimpa hujan cam nek moto.

After setahun, kereta kedua pula mucul, kali ni cap jepun pulak.. mitsubishi red machine.. hehe.. =) dream this car semasa pelancaran lagi, mase tu baru tahun ke-2 di UM. Time tu pulak, dalam hati cakap, nanti aku dah kerja jadi engineer nak beli la kete ni. Tapi, di vemma tak sempat nak hantar resume, dah dapat dream car ni.

Dan…….. Mana kawan aku mula-mula tadi?

Kiranya saya dah agak berjaya, saya jumpelah si kawan tadi tu.. yelah, dia dah janji.. kalau sy dah berjaya dia nak follow kan? So, jomlah join, aku dah berjaya ni.. Dia kata selamba:

Yelah, ko boleh la buat, sbb ko masuk awal-awal dulu… sekarang ko dah jauh, tak mampu aku nk kejar..!

dalam hati saya cakap, bukan ke aku tak ajak dulu?

NO KOMEN lah sng! dah agak dah kalau dah namanya tak nak, tunjuklah kawan baik sekali pun  yg dah terbukti berjaya depan mata tetap taknak! so, tiada proses perundingan lagi.

Orait., mungkin inilah sedikit cerita yang saya nak story dan nak sharing kepada anda semua ketika mana saya memulakan perniagan internet vemma ni. Bukan terus berjaya. Ada jatuh bangunnya juga…

Nasihat saya buat anda yang seakan sama cerita macam saya, sila pastikan diri anda mampu mengatasi setiap keadaan yang berlaku. sentiasa bersedia dengan setiap sebarang jenis kemungkinan yang berlaku.. “to be KILL or be KILLED?” (pinjam ayat Sadik) =)

dan for penutup topik ni, saya nak sharing sikit satu ayat yang sentiasa saya pegang kukuh..

“I’m what I’m today, because of the choice I made yesterday”

kawan-kawan di Vemma lagi best! Semua sporting dan always positive thinking, open minded, & caring as we all in the huge family! (kenangan di VFD2, 2,3,4 Julai 2010 – Ilham Resort, Teluk Kemang, N9)

13317 Total Views 24 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • ajak bisnes (1)
  • cara ajak orang join bisnes amway (1)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)