Hai, apa khabar anda hari ini? Ketika saya menaip post ini adalah baru sahaja pulang dari menghadiri Bisnes Preview VeMMA di HQ Jaya One. Inilah rutin setiap minggu saya. Dan ketika ini jam menunjukkan pukul 12.32pagi. Namun, saya masih bersemangat untuk menaip blog dan berkongsi sesuatu kepada anda.
Hari ini saya sempat memberi tunjuk ajar dan personal coaching kepada 2 org bakal serikandi Jutawan Vemma Malaysia iaitu Diamond Nurul dan juga Diamond Husna. Kali ini saya mengajar mereka perkara asas dalam Search Engine Optimization atau SEO. Perkara utama yang saya tekankan dalam asas SEO adalah submit url ke ejen carian dan juga membina Meta Tag.
Namun, sebelum kita memulakan SEO, kita kena analisis dahulu pencapaian dan ranking blog kita. Bila kita dah SEO kan, maka kita boleh dapat tahu sejauh mana pencapaiannya.
Apa yang saya ajarkan kepada mereka adalah perkara yang telah saya lalui sendiri. Bermaksud, hasil dari kajian dan cuba jaya sebelum ini. Blog saya ini pernah mengalami krisi kejatuhan ranking alexa secara mendadak sejak akhir tahun 2009. Namun, setelah disedari, saya cuba menaikkan ranking alexa semula dengan mengoptimasikan blog ini. Kalau sebelum ini ada saya menunjukkan rank blog saya yang menjunam jatuh, dah selepas seminggu, rank alexa saya telah mencatat pendakian sebanyak 600,000. Satu pencapaian yang menarik dan boleh dibanggakan.
Peningkaatan Global Internet Users sehingga 400% dalam seminggu je.
Kenapa rank blog saya jatuh menjunam? Apakah kesilapan saya?
Bila saya cek dan analisis blog ini, saya dapati banyak kesilapan yang agak remeh kerap saya lakukan. Maklumlah, setiap hari adalah proses pembelajaran. Dan, yang penting, saya belajar sesuatu. Antara kesilapan saya:
- Tidak menggunakan Meta Tag.
- Tidak Buat Site Map di Google Webmaster Tools.
- Tidak membuat post melebihi 450 character. (post yg pendek boleh dianggap spam)
- Alt image url yang terlalu panjang lebar. (maklumlah main copy dari facebook je..)
- Pengulangan Keywords yang sangat kerap.
- Keywords density yang terlalu besar melebiha 5% (sebaiknya sekitar 3% sahaja)
- Blog Template yang tidak mesra SEO (sbb tu blog ni sentiasa tukar template je.. nak cari yang betul-betul mesra SEO)
Inilah antara kesilapan saya yang dapat dikenalpasti.
Dan sejak itu, apa yang penting content atau isi kandungan blog mestilah yang original (tidak copy blog lain). Malah juga, content mestilah yang berguna dan ada banyak info, barulah bagus kan? Saya juga mula nak mengamalkan setiap post saya nak pastikan ada gambar dan juga ada paragraph atau bullets/numbers. Ini akan menunjukkan post kita ada banyak info dan tips yang ingin kita kongsikan.
Apa yang penting pada saya, proses pembelajaran itu takkan ada penghujungnya. Saya akan tetap mencari ilmu. Dan guru saya yang terbaik setakat ini adalah dari Google.
Dari Goole lah saya mendapat banyak info. Tetang vemma, bisnes internet, buat duit internet, dan program internet. Banyak saya belajar dengan rajin mencari di Google.
Kata-kata hikmat untuk kali ini:
Kalau Kita Nakkan Sesuatu, Kita Sendiri Kena Mencari…
Kalau Tidak Mulakan Mencari, Tiada Siapa Yang Akan terus Memberi Anda,,
Gunakan Google, Anda boleh mencari 1001 Macam Ilmu…
Soalnya, Nak Tak Nak Je!
Jika post ini membantu anda, saya perlukan respon anda..Sekian, Salam Jutawan!
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Jan 12, 2010 @ 17:19:09
terima kasih yg tak terhingga buat platinum nasoha kerana ilmu siang td..kalau tak kesah..ajrlah lagi esok ye..hehe 🙂
semoga cepat jutawan!
Jan 13, 2010 @ 19:34:45
bagus tips ni. Blog ko memang yang terbaik kat search engine sekarang. Blog shut ngan smart zul pun dah kalah.. haha
Tips SEO Siri II by Blog Bisnes Internet
Jan 14, 2010 @ 15:42:14
[…] So, berkenaan dengan tips SEO pada kali ini, ianya adalah kesinambungan dari post saya 2 hari lepas. […]
Jan 28, 2010 @ 04:34:14
eee…mcm complicated jer.
Feb 18, 2010 @ 17:54:35
an eye opener for person like me who like to read and perhaps write something dalam blog…..baru nak cuba2
kalau boleh nanti coach me how ok?
selamat menyambut maulid rasul
Apr 21, 2010 @ 06:01:34
Saya pun baru berjinak-jinak belajar SEO, harap dapat tunjuk ajar dari Nasoha. =)