Salam sejahtera semua! Macam tak sedar pulak, tetiba je dah masuk tahun baru 2011. Semua org bergembiran menyambut kedatangan tahun 2011. Namun, dalam kita bergembira, tetap masih ada yg berduka.. Keluhan demi keluhan muncul dari sebilangan keluarga di Malaysia. Apakan daya, rintihan sebuah kehidupan. Kisah ini yg patut saya kongsikan buat semua. Namun, not today..! Kisah yang cukup menyentuh perasaan saya tentang tahun baru. Permulaan tahun baru dengan sesuatu peristiwa yg menakutkan..
Sehinggakan ada sesetengah golongan ibu yg trauma bila menjelang tahun baru.. Tiap kali tahun baru itulah jiwanya tak tenteram. Kebimbangan menyelubungi diri.. hihihi
bg suspen sikitt.. Kisah ni saya baca di salah sebuah blog dan membuatkan saya termangu seketika. Tahun baru tiada erti lagi..
Hmm.. oklah, itu intro je.. Sy akan mengupas “Kisah ITU” dalam post saya kemudian. Mungkin esok, mungkin lusa.. tengaklah kesempatan saya nanti camne kan.. So, kalau2 nak dapat sambungan kisah trauma ini, pastikan anda subscribe free update blog saya.
Tengok tajuk sikit kat atas sana tu? Rangkuman 2010. Sy nak mengimbau kembali tahun 2010 saya sebagai cara saya muhasabah diri. Adakah tahun yg kita baru saja lalui ini cukup bermakna buat buat? Adakah saya gembira? Adakah saya membahagiakan diri saya? Adakah saya dapat membantu rakan2 yg lain di luar sana? Adakah saya menerima pencapaian yg memuaskan? Adakah saya berikan rewards kepada diri saya? byk sgt soalannya.. jom kita selongkarkan satu persatu..
8 JANUARI 2010 – Red Machine di lahirkan..
Selepas saya anugerahkan diri saya sebuah kereta MyVi SE semasa saya seorang pelajar, dan 4 bulan selepas graduate, saya reward myself machine ke-2 saya iaitu Mitsubishi Lancer 2.0GT.
Myvi yg saya convert tu dah cukup best dah pun.. dah cun dah.. tapi, kerja saya banyak travel ke sana sini.. nak selesa berjalan jauh, nak ada bonet yg beso, sy angkat lah satu lg kete.. Tak salah kan ada 2 kete? hihi.. Lagi pun, ianya sebagai pushing power untuk saya lebih serius dalam bisnes.
Cukup membuatkan saya lebih bernilai apabika kita menghargai diri sendiri. ketika ni baru berusia 23 tahun 5 bulan. Yg mana inilah kereta impian saya ketika student dulu. Tahun 2008 model ni kuar di pasaran, mmg dah pasang impian dalam hati.. ” aku kerja esok, nak simpan duit la.. lepas 3 tahun, nak beli kete ni..” emm.. kata2 hati dulu.. Namun, hasil kerja keras & komitment yg tinggi, tak sangka seawal tahun 2010 dah boleh guna. Berkat kesabaran, dapat model baru Facelift 2010.
Tapi skrg Lancer Sportback 2.4 dah kuar di pasaran.. adoi..
15 JANUARI 2010 – DINNER BERSAMA JUTAWAN VEMMA MR CLAY JACKSON

Kat Armada Hotel ni.. Top 10 Earner VeMMA Asia je yg layak ber-dinner same Mr. Clay jackson ni.. hihi.. walaupun dia ni dah agak berusia, namum, dia dah capai fanancial freedom setelah 4 tahun dengan bisnes VeMMA.
16 JANUARI 2010 – BERGURU DENGAN JUTAWAN INTERNET IRFAN KHAIRI
Ni pulak saya attend workshop Irfan Khairi. Workshop ni kalau nak hadirkan diri, kene bayar yuran RM900 tau! tapi takpe, pengorbanan untuk menimba Ilmu..
17 JANUARI 2010 – KONVENSYEN DARI KOSONG SAMPAI JUTAWAN

Buat julung kalinya, 6 jutawan terkemuka Malaysia & Singapore berkumpul dalam satu seminar/konvensyen.
Saya datang bukan sorang-sorang je.. Siap bawak rombongan lagi.. Banyak sharing yg cukup berguna buat saya kerana banyak menaikkan motivasi dalam diri dan juga membuka minda saya bahawa kejayaan yg kita nak dapat, pastinya akan menemui rintangan dulu..
Adakah kita sanggup tempuhinya?
Tiada kejayaan dengan jalan mudah..! Setiap kegagalan yg kita lalui adalah perkara yg wajib kita hadapi untuk melengkapkan kejayaan kita.
Semangat kita akan menjadi kental, apabila kita pernah jatuh, dan kita berani untuk bangun semula..

















