Hai pembaca blog saya sekalian! Sejak akhir-akhir ini ramai yang menghantar emel secara peribadi mahupun SMS saya untuk berjaya dalam Perniagaan Internet Vemma. Ada seorang ni tiba-tiba bertanyakan kepada saya soalan seperti berikut:
En Nasoha, bagaimana ingin menjadi downline dalam rangkaian anda? dan apakah syarat serta kriteria supaya anda boleh menerima saya sebagai downline di vemma? sedangkan saya tidak tahu IT..
Ini baru seorang, sedangkan hampir setiap hari ada yang menghubungi saya untuk sertai vemma. Adakah bisnes vemma benar-benar lumayan? Saya cuba menjawab ringkas…
Jika kita tidak tahu, kita boleh belajar, cumanya sanggup atau tidak untuk belajar?
Perniagaan MLM adalah berkaitan dengan ‘Manusia Latih Manusia’. Mana-mana bisnes MLM pun, akan ada istilah upline dan downline. Yang mana upline akan membimbing supaya downline menjadi seperti upline. Ikut saja apa yang upline buat, apa yang upline cakap, dengan itu, kita berjaya duplikasi apa yang upline lakukan. Maka, income juga kita mampu duplikasi.
MLM VeMMA kesepian di pentas konvensional?
Agak janggal apabila leader-leader MLM yang gah di malaysia atau pun pemimpin-pemimpin MLM yang hebat di persada seantero asia tidak mengiktiraf kehadiran MLM Vemma ini. Saya akui dengan terbuka hakikat ini. Kerana, satu hari sedang saya melakukan personal coaching di salah sebuah restoran mamak di shah alam, yang mana kedai mamak tersebut merupakan ‘port’ MLM company yg hebat dah terbukti banyak bill-board iklan di tepi highway, dan ketika itu saya terserempak dengan kawan lama saya.












