Sebelum saya memulakan topik ini, satu perkataan je saya nak cakap.. iaitu “wow!”.. :)

Macam tak percaya saja teknik SEO yang saya belajar untuk meningkatkan Rank di Alexa agak menjadi. Semuanya dengan menuntut ilmu dari yang pakar. Dan juga ilmu itu saya cuba sampai berjaya.

Ingat lagi tak post saya akhir tahun lepas? Saya ada cerita yang ranking blog saya jatuh menjunam, dan saya berjanji nak naikkan semula, dan baru saja 55 Hari, hari ini pningkatan sehingga 1.6 Juta! Ini bukan main-main beb! Pendakian carta Alexa yang sangat mendadak..

Oh ya, kita lihat pada 31 Disember 2009, blog nasoha.com berada dalam carta 2.6 Juta di dunia!

alexa rank

Namun, setelah itu, saya cuba menaikkan dengan usaha dan hasilnya selepas 55 hari amat memeranjatkan!

Apa yang terjadi? Tengak paparan berikut:

alexa-rank-2010

Kini ranking meningkat dalam kedudukan ke 900 ribu dunia! Giler tak giler peningkatan yang amat ketara. Tetapi pada saya masih lagi teruk kalau 900 ribu kan? Takpelah, setidaknya terus mendaki lagi. Dan saya percaya, setiap hari yang akan berlalu pastinya pendakian berterusan. Sekarang saya tengah nak optimasikan blog nasoha.com ini menjadi top 500 000 pulak..

Saya akan cuba buktikan!

Apa yang saya buat untuk menaikkan Rank di Alexa?

Memang ini soalan di fikiran anda bukan? Bila sebut teknik SEO, memang ramai sangat nak tahu, sebab cara SEO adalah cara yang PERCUMA dan BERTERUSAN! Siapa taknak tengok bisnes maju dengan kos pengiklanan yang percuma kan? Tapi, nak percuma pun, minda kita harus kena fahamkan bahawa mendapatkan ilmu itu tiada noktahnya. Sampai sekarang pun saya masih menuntut dan mencari ilmu tanpa henti. Tanpa ilmu, apalah yang kita ada kan? hihi..

Jadi, senang cakap, mula-mula dapatkan ilmu dulu kan? Ok lah, saya share something yang mungkin dapat membantu anda.

Saya nak cerita pengalaman saya kenapa ranking jatuh. Mungkin dapat menjadikan ikhtibar buat anda yang rakus sangat nak cara SEO, tetapi semakin silap langkah..

Punca Utama Kenapa Ranking Jatuh:

  • penggunaan keyword yang salah. sebabnya, terlalu banyak keyword yang berulang-ulang melampaui batas. kalau anda faham maksud keyword density, mungkin melebihi 20 ke 30%. keyword density yg terlalu besar pada sesuatu keyword akan menyebabkan search engine menganggap sebagai spam blog. Awas dan hati-hati..
  • post blog yang terlalu pendek. jangan post cerita yang pendek sangat. Macam 2,3 ayat je..ini juga boleh disenaraikan sebagai spam blog. kalau nak post sesuatu cerita biarlah panjang sikit..
  • tidak niche. tau ke ‘niche’ tu ape? ianya satu istilah membawa maksud pengkhususan dalam sesuatu blog. contohnya blog nasoha.com adalah cerita berkenaan Nasoha dalam Perniagaan Internet VeMMA. So, blog ini akan bercerita tentang diri nasoha sebagai jenama untuk kredibiliti dan juga perniagaan vemma yang nasoha jalankan. dalam blog ini dah fokus cerita bisnes internet vemma. tidaklah dicampur aduk dengan cerita lain seperti download mp3 ke, hiburan ke, sukan ke.. atau yang lain-lain. Kalau nk post cerita lain tentang hiburan dan sukan, saya akan post di blog saya yang lain.

Cukup ke 3 tips ini dulu? Kalau tak cukup, anda kena la tunjukkan cara anda untuk dapatkan ilmu lebih…

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pastikan anda subscribe nasoha.com untuk mendapatkan Tips Seterusnya..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Tags: , , ,

11 Responses


  1. Nurul Amir on 21 Feb 2010

    thanks nasoha, utk ilmu yg beharga ni.
    akan usaha lagi.. hihi

  2. Sahrul Hasmad on 22 Feb 2010

    Banyaknya ilmu nak belajar…tapi besh…

  3. Din Beramboi on 22 Feb 2010

    Wahh..ok la nih..

    Blog aku dinberamboi.com pd kedudukan 885,410 dunia dan Trafik Rank in Malaysia 7,278. Site linking 58.

    Hehe…harap2 lebih bagus pd ms depan. :)

  4. nasoha on 22 Feb 2010

    Ilmu belajar takkan abis Abg sahrul..
    Din beramboi, blog ko mmg dah otai dlm SEO,
    lg pun usianya lebih tua.. hihi..

    Biar semua cari blog bisnes je kat SEO jmpe blog leader VS.. hihi

  5. fauziah kassim on 23 Feb 2010

    Memang tips ni beguna untuk orang yg suka menimbe ilmu…Sambung lah lagi tips tu …Tak sabar menunggu tips selanjutnya

  6. wahida on 26 Feb 2010

    bisnes ni macam luar biasa hebattt dan tak kan lepas
    peluang yang datang ni kerana peluang ni dtg hanya sekali..
    juz nak atau tak nak jew…keputusan di tangan kita dan
    bukan org lain…so???

  7. wahida on 26 Feb 2010

    cara mcm ni senangnyer nak menuntut ilmu…ingin berjaya
    dalam bisnes,mesti kena tahu pe ilmu yang org berjaya pakai..
    mcm tak percaya org muda dah dpt income besar yang sgt
    hebat…

  8. sharipah on 28 Feb 2010

    saya sedang mencari ilmu utk succes dalam vemma. Namun pencarian saya masih belum membuahkan hasil. Saya harap sangat dapat bantuan drp saudara .

  9. khairul amry on 03 Mar 2010

    saya da cuba sblum ni…tapi tak leh…sbb dia mintak promote link die…cam ner…saya tak der blog….cam ner yer?newbie…..

  10. wahida on 04 Mar 2010

    saye pun xpandai laa nak promote cne nih tuk pengetahuan sume sb
    nk mule2 2 juz past anta email kat kgkawan n nk uat cne ag..??

  11. mnasir on 09 Mar 2010

    macamana nak promote dalam website kita


Leave your comment

*

Spam Protection by WP-SpamFree