No Gravatar

Hai, semalam saya ada post tentang arah mata angin Kejayaan dan Kekayaan bagi diri sendiri buat tahun 2010. Jadi, ada seorang pembaca blog ini rasa berminat untuk saya analisa potensi diri beliau serta arah mata angin tahun 2010. Orang berkenaan adalah Zainuddin Che Ismail a.k.a Din Beramboi. Dia ni adalah kawan saya sejak tahun 2005 lagi. Dan saya mengenali beliau ketika dalam berkecimpung dalam perniagaan MLM di Universiti Malaya. Dan sekarang, kami masih melakukan networking bisnes secara internet dan juga road show secara offline. Beliau merupakan antara Key Leader yang hebat dalam rangkaian VSomebody Vemma.

Oklah, sebab beliau ni kawan gua, leh la wat sedikit review tentang diri beliau berdasarkan tarikh lahir. Ramai yang request sebenarnya, tapi saya terpaksa pilih Din Beramboi kerana dia yang request paling awal.

Bagi yang belum mengenali Zainuddin atau panggilan popularnya Din Beramboi, anda boleh tatap wajah beliau ini,

diamond_dinberamboi

oppps, nak tatap pun jangan lelame. Ni suami orang. hihi.. kalau saya belum jadi suami orang lagi, leh usha saya je ok.. kihkih.

Orait, jom kita bongkarkan rahsia disebalik tarikh lahir beliau iaitu pada 6 Mei 1986.

Berikut adalah perkiraannya,

dinberamboi_potensi

Analisa Fasa 1: Nombor Asas.

Ok, nombor yang berada di tengah yang warna oren iaitu nombor 8 adalah nombor asasnya. Kata kunci bagi nombor 8 adalah tekanan atau pun tanggungjawab yang besar. Orang yang mempunyai nombor 8 adalah antara yang keras kepala, jika dah buat sesuatu keputusan, susah untuk orang lain mengubah keputusannya. Namun, sifat seorang yang setia pada kekasihnya. hikhik. Seorang yang terurus dan teratur walaupun byk tanggungjawab. Tetapi, agak materialistik. Jika ada sesuatu kuasa dan pangkat, dia mmg sukakannya kerana memiliki cita-cita yang besar dan mudah kasihan dengan orang lain. Senang cakap hati yang baik. Malah juga memiliki daya firasat atau perasaan hati yang tinggi.

Namun, ada juga kelemahannya, iaitu sangat berhati-hati sampai kehilangan peluang. Sebenarnya peluang senang datang tapi masih lagi tercari-cari peluang lain sehinggakan tidak tahu apa lagi peluang yang dia cari. Jadi, untuk atasi masalah ini, beliau perlu tidak membuang masa untuk melayan benda yang tidak berfaedah.

Analisa Fasa 2: Nombor berpola

Din Beramboi memiliki pola nombor berikut:

7-2-9 :ada daya tarikan atau pelaris semula jadi. Kalau ada kedai kosong, dan dia datang, lepas tu akan ramai org pulak sibuk-sibuk nak masuk kedai tu. Saya pun ada pola nombor ni.. =) Pola 7-2-9 ini adalah individu yang menawan, mudah memujuk orang, senang cakap, kata-kata manis! Nak yakinkan orang memang tiada masalah. Sesuai dengan MLM bisnes. Tetapi, hati-hati, kawan mudah tikam belakang. Dan, yang agak ‘panas’ sikit, ada potensi berkahwin lebih 1. Oopss! Ada potensi saja, tapi harus ingat, si din ni adalah nombor asas 8, seorang yang setia..hehe

1-5-6 : pola ini berkaitan tentang kerja luar atau outstation, atau pergi merantau. Jika individu mempunyai pola nombor ini, kalau nak duit lebih kena kuar kawasan. So, din ada nombor ni, jadi kena la kuar lembah klang kalau nak income yang lumayan. Nasihat saya, fokus pada melaka, haluan anda adalah betul sekarang! Memang kena kerja luar, sebab pola 1-5-6 ini diulang sebanyak 2 kali dalam tarikh lahir anda!

7-8-6 : pola ini adalah tentang kerja atau tanggungjawab. Senang cakap, suka buat kerja bila orang suruh atau orang tak suruh pun dia wat keje jugak. hihi

2-6 : seorang yang boleh berjaya dengan cara yang tersendiri. emm, memang betul pun. Saya kenal din ni memang dia nak berjaya, dia ada cara lain dari orang lain.

7-8 : mempunyai ramai penyokong yang membawa tekanan tetapi membawa kepada kejayaan.

ada banyak lagi sebenarnya, namun just menghampiri je, jadi bukti kurang kukuh la..

Oklah, tentang potensi diri inilah yg mampu saya huraikan, sekarang saya nak tunjukkan arah mata angin bagi tahun 2010 pulak. Lihat gambar berikut:

dinberamboi_potensi2

Nampaknya bagi tahun 2010 ini kena fokus pada negeri di Utara, Timur Laut, Timur, dan juga Tenggara. Paham-paham sendiri lah ye, yang mana warna Oren, adalah arah yang terbaik, sebab oren itu adalah Vemma. hehe..

Ok, berkenaan warna pula, Perang, Kuning Cair dan Kuning adalah warna yang biasa saja bg anda. Kalau nak bg power tentang warna anda, gunakan warna Emas, Perak dan Putih. Namun, nak bagi lagi power tahap gaban, gunakan warna Biru atau Hitam. Hihi…

Ini semua adalah dari teori getaran tarikh lahir atau meta fizik. Bukan menilik ok. kalau menilik itu, menilik rezeki atau menentukan hidup mati seseorang. Namun, dari unsur nombor, membawakan seribu maksud. Ilmu tuhan kalau kita mengkaji dan belajar takkan abis. tetapi tuhan dan ingatkan kita dengan memberikan kita petunjuk. Wallahu a’lam.

Untuk Din Beramboi, majulah vemma untuk dunia!

Minat dengan topik ini? Jom simpan dan sebarkan...
  • Print
  • Digg
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Google Bookmarks
  • Add to favorites
  • email
  • MySpace
  • PDF
  • Twitter