Hai.. salam sejahtera. Malam semalam saya ke surau dan sambil terdengar ceramah agama tentang ibadah puasa. Jadi, dipendekkan cerita masuklah bab “Fidyah”. Tau ke fidyah ini apa?

Saya terjumpa definisi fidyah:

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Fidyah ni senang cakap adalah bayar secupak beras kepada orang fakir miskin. Dan ada beberapa sebab kenapa kita kena bayar fidyah.

Oklah…,

Ustaz pada malam tu ada buka sesi soal jawab. Dan adalah seorang pakcik ni tanya..

Zaman sekarang ni susah la nak cari orang yang betul-betul fakir dan miskin.. jadi macam mane nak serahkan bayaran fidyah ni?

Maka si ustaz tu pun menjawab:

Kita jangan meletakkan diri kita dalam kaedah zaman dulu. Bukan definisi miskin itu adalah tiada rumah, tak dapat makan, takde kereta. Zaman sekarang mengikut garis panduan, setiap isi rumah yang berpendapatan per kapita bawah RM3000 adalah miskin. Dan LAYAK untuk terima fidyah..

saya pun, rasa macam pelik pulak. Gaji RM3000 miskin? Saya terus search di internet dan terjumpa satu artikel dari Utusan Malaysia.

Baru saya sedar, jika gaji RM3000 ini masih tak cukup nak tanggung tempat kediaman keluarga, makan minum anak isteri, pengangkutan, pendidikan anak2 dan sebagainya. Dan, memang layak terima fidyah kan..

Adakah anda dalam golongan ini?

Tak perlu tanya diri anda.. setahun yang lalu, memang sayalah dalam kategori ini. =( Malu rasanya kalau dapat tahu awal perkara ini. Namun, sebab itulah, kita kena berusaha mencari pendapatan yang lebih baik. Rezeki ada di mana-mana. Cumanya, kita kena perlu bekorban dan berusaha untuk mendapatkannya.

Hakikatnya, ramai yang berpendapat:

Ala… gaji RM3k ok what? cukup la nak makan.. boleh la nak hidup..

Tetapi, kalau saya cakap “anda dalam kategori miskin” anda pula tak nak mengaku. hehe.. maafkan saya, saya tidak mengenakan sesiapa. Cuma saya agak janggal dan masih tak berpuas hati lagi kenapa kategori RM3000 ni miskin.

So, kalau dah tahu dalam kategori “miskin”, salah ke kalau kita cuba menaik taraf kehidupan kita??

Kenapa tidak mahu mencuba sesuatu perniagaan yang mampu kita buat? paling tidak pun, mencari sesuatu yang dikatakan sambilan dirumah? Cuba renung-renungkan dan selamat beramal…

______________________________________________________

Petikan daripada akhbar Utusan Malaysia, 26/12/2009 – Wilayah Kota

RM3000 Ke Bawah Kategori Miskin Bandar – RMK 10

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar mencadangkan supaya mereka yang berpendapatan RM3,000 ke bawah dapat dikategorikan sebagai miskin bandar di bawah Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Menterinya, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, langkah itu perlu dilakukan memandangkan kategori miskin bandar tidak boleh disamakan dengan definisi miskin yang diguna pakai di bawah sistem data kemiskinan e-Kasih sekarang.

Katanya, justeru definisi baru miskin bandar ini akan membolehkan lebih ramai warga kota mendapat pelbagai bantuan kerajaan sejajar dengan hasrat mewujudkan kesejahteraan bandar.

”Namun harus ada perincian lanjut pada maksud pendapatan bawah RM3,000. Maksudnya bukan semua yang berpendapatan bawah RM3,000 layak.

”Sebaliknya kita tengoklah berapa orang anak dan perkara-perkara lain sebelum boleh kata orang itu tergolong dalam miskin bandar,” katanya selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Krismas anjuran Parti Progresif Penduduk (PPP) di sini hari ini.

Sementara itu, Raja Nong Chik berkata, antara perkara paling pokok berhubung bantuan yang akan diberikan kepada mereka yang tergolong dalam miskin bandar ialah soal perumahan.

Sehubungan itu katanya, beliau yakin kerajaan akan memberi lebih peruntukan pada aspek itu yang akan diperbesarkan lagi di bawah RMK-10 selain bantuan-bantuan lain yang akan diteruskan seperti unit saham amanah.

”Menjadi hasrat kerajaan supaya lebih ramai masyarakat bandar yang dikategorikan miskin bandar dapat menerima manfaat bantuan kerajaan. Jadi di sinilah tugas utama kementerian untuk mempertingkatkan lagi jumlah mereka yang layak menerimanya.”

”Sebelum ini tak ramai yang dapat kerana rujukan adalah pada e-Kasih tetapi untuk RMK-10 dengan bermula tahun 2011, asas-asas definisi miskin bandar akan diubah sama seperti yang pernah disuarakan Perdana Menteri,” jelasnya.

12947 Total Views 10 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • kereta untuk dijual bawah rm3000 (60)
  • kategori keluarga miskin malaysia (21)
  • Kerita di jual dawah rm3000 di kota kinabalu (1)
  • mencari orang miskin bangi (1)
  • pendapatan 3000 ke bawah (1)
  • Takrif Miskin (1)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)