Ramai yang memberikan respon positif bertanyakan tentang pelaburan saham ‘online’ yang ada saya sertai secara tidak langsung. Saya pun agak bingung nak jawab macam mana. Ini pun saya cuma ‘pejamkan mata’ je invest ke company yang masih baru tapi mempunyai landasan platform yang sangat kukuh di 5 buah negara asia…

Saham apa tu..?

Malu ler nak cakap 🙂

Pelaburan Internet ker? Ni yang agak susah nak menjawabnya.

Saya bukan taknak bagi tahu, cuma ‘trauma’ nak promote kat kawan-kawan takut-takut tak menjadi karang saya jugak yang kena! Aduiyai… Lainlah kalau hati batu macam gua ni, jenis tak kisah dan berani ambik risiko. Kena pulak orang yang tau nak kaya saja, tapi ILMU asas takde, jenuh jugak nak melayan. Kalau sabar takpe.. boleh la jugak beri masa untuk faham.

Sebut je pelaburan internet, mungkin sekarang dah popular dilabelkan sebagai pelaburan haram. Ye la kot, saya tak sure apa yang berlaku tentang pelaburan internet yang haram ni. Dan satu ketika dulu pernah kecoh dunia internet tentang bisnes pelaburan, masuk je duit beribu-ribu dan tunggu duit collect tiap-tiap bulan. Nasib je dulu takde modal, kalau tak entah-entah dah terjebak kot. Yelaaa… orang dok convince kita hari-hari, mana kita tak tergoda! jiwa muda kann… haha 😀

Nah…. keratan akhbar ni menunjukkan risiko kalau nak buat pelaburan di internet. Kenapa risiko? Ada beberapa garis panduan yang telah ditetapkan jika nak buat investment di internet, antaranya:

  • Pastikan company berdaftar di Malaysia, walaupun company dari luar negara.
  • Ada Sijil Perniagaan yang sah.
  • Tidak mengambil deposit secara haram.

Ini kisah dulu….. Sekarang lain dah ceritanya..

Now, bila kita hadir kelas, dan mula mencari ILMU, maka kita boleh kenalpasti dengan saluran yang betul samada sesuatu pelaburan itu sah atau pun tidak. Samada dari segi syarak, mahu pun dari segi sistem perundangan negara kita.

Sebab itulah kita perlukan ILMU.

Sebab itulah kita perlukan Mentor untuk berguru.

Supaya kita tak silap lagi dan lagi….

Namun, apakan daya, kita cuma manusia biasa saja..  dan semangat yang ada untuk memperbaiki taraf ekonomi keluarga semakin membara membuatkan kita tak pernah kenal erti putus asa. Sentiasa mencuba. Tak pernah serik nak cuba pelan bisnes yang baru..! Mungkin pernah gagal, pernah mengalami kerugian, pernah mengalami kejatuhan, maka disinilah pengalaman itu menjadi koleksi yang berharga demi meniti peluang yang sentiasa datang tanpa putus-putus.. Berjaya atau Gagal, kita tiada kuasa untuk menentukan takdir kita. Apa yang terdaya, kita berusaha kearah itu (kejayaan)..

Berbalik dengan isu pelaburan dan saham ini, saya cuma ada invest duit sikit untuk melihat potensi dalam media sosial dan hypermart. Cuma suka-suka saja nak belajar. Untung pun takdelah nak mengharap sangat sebabnya kalau terrrlalu berharap, biasa benda tak jadi.. Thats Y lah buat dono jer…

Kenapa saya memilih untuk buat pelaburan?

  • Ambil kos rendah (minima) untuk belajar selok-belok pelaburan. Any time boleh tambah unit bila-bila masa, tapi ikut harga pasaran semasa.
  • Pelaburan tidak ambil banyak masa kita. ianya pasif income, tapi kena sabar tunggu tempoh matang dan berani terima kenyataan sebab pelaburan ni ada untung dan rugi. lainlah buat bisnes, perlu aktif untuk dapat income.
  • Sudah hadir taklimat, dan maklumat jelas. Hadir ke HQ untuk melihat sendiri apa jenis produk yang diniagakan.
  • Yang penting, kita boleh jual semua unit share kita bila-bila masa. Kena pandai semak harga pasaran lah, kalau naik, memang untung, kalau rugi, tahanlah sikit nafsu tu! Sabar.. tunggu betul-betul untung.

Masih ingat lagi tak entry saya 2 minggu lalu?
Saya ada bercerita tentang kuota share bernilai $0.37 seunit yang laris dijual..

Saya tak sempat nak monitor sebenarnya sebab ada komitmen lain dalam perniagaan internet. dan saya cuba login hari ni, saya dapati sudah meningkat sehingga $0.40 seunit. Senang cakap, kalau nk jual hari ni pun dah untung. Tapi, unit tak banyak, tengah kumpul modal dulu bagi beribu2 unit dalam tu. Pelaburan untuk masa depan…

Lihat graf untuk setakat hari ini:


Saya membeli ketika nilainya $0.36
dan saya mula rekod data ketika harganya meningkat kepada $0.38. Maklumlah, masa awal-awal dulu saya tak menyangkakan ianya akan meningkat begitu cepat daripada tanggapan saya..

Maka, bila nilai $0.38 baru saya mula mengkaji dengan teliti. Saya dapat jumlah 1 lot bernilai $82.
Dan ketika harga naik ke $0.40, maka 1 lot akaun saya mencecah $86 (anda boleh lihat di Total GRC Value).

So, dalam masa 13 hari saja (anggaran 2 minggu), peningkatan adalah sebanyak 4.8% iaitu dari nilai $82 kepada $86.

Ini baru 1 akaun je, belum kira-kira akaun yang lain 🙂

Bayangkan kalau ada nilai $8200? maka kentunggan adalah $400 dalam masa 2 Minggu jer.. dan peningkatan ini ada beberapa faktor. Saya tak ingat kenapa, cuma macam ada kena-mengena selagi pilihanraya umum ke-13 belum berlangsung.. hehehe… Bagus jugak bila PRU dilewat-lewatkan. Ada juga kepentingan kepada ahli perniagaan kann…

Anda Nak Rebut Peluang ini?

Buat masa ini, saya belum berani nak menjanjikan sebarang pulangan. So, saya taknak ambik risiko nak promote benda ni. Biarlah saya makan sorang dulu kann..haha…  Penat dah selama ni promote bisnes macam2, ada yang tak menjadi je, saya disalahkan..  🙁 Tapi, bila yang menjadi tuu, takde pulak saya ‘dibetulkan’… hahaha…

Kalau saya promote pun, anda belum tentu lagi sanggup datang ke HQ Company di KL untuk menandatangani borang pembelian share company. Huhuhu…

By the way, rakan-rakan yang ‘loyal’ dan sentiasa berjuang bersama-sama, saya akan kongsikan peluang ini.
Macam mana caranya? – Anda kena sign borang taat setia duluu… haha 😀

Sudi-sudilah jengok blog ini dilain masa. Kalau taknak terlepas sebarang update, boleh subscribe button kat sidebar tuu. Bila mana saya update je blog ni, anda terus dapat email.. Kan senangg.

8711 Total Views 2 Views Today
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)