ViVa Selangor! Post kali ni sekadar nak mengucapkan tahniah kepada pasukan Selangor yang berjaya merangkul kejuaraan Piala FA buat kali ke-5 dengan menumpaskan Kelantan menerusi kemenangan sepakan penalti 4-1 selepas terikat 1-1 dalam masa tambahan. Sayang betul tak ke stadium semalam. Memang dah merancang dengan kawan-kawan nak pegi, tetibe kol 3ptg ada masalah teknikal pulak.. So, tgk TV jela kat umah.. huhu.. memang mendebarkan..

http://bisnespower.com/images/finalpialafa.png

Tahniah juga kepada seluruh warga selangor yg menyokong pasukan kesayangan ini. Ketua pasukan, Amri Yahyah mmg patut dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan, kerana gol jaringan beliau menghidupkan nyawa selangor untuk mengheret ke sepakan penalti. Ternyata, saat paling genting, jurulatih selangor, K. Devan menurunkan pemain berpengalaman untuk menyadahkan sepakan penalti. Kesemua 4 sepakan penalti selangor berjaya disudahkan dengan cemerlang oleh Khairul Anuar Baharum, Nasriq Baharom, D. Surendran dan Safee Sali manakala dua sepakan pemain Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Zairul Fitree Ishak mengenai palang dan tinggi tersasar.

Tahniah sekali lagi untuk Skuad Merang Kuning Red Giants! ViVa Selangor. Sudah pasti penyokong fanatik selangor akan berasa gembira sekali. Untuk DJ HotFM, Fara Fauzana (fanatik selangor), pastikan anda mencanang nama selangor ketika HotFM AM Krew! hehehe..

Kepada penyokong pasukan Kelantan, terutama Din Beramboi rileks and cool down ok!! hehe.. cuba lagi!

2192 Total Views 2 Views Today
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)