adsense

Pendapatan Google Adsense : RM20k

😀 senyum sikit..!!

wahh!! tajuk ni gempak gilerrrr.. mmg gempak ke? Semalam time tgh nak ambik ‘gaji’ tetap adsense bg bulan Febuari tetiba teringin nak tgk jumlah keseluruhan semenjak terjebak dengan Google Adsense. Gaji semalam genaplah 19 bulan berturut-turut saya menerima pendapatan pasif ini tanpa ‘miss’ walau sebulan. Syukur, Alhamdulillah.. Maksudnya dah 19 kali la saya menerima duit dari google.. best3x!!

Tringat sebenarnya 2 tahun dahulu ( Febuari 2007) ketika tu pertama kalinya nak mempercayai buat duit dengan internet ni. Dan pada waktu itu terjumpe Google Adsense. Memang ramai otai ketika itu yang gempak dengan income adsense. Saya bermula dengan ‘zero’ dan pendapatan pertama saya adalah $0.69 jer.. kemudian next month dapat $0.02 jer..! Disebabkan tak putus asa, setelah 5 bulan aktif untuk adsense barulah merasa pendapatan pertama, masa tu google hantar Cek ke rumah saya. 5 Bulan baru mula menjana hasil pertama, terseksa bukan?? Ramai rakan saya yang nak mulakan google adsense ni, baru try sebulan dua je dah give up.. soh sabar sikit je tak nak. Tapi buat ape nak kisah, pendapatan saya tetap tak terjejas.

Berikut adalah screenshot Google Adsense saya bg tempoh 19 bulan : (klik pd gmbar untuk jelas)

Jadi, secara keseluruhannya selama 19 bulan ni, saya dah menjana sebanyak USD6170.13 ~ RM20k wahh banyak tuu, kalo dapat income mcm ni setiap bulan kan best.. Tapi takpe, untuk setahun setengah ni dengan RM20k yg telah saya dapat dan saya pun tak tahu kemana tah duit tu pergi…boros sgt la.. 🙁

Sebenarnya dah hampir 4 bulan saya tak pernah update blog-blog adsense saya. Namun income terus terjana secara automatik! hehe, dapat duit goyang kaki je. Hujung bulan hanya perlu login di google adsense dan ambik MTCN number untuk western union..best tak kerja mcm ni? Tapi anda tak tau bagaimana peritnya bermula dulu… terkontang kanting tau..

Walaupun tak la sehebat otai-otai IM yg lain, namun, cukupla dengan sekitar RM800 setiap bulan berterusan hanya dengan goyang kaki!! 😀

Tawaran Hebat!! Ade sesiapa nak jadi anak murid saya dalam Google Adsense? haha…ayat poyo gilerrr..

Incoming search terms keywords:

  • buat duit dengan google adwords (2)
  • cara buat duit dengan google adsense (1)
  • pendapatan dengan google adsense (1)

Income Adsense tak menentu

Salam sejahtera, rasenya dah lama saya tak berborak tentang adsense. Yelah, hidup ni kan dah macam Berita Harian, “Zaman dah berubah, dunia dah maju” , ape barang main income adsense lagi, betul tak? Ramai IM sekarang dah tinggalkan adsense, samada kene banned atau pon dah takde income. :) Itu terpulanglah pada mereka, yg penting bisnes tetap jalan. Member saya din beramboi  & kento pun dah wat pra pelancaran ebook “Menjadi Pro Affiliate” semalam,kira dah mula berniaga produk digital sendiri. Income comfirm gempak, Maybank2u leh penuh setiap hari. Harus diingat, jgn sampai Maybank2u block akaun anda dan juga kene panggil ke kaunter. Macam aku la, Maybank2u dah kene block, hari ni kene pegi Maybank Bangsar untuk wat penjelasan, cuak gak..

Oklah, berbalik pada topik asal saya hari ni nak bercerita tentang pendapatan adsense yang dah tak menentu, kurang konsisten dan semakin dibayar murah..Lihat contoh pendapatan saya semalam, 17 september 2008 dibawah:

Blog popular saya leh mencapai page impression 6000-7000 sehari, lebih kurang dalam 1000-1300 pelawat, dan jika dikira pendapatan per klik ($8.02/258=$0.031) dan ($5.18/173=$0.0299). Puratanya, saya leh dapat 1 klik sebanyak 3sen je..huhu.. Camne nak dapat beriban-riban nih. Itu merupkan blog keyword ‘murah’ dan ’sampah’ sebabnya, tah ape2 iklan kuar, saya hanya wat filter ke laman web yang boleh jejaskan akidah dan iman sahaja. Tetapi lihat pendapatan dibahagian bawah, hanya 1 klik je terus dapat 28sen. Tapi tengoklah sendiri berapa page impression dia. Dalam 20 org pelawat je. Sadis tol. Ni saya ade mencuba keyword mahal, 1 klik leh dapat banyak, tapi nak tarik pelawat agak susah sikit lah.

Berbeza dulu dan sekarang.

Kalau setahun yang lepas, blog popular saya mendapat page impression dan klik yang hampir sama seperti diatas, namun pendapatannya hampir 2 ke 3 kali ganda dari sekarang. Tak taulah ape nak jadi. Mungkin dulu, tak ramai persaingan dlm adsense, dan jugak setahun lalu, pihak advertiser belum pandai main adwords kot. Sekarang semua nak untung, kita sebagai publisher hanya mampu redho jelah. Terima jelah hakikat dunia sekarang nih. Wat ever pon, adsense tetap leh go on lagi sementara belum kene banned.

Tips dunia akhir zaman.

hehe, tajuk macam tazkiroh dibulan ramadhan lak. Setelah ditimbang tarakan dan dianalisis, saya membuat kesimpulan mudah seperti berikut:

Jangan terlalu harapkan keyword mahal dan jangan pula nak main keyword murah saje. Buat blog yang yang ramai orang cari biasanya keyword murah, dan promosikan sebaiknya, mantapkan SEO (searh engine optimization) dan juga SERP (searh engine ranking page). Selepas itu, buat juga blog keyword mahal, letaklah link back kat blog pertama tadi. So, cara ini akan membantu menarik traffic ke blog keyword mahal tadi. Macam saya buat, blog keyword mahal saya visitor datang dari blog pertama saya, nak harapkan datang SEO, susah sikit sebab keyword mahal ni biasanya gunakan “long tail keyword” iaitu keyword yang betul-betul terperinci. Sbg contoh bg short tail adalah “artis melayu” dan long tail adalah “artis melayu lelaki berkumpulan” . Jadi, 2 jenis kombinasi blog ini mungkin mampu meningkatkan pendapatan adsense anda.

Itulah tips yang saya ingin tekankan, janganlah mudah putus asa dan awas jangan buat blog terrlalu banyak dan sampah (tak update) , google akan ingat itu blog spam. Kalau buat banyak blog dan berlainan akaun email, itu saya tak cuba lagi. Yang pasti, ade 2 blog saya dah di delete oleh pakcik google kerana dah setahun tak update. haha, pada muka!

Cukuplah sedikit perkongsian yang tak seberapa nih. Harapkan dapatlah memberi manfaat kepada anda semua. Setakat ni, program pay per clik yang lain, saya masih tak berkenan, ade try Malaysia punya dulu nama “nufflets” pastu tukar “gokita”, pastu tukar ape tah, tup2 dah takde, income saya dah dekat $20 dlm tu..burn lak. wahaha.. ingat nak support produk tempatan, tapi entahlah, tak tau nak kate. Harap akan ada lagi PPC dari Malaysia. Namun, saya tetap mengatakan Google Adsense is te best! Dah generate hampir 20k terkumpul..tapi hilang tah ke mana, boros sangat..haha

Terima kasih kerana sudi membaca.

Salam e-biz, (curi ayat din beramboi)

p.s : Merokok itu merbabahayakan kesihatan.

p.s.s : Dapatkan Minyak Jaguh Kanda untuk kesihatan.