Hai, apa khabar anda hari ini? Ketika saya menaip post ini adalah baru sahaja pulang dari menghadiri Bisnes Preview VeMMA di HQ Jaya One. Inilah rutin setiap minggu saya. Dan ketika ini jam menunjukkan pukul 12.32pagi. Namun, saya masih bersemangat untuk menaip blog dan berkongsi sesuatu kepada anda.

Hari ini saya sempat memberi tunjuk ajar dan personal coaching kepada 2 orgĀ  bakal serikandi Jutawan Vemma Malaysia iaitu Diamond Nurul dan juga Diamond Husna. Kali ini saya mengajar mereka perkara asas dalam Search Engine Optimization atau SEO. Perkara utama yang saya tekankan dalam asas SEO adalah submit url ke ejen carian dan juga membina Meta Tag.

Namun, sebelum kita memulakan SEO, kita kena analisis dahulu pencapaian dan ranking blog kita. Bila kita dah SEO kan, maka kita boleh dapat tahu sejauh mana pencapaiannya.

Apa yang saya ajarkan kepada mereka adalah perkara yang telah saya lalui sendiri. Bermaksud, hasil dari kajian dan cuba jaya sebelum ini. Blog saya ini pernah mengalami krisi kejatuhan ranking alexa secara mendadak sejak akhir tahun 2009. Namun, setelah disedari, saya cuba menaikkan ranking alexa semula dengan mengoptimasikan blog ini. Kalau sebelum ini ada saya menunjukkan rank blog saya yang menjunam jatuh, dah selepas seminggu, rank alexa saya telah mencatat pendakian sebanyak 600,000. Satu pencapaian yang menarik dan boleh dibanggakan.

alexa_january_rank

Peningkaatan Global Internet Users sehingga 400% dalam seminggu je.

Kenapa rank blog saya jatuh menjunam? Apakah kesilapan saya?

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya