ASB

Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan..

Saya ingin berkongsi pengalaman saya bagaimana saya buat buku ASB yang baru gara-gara buku ASB yang asal gagal dijumpai.. Senang cakap, Buku ASB Hilang! Macam biasa, langkah pertama jangan kita gelabah! 😀

Tenang-tenang saja.. take a breath..

Tips_Buku_ASB_Hilang

Saya biasa google kan info untuk cari pengalaman mereka yang pernah kehilangan buku ASB. Macam-macam pengalaman dan ragam saya jumpa. Banyak persoalan yang timbul jadinya.. Antaranya:

  1. Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?
  2. Apakah butiran yang diperlukan untuk isi borang kehilangan buku ASB?
  3. Berapa caj Denda yang dikenakan? RM10? RM20?
  4. Berapa lama tempoh untuk dapatkan Buku ASB yang baru?
  5. Adakah akaun ASB anda dibekukan dari pengeluaran selama 10 Hari?
  6. Adakah rekod “history” akan dicetak semula?

Baiklah… semua persoalan diatas akan cuba saya huraikan satu-persatu.

Boleh ke buat buku baru di Ejen ASNB seperti pejabat pos, bank seperti Maybank, RHB Bank dan CIMB Bank?

ejen ASNB

Untuk buka buku baru (akaun yang baru) memang boleh dilakukan melalui Ejen ASNB. TETAPI, jika kes kehilangan buka ASB dan ingin gantikan yang baru, tidak boleh berurusan di Ejen ASNB! Anda perlu ke Pejabat ASNB terdekat.

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • buku asb hilang (1269)
  • hilang buku asb (134)
  • semak akaun asb online (124)
  • kehilangan buku asb (76)
  • buku asb (64)
  • buku akaun asb hilang (50)
  • jika buku asb hilang (41)
  • buku asb hilang macam mana (32)
  • buku asb hilang 2016 (29)
  • kalau buku asb hilang (27)

Menambah Simpanan ASB Melalui Maybank2U

Salam sejahtera pembaca budiman. Ketika post ini ditulis saya sedang bersarapan di McD Seksyen 22, Shah Alam. Bila saya buka Maybank2U, gaji mingguan saya untuk minggu lepas masih belum lagi terusik. Sebelum tangan menjadi gatal, lebih baik saya simpan sedikit di ASB. =)

Namun, sejak saya melakukan Full Time dalam Peniagaan Internet terutamanya Vemma, banyak ilmu internet yang baru yang saya dapat. Terutama dalam pembelian online termasuk beli prepaid, bayar bil postpaid, bayar bil broadband, astro, elektirik, bayar PTPTN, dan pelbagai lagi. Dan hari ini saya menambah akaun simpanan di ASB juga melalui internet. Mudah bukan?

Apa yang pasti, setiap ilmu baru yang saya dapat, saya akan berkongsi bersama anda. Ilmu kalau kita kembangkan, Insyaallah besar ganjaran menanti kita di Sana..

Saya akan tunjukkan kepada anda, bagaimana nak tambah simpanan ASB secara online melalui Maybank2u secara langkah demi langkah.

LANHKAH 1: Login ke Akaun Maybank2U.

LANGKAH 2: Klik pada Investment.

asb-maybank2u-1

LANGKAH 3: Pilih ASNB unit Trust Additional Purchase.

asb-maybank2u-2

LANGKAH 4 : Tick setuju pada Condition dan juga klik NEXT

asb-maybank2u-3

LANGKAH 5 : Request TAC, kemudian masukkan Membership Number, letak amaun yang nak ditambah (RM) dan Pilih Product: Amanah Saham Bumiputera.

asb-maybank2u-4

* Untuk melihat Membership Number, sila buka buku akaun ASB anda, dan pilih No. Ahli seperti dalam paparan berikut:

akaun-asb-depan

akaun-asb

LANGKAH 6 :Masukkan TAC selepas anda terima TAC dari telefon bimbit anda.

asb-maybank2u-5

LANGKAH 7 : SUCCESSFUL! Sila simpan resit anda. Digalakkan Print.

asb-maybank2u-6

Ini sahaja perkongsian saya pada hari ini. Len kali saya ada ilmu baru, saya akan kongsikan lagi okay. Jangan segan silu untuk terus stay tuned bersama nasoha.com Jom jadi Fans saya di Facebook http://fans.nasoha.com

Incoming search terms keywords:

  • asb maybank2u (73)
  • simpanan asb (64)
  • maybank2u asb (63)
  • asb melalui maybank2u (59)
  • simpanan asb melalui maybank (52)
  • simpanan asb melalui maybank2u (51)
  • cara transfer duit ke asb melalui maybank2u (31)
  • transfer duit ke asb melalui maybank2u (27)
  • tambah asb melalui maybank2u (26)
  • tambah pelaburan asb melalui maybank2u (24)