Hai.. salam lumayan! betul ke lumayan? Aminkan jela ya.

Oklah, kali ini saya akan bercerita secara ringkas bagaimana kita nak elakkan blog kesayangan kita diserang Virus!. Virus ni sebenarnya jahat tau, sebab dia boleh men’down’kan sistem blog kita, dan secara tak langsung boleh juga men’down’kan pemilik blognya.

Macam sayalah jugak. Baru-baru ini, rupanya blog saya diserang virus. Ketika berada di gym untuk workout membis muscles di Fitness First, tetiba ada kawan vemma saya, Suwardi menghantar SMS kepada saya dan menyatakan blog saya tak boleh nak masuk, Kaspersky kata ada Trojan. Saya pun terus je ter’down’. =(

Saya bergegas ke rumah dan lihat sendiri blog saya ni ha. Sedih je.. Namun, dan nasib baiklah saya beli hosting ni di DataKL dan support sangat bagus. Saya emel kepada support di dataKL dan beberapa minit selepas itu, blog saya kembali normal. Telah di’restore’ post saya semula. Cumanya, last post tentang pertandingan Foto je hilang. Terpaksalah saya menaip semula. Tapi, tak mengapalah, hilang 1 post je, jgnlah sampai hilang 1 blog. huhu..

So, bila dikaji semula, ada 5 Faktor Utama untuk kita mengelakkan blog kita supaya diserang oleh anasir negatif ini.

5 CARA ASAS UNTUK MENGELAKKAN BLOG DISERANG VIRUS

  1. Gunakan Anti-Virus Original (berbayar). Kalau saya, saya gunakan Kaspersky Internet Security 2010. So far, memang bagus untuk membasmi kuman kotor..hoho
  2. Upgrade WordPress ke edisi terkini. Ya, ini memang sangat perlu, kita perlu upgred version wordpress kita kepada version yang baru.
  3. Jangan biarkan Software FTP anda sentiasa login ke server hosting. Sebagai contoh, ramai yang gunakan File Zilla sebagai software FTP untuk upload data ke hosting mereka. Jadi, bila selesai proses uploading, cepat-cepat tutup FTP. Yelah, nak elakkan anasir jahat dari laptop kita masuk ke server.
  4. Tukar password FTP anda supaya lebih selamat. Jangan sesekali menggunakan password yang sangat mudah dicipta atau pun, password yang sangat kerap kita gunakan dimana-mana login page. Maksudnya, password kita kena yang “strong”sikit lah ye..
  5. Sila “moderate comment” di blog anda. Ini pun penting jugak, yelah, zaman sekarang ada software autopost-comment di blog. Macam robot la yang bg komen dan tinggalkan link website yang ada virus. hati-hati ya.. =)

So, cukuplah dulu 5 Tips Mudah untuk mengelakkan blog kita daripada diserang virus jahat. Kalau virus cinta tu takpe jugak.. hihi..

Bubbye!

Jap2.. nak letak satu quote of the day, ayat ni dari kawan karib sekelas saya di UM dulu..

“You don’t need a reason to help people..”

so, sharing is caring kan…