puasa

RM3000 ke Bawah Kategori Miskin?

Hai.. salam sejahtera. Malam semalam saya ke surau dan sambil terdengar ceramah agama tentang ibadah puasa. Jadi, dipendekkan cerita masuklah bab “Fidyah”. Tau ke fidyah ini apa?

Saya terjumpa definisi fidyah:

Fidyah merupakan bayaran denda yang dikenakan kepada seseorang yang tidak dapat mengganti puasanya di Bulan Ramadhan pada sesuatu tahun sehinggalah tibanya Bulan Ramadhan tahun berikutnya.

Hukum membayar Fidyah adalah WAJIB . Dengan membayar fidyah tidak bermaksud mereka tidak perlu membayar puasanya kerana puasa tersebut tetap wajib di ganti mengikut bilangan hari yang telah ditinggalkannya. Sekiranya bilangan hari tersebut telah melangkau tahun maka kadar fidyah bagi hari tersebut akan digandakan.

Kadar Fidyah dikira berdasarkan kadar harga beras (makanan asasi penduduk) sebanyak secupak. Kadar tersebut berubah mengikut harga yang ditetapkan pemerintah di sesuatu tempat. Beras tersebut hendaklah di beri makan kepada fakir dan miskin dan bukan berbentuk wang tunai, pakaian dan sebagainya.

Fidyah ni senang cakap adalah bayar secupak beras kepada orang fakir miskin. Dan ada beberapa sebab kenapa kita kena bayar fidyah.

Oklah…,

Ustaz pada malam tu ada buka sesi soal jawab. Dan adalah seorang pakcik ni tanya..

Zaman sekarang ni susah la nak cari orang yang betul-betul fakir dan miskin.. jadi macam mane nak serahkan bayaran fidyah ni?

Maka si ustaz tu pun menjawab:

Kita jangan meletakkan diri kita dalam kaedah zaman dulu. Bukan definisi miskin itu adalah tiada rumah, tak dapat makan, takde kereta. Zaman sekarang mengikut garis panduan, setiap isi rumah yang berpendapatan per kapita bawah RM3000 adalah miskin. Dan LAYAK untuk terima fidyah..

saya pun, rasa macam pelik pulak. Gaji RM3000 miskin? Saya terus search di internet dan terjumpa satu artikel dari Utusan Malaysia.

Klik Sini Untuk Baca Selajutnya

Incoming search terms keywords:

  • kereta untuk dijual bawah rm3000 (60)
  • kategori keluarga miskin malaysia (21)
  • kategori fakir (1)
  • Kerita di jual dawah rm3000 di kota kinabalu (1)
  • mencari orang miskin bangi (1)
  • pendapatan 3000 ke bawah (1)
  • Takrif Miskin (1)

Niat Puasa dalam Bahasa Jawa

Full Artikel: http://nasoha.com/index.php/niat-puasa-bahasa-jawa/

=========================================================

Selamat Hari Raya!! wah3.. baru masuk 11 Ramadhan ketika post ini ditulis. tapi, dah yok yok oo nak raya sakan ye? hehe.. Erm, sepatutnya raya jangan difikirkan dulu, amalan di bulan puasa ni kene ditingkatkan. Teringat tazkirah Ustaz di Qariah di kampung saya ketika permulaan puasa dulu. Beliau mengatakan 10 pertengahan ramadhan adalah untuk keampunan Allah. Biliau menekankan, biasanya ketika 10 pertengahan dan 10 terakhirlah orang semakin kurang ke Terawikh. maklumlah nak shopping raya. Jadi, sebagai konklusi beliau cadangkan nak shopping raya ketika awal ramadhan supaya 20 puasa terakhir boleh fokus untuk amalan di bulan ramadhan. Insyaallah.

Sebab itulah, sejak minggu lepas saya dah shopping sakan..haha.., kalau dulu2 tunggu last minit baru nak shopping, skrg ni dah lain pulak, bukan apa, supaya tak berebut-rebut last minit. Kan senang semua yang kita nak, dah dapat. Jadi sekarang tak tau nak shopping apa lagi..

Niat Puasa dalam Bahasa JAWA

Puasa masih ada lagi 2 minggu, dan berkenaan puasa ni kita mesti kene niat puasa kan? Niat itu dalam apa sahaja bahasa, Tuhan akan faham, sebab Allah itu Maha Mengetahui. Dan ramai yang tahu sangatla saya ni orang jawa! Hidup Jawa! haha.. Ramai orang jawa sebenarnya yg sy jumpa, tapi katanya tak tau cakap jawa apatah lagi nak niat puasa dalam bhsa jawa. Meh saya nak kongsikan Niat Puasa Cara Jawa:

“Niat enson poso nekaney bulan romdhon neng taun ini tutuko dino esok kesaney Allah Taala”

maksudnya: “Niat aku puasa esok hari di bulan ramadhan tahun ini kerana Allah Taala”

Erm..ada tak org jawa kat sini yang tak pernah niat puasa mcm ni??

Oklah, itu je nak post kali ni.

Selamat menunaikan ibadah puasa..

Incoming search terms keywords:

  • niat puasa bahasa jawa (127)
  • niat puasa dalam bahasa jawa (50)
  • niat poso boso jowo (49)
  • niat puasa ramadhan dalam bahasa jawa (28)
  • niat puasa ramadhan bahasa jawa (28)
  • niat puasa jawa (22)
  • doa berpuasa dalam bahasa jawa (10)
  • niat puasa pake bahasa jawa (5)
  • doa puasa ramadhan bahasa jawa (4)
  • doa puasa bahasa jawa (4)