Zaman yang serba moden ni, kalau boleh nak yang senang je. Ibu bapak yang nak kirim wang belanja kepada anak mereka yang sedang study kat oversea pun nak guna cara paling mudah. Iaitu cara online je. Online banking la katakan! Pakai Maybank2u je…. dah boleh dah..
Cuma, kadang-kadang mak bapak kita atau kita sendiri ni yang taknak beranikan diri guna cara online. Takut tak percaya, takut salah buat, dan bila silap nanti entah kemana duit kita pergi 🙁
Alih-alih nak jugak pegi bank untuk ambik no giliran kat kaunter dan isi borang buat cara manual je…
Tapi zaman sekarang, cara manual mungkin lagi leceh! Nak kena salin no akaun penerima, alamat dan lain2 butiran yang memungkin kita tersalah tulis nanti. Atau pun, orang kaunter yang key in tersalah taip sebab dia tak faham tulisan profesional kita 😀 Dah naya jugak kan?
Kalau cara online, apa susah, Copy & Paste je! Peratus berlakunya error agak kurang lah.
Dan entry kali ni saya nak kongsikan sedikit pengalaman saya membuat pembayaran secara online ke luar negara dengan kaedah Telegraphic Transfer atau nama fofularnya dengan sebutan ‘titi’ (T.T) 🙂
Istilah Telegraphic Transfer dengan Wire Transfer ni sama saja kot maksudnya.
Kaedah ini saya gunakan melalui akaun Maybank2u saja. Jom ikuti tutorial yang akan saya kongsikan..
Persiapan:
- Anda perlulah ada akaun Maybank2u dan baki yang cukup.
- Anda perlu ada butiran pihak penerimaseperti
- Nama Penerima :
- Alamat Penerima :
- No ID / Passport (jika ada) :
- Email :
- No Telefon :
- Nama Bank Penerima :
- Alamat Bank (cawangan) :
- No Akaun Bank :
- FED Wire/ABA/Rout Number :
So, butiran kat atas ni perlulah anda ada. Contact dengan pihak penerima untuk mendapatkan maklumat seperti di atas.
Bila semua dah ready, boleh lah mulakan proses, dengan bukak laman sesawang www.maybank2u.com.my
LANGKAH 1: Bukak Account & Banking
LANGKAH 2:
LANGKAH 3:
LANGKAH 4:
dalam contoh ni saya buat pembayaran kepada Company di US, bukannya personal/individu atau rakyat Malaysia. So, pilih lah option yang paling bawah.
LANGKAH 5:
dalam contoh ni, saya nak hantar duit ke negara USA..
LANGKAH 6:
Isikan alamat anda dengan lengkap dan juga no telefon anda. Ada masalah nanti, pihak bank senang nak hubungi kita.
LANGKAH 7:
Alamat cawangan BANK perlu ada, dan juga no FED wire tu…
Sesetengah bank mintak kita SWIFT CODE, tapi kat Maybank2u ni saya lihat tak mintak pulak. Tapi, kalau guna manual isi borang kat kaunter bank, perlu pulak mintak SWIFT CODE ni. Apa pun, ready jer dengan maklumat yang lengkap.
LANGKAH 8:
LANGKAH 9:
LANGKAH 10:
SELASAI!!!
Tapi, jangan lupa pulak untuk simpan bukti. Ini sangat penting dan jika berlakunya sebarang masalah, kita dah ada bukti yang kukuh menunjukkan kita telah melalukan pembayaran.
Lepas tu, ada pop up window keluar.
Jika ada Printer, boleh cepat-cepat print je. Kalau takde, dan nak jimat, ‘paperless’ lah katakan, boleh save jadikan PDF saja.
Oh ya, bukti yang ada ni adalah sebagai rujukan anda. Dan kadang-kadang pihak penerima nak bukti ni. So, hantar lah email kepada mereka yang berkaitan dan attach sekali file PDF ni.
CAJ Dikenakan: dalam kes diatas, saya transfer sebanyak USD525 dan caj dikenakan cuma RM10 saja. Kira ok lah kann.
TEMPOH PENERIMAAN: Cara ini adalah direct deposit ke akaun penerima dan mengambil masa 2 atau 3 hari bekerja. So, lepas 2,3 hari, boleh lah follow up si penerima tanya duit kita dah sampai ke belum???
Kalau rasa 2,3 hari tu lama, boleh guna cara Western Union atau Money Gram. Boleh dapat cepat pada hari sama. Tapi, caj dia tak mungkin RM10 untuk nilai USD525. Biasa lagi mahal……..
Pilihan tetap di tangan anda!
Sharing info tu tak salah kann??
Incoming search terms keywords:
- membayar adwords dengan hsbc (128)
- transfer duit ke indonesia guna maybank2u (119)
- cara transfer duit ke indonesia guna maybank2u (76)
- cara transfer duit ke indonesia (69)
- transfer duit ke indonesia (56)
- cara transfer duit ke luar negara (51)
- cara hantar duit guna western union (30)
- cara kirim wang ke indonesia (28)
- contoh borang western union (27)
- western union via maybank2u (24)
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Dec 27, 2012 @ 13:30:17
macam mana pula nak transfer duit dari akaun luar negara ke dalam negara..sbb saya ada customer dari singapura bertanyakan hal berkenaan…harap awak dpt tlg,sbb saya da google x jumpa… 🙂
Dec 27, 2012 @ 13:59:54
dan satu lagi mcm mana nak dptkan FED WIRE 2..
Dec 27, 2012 @ 14:18:32
kalau dari singapore, boleh buat bayaran melalui maybank saja.. kat singapore ada maybank juga kan? atau, suruh dia wire transfer ke akaun maybank anda..
May 09, 2015 @ 12:50:30
Impossible. Tak semestinya. Account Maybank Singapore tak boleh buat transfer ke account Maybank Malaysia. Contohnya kat Cambodia dengan Malaysia walaupun cawangan Maybank sama. Account number diorang lagi panjang dari account number kat Malaysia. Ramai yang fikir, kalau kat negara sana ada CIMB diorang boleh suka2 je keluar duit. or transfer. Lagi satu, exchange rate pun lain. Singapore guna dollar kalau transfer, dia charge banyak.
Feb 15, 2016 @ 19:43:44
Mohon info nya, saya transfer ke indonesia guna M2U Telegraphic Transfer, saya salah masukan alamat penerima, tapi sudah accepted, tapi duit belum masuk, saya Transfer Tgl 10-02-16 sampai sekarang belum masuk macam mana ya?.
Feb 08, 2013 @ 13:59:42
salam. macam mana nak transfer duit ke philipines dengan guna maybank2u transfer ke western union. boleh tunjuk.
Oct 22, 2016 @ 01:46:27
Yang tu awak kena hubungi cawangan bank yang uruskan akaun awak. Cth nya awak buka akaun Maybank di cawangan Batu Caves (contoh), dan awak kena berurusan dengan bank ni. Selalu bank akan call jika pemindahan TT tersekat.
Ada dua pilihan, sama ada i) nak betulkan kesalahan pada borang, atau ii) minta bank batalkan transaksi dan refund ke akaun awak
Feb 10, 2013 @ 20:38:04
ermm…saja nak share dan kongsikan manfaat ni bersama
sy ada guna satu system top up yg boleh jimat duit top up sepanjang hidup
cnth sy nak top up celcom rm10 hanya perlu bayar rm9.50 setiap kali top up,utk maklumat lanjut boleh lihat di link ni
http://www.zmeasymobile.blogspot.com/ 😮
Mar 12, 2013 @ 15:46:59
terima kasih atas perkongsian, maklumat ini sangat berguna untuk saya meneruskan bisnes ke negara china 🙂
Aug 09, 2016 @ 19:14:15
Tumpang tanya tuan..selamat tak urusniaga dgn cara tt ni..risau jgk sekiranya kita dh buat bayaran tp suplier dr china sana tak hantar brg spt yg kita order tu..sy diphmkan urusniaga dgn paypal lg selamat..mntak pencerahan dr tuan..terima kasih.
Mar 21, 2013 @ 22:18:59
Thanks for sharing, very useful information. 🙂
May 02, 2013 @ 18:22:10
Bro boleh bagi tutorial kalau nak guna kaedah diatas menggunakan CIMB dan bagaimana pula caj yang dikenakan? Kalau MBB RM 10 kalau CIMB?
Jun 13, 2013 @ 16:08:56
macamana nk dpt fed wire? swift code plak tu apa?
thanx 4 d info
Aug 04, 2013 @ 12:27:29
terima kasih nasoha..ilmu yg bermafaat wajib dikongsi, moga Allah memberi gangjaran
Aug 22, 2013 @ 00:24:40
assalamualaikum…. bermakna kalau saye nak beli barang contohnya dari Indonesia, apa yg saya perlu hanya mintak akaun bank si penjual tu dan saye buat transaksi mcm ni aje la kan????
Nov 08, 2013 @ 09:33:43
Hello, saya baru sahaja melakukan FTT pada petang semalam. Saya ada melakukan error yang mana, for the part beneficiary tu saya ‘tertaip’ details saya,
Nama Penerima :
Alamat Penerima :
No ID / Passport (jika ada) :
Email :
No Telefon :
sedang kalut-kalut nak isi form kan…tapi pada ruangan ini;
Nama Bank Penerima :
Alamat Bank (cawangan) :
No Akaun Bank :
FED Wire/ABA/Rout Number :
saya isikan penerima punya details.
Dan pada akhirnya, transaction nya successful. Saya macam pelik lah, kenapa details tak tally dengan akaun bank pun ia masih diterima??? untuk pengetahun, memang betul, jumlah di dalam akaun bank sy tertolak dr amaun sebelumnya, maksudnya, masuk lah kan transaction nya?! Saya hanya menyimpan resit dan terus call customer servis di hotline maybank2u. Katanya saya harus ke bank branch di mana saya buka akaun maybank. Kenapa tidak ia creditted back to my account ye? ataupun tgu proses selama beberapa hari bru ia direject??? Spatutnya klu benda tu tak tally why not sistemnya terus reject the trnsaction, ni knp perlu terima jugak.
I just need help or any informations regarding to this, mana tahu kan, ada saudara mara , sahabat handai anda yang pernah mengalami masalah yang sama kes saya alami ni, bolehlah kita guide each other berdasarkan info yang sahih….
Boleh saya tahu ambil masa berapa lama untuk pemprosesan TT tersebut?
Nov 16, 2013 @ 13:16:16
salam bro,
Nak tanya…FED Wire/ABA/Rout Number semua ni sama ke dengan Swift code ?
Nov 28, 2013 @ 14:17:56
salam.., Nak tanya..,adakah cara pembayaran T/T ini selamat? Apakah kebaikan & kelemahan T/T Payment?
Jan 06, 2015 @ 00:14:48
Saya ada membuat transaction ke China melalui T/T.tetapi pihak penerima memaklumkan menerima kurang 20usd dari jumlah asal yang saya hantar.
Boleh siapa2 jelaskan keadaan ini atau ada yang pernah mengalaminya
Dec 04, 2015 @ 19:04:24
Kurang sebab banyak kali pertukaran wang berlaku;
MYR > USD
kemudian;
USD > RMB.
Nilai forex berubah setiap minit, dan peniaga forex akan ambil untung bagi setiap unit wang.
Seharusnya TT terus dalam nilai RMB.
Feb 19, 2015 @ 13:53:15
Salam
Nak tanya bagaimana cara transfer gunakan Maybank money Epress
Feb 23, 2015 @ 00:14:46
salam, nak tanya tuan, caj pengiriman rm.10 tu tak kira brapa jumlah wang yg di kirimkan ker?
Jun 23, 2015 @ 12:05:20
info yang sangat berguna, dan macam mana pula kalau maybank dari brunie nak masuk ke maybank kita malaysia, boleh ke?
hafiz recently posted..Produk Kecantikan Yang Berkesan Menegangkan Kulit – Firmax-3
Jul 20, 2015 @ 23:19:09
Saya ikut cara-cara yang encik ajarkan ni, Alhamdulillah berjaya. saya transfer ke US. Dalam masa 5 hari berkerja, duit tu dah berjaya dipindahkan 🙂 Terima kasih atas info yang sangat membantu ni.
Mar 01, 2018 @ 12:43:38
tumpang tny. encik transfer tu encik ada mintak kebenaran bank negara malaysia tak? macam mana nk mintak ya? terima kasih
Sep 17, 2015 @ 10:21:03
Assalamualaikum Tuan, terimaksih atas tutorial tersebut. Minta izin utk print yea.
tq
Oct 08, 2015 @ 11:38:15
Salam…sy nk tanya …guna kaedah Telegraphic Transfer blh ke acc mne2 ke …sy first nk bank ke supplier indonesia ..dia bg maklumat acc western union sama money gram ..blh ikut step yg di atas ke ?
Nov 05, 2015 @ 06:41:15
Mohon membantu ada kelurga angkat dari texas kirim wang kepada saya menggunkan international money .jadi agen di malaysia pulak meminta saya membayar gst sebanyak rm1700 cash.psolan kenapa agen teraebut tidak memotong gst dengan wang kirim tersebut.tolong saya
Dec 04, 2015 @ 19:05:26
Mungkin keluarga angkat atau agen tu sedang menipu anda.
Jan 12, 2016 @ 08:14:59
Mcmne nak TT duit ke company di china gunakan matawang RMB yg kita dah ade.
Jan 28, 2016 @ 20:21:13
Mohon bantuan… Saya ada menjual barangan di mudah .com , ada sorang buyer dri arab saudi berminat… Dgn harga RM15k dia trus tranfer pada sya melalui Saudi Hollanfi Bank ke akaun Maybank saya.. & dia beritahu sya perlu membayar fee sebanyak RM4000 dahulu di pej Pos Malaysia… Bru duit itu masuk dlm masa 30 mnit… Mohon pencerahan….
Feb 05, 2016 @ 16:06:27
Tuan Abie, itu adalah SCAM! Modus operandi orang luar negara yg konon-konon nak beli barang kita pastu tawarkan harga lebih tinggi.. Ianya adalah PENIPUAN. Sbb saya sendiri sudah terkena hal ini..Setelah kita bank in nanti melalui DHL, duit kita tak dapat pun. Malah akan lepas duit fee kita..
nasoha recently posted..Diari ONEXOX
Feb 24, 2016 @ 17:17:00
Salam tuan Nasoha,
Mohon pencerahan dan bantuan. Saya nak buat payment ke korea menggu akan credit/master card, tapi payment gagal. Ada apa2 requirement yang diperlukan untuk payment menggunakan credit/master card? Ini kali pertama saya nak buat pembayaran ke luar negara.
Mohon bantuan tuan.
May 20, 2016 @ 22:00:02
salam tuan , nak tanya fed wire untuk bank di us ker tuan? swift code macam mana
Jun 03, 2016 @ 04:28:46
Macam mana nak dapatkan FED Wire/ABA/Rout Number si penerima? Cth saya nak transfer Malaysia ke Indonesia, dia dah bagi semua details kecuali no FED Wire sebab dia tak tahu apa dia tu. Dia guna no account Bank Central Asia. Mohon pencerahan
Jun 14, 2016 @ 12:48:12
ASSALAMUALAIKUM…TUAN,
SAYA ADA BUAT TRANSAKSI JUALAN KOLEKSI DUIT LAMA SAYA KE LUAR NEGARA DAN PEMBELI TELAH BERSETUJU DENGAN HARGA YANG DITAWARKAN….PEMBAYARAN MELALUI WIRE BANK OF AMERICA KE AKAUN MAYBANK SAYA. PEMBELI MENGENAKAN SYARAT IAITU SAYA DIMINTA UNTUK BANK IN DUIT KE AKAUN AGENT PEMBELI MELALUI WESTERN UNION SEBAGAI FEE PENGAKTIFAN TRANSAKSI SEBANYAK RM 1000. WAJARKAH SAYA BERBUAT DEMIKIAN DALAM URUSAN INI…MOHON PENCERAHAN TUAN.
Jul 25, 2016 @ 18:11:32
saya pun ada pembeli dari luar negara..dia minta pembayaran fee rm620 untuk pengaktifan 20k usd ke maybank saya.. adakah wajar..mohon pencerahan.
Jun 16, 2016 @ 00:13:17
mohd yusuf saya pun sama macam awak juga….
dia suruh saya pergi ke pejabat pos untuk buat bayaran fee
sebanyak rm550 baru duit tu akan aktif dalam akaun saya.tak tahu
nak percaya atau tidak.mohon admin bagi nasihat??
Jul 22, 2016 @ 02:13:33
assalamualaikum..saya pun baru ja terima banyak buyer yang nak beli duit lama…dan kali ini saudagar jewelry dari dubai.. harga ditawarkan sebanyak USD 4000, dan fee bank charge rm 400.. saya bingung nie..
Aug 07, 2016 @ 08:52:28
Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
– Jasa booking tiket
– Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera transferkan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.
Detail :
– Nama acc penerima
– Dan No acc penerima
– Email bila perlu.
Proses mengambil masa 5 – 30 mnt.
Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.
Nb :
Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.
TQ.
Nov 22, 2016 @ 23:11:53
Sy nak trspr ke bank BNI..blh tlng sy
Dec 18, 2016 @ 18:53:36
apa itu fed wire number?
Mar 09, 2017 @ 19:31:19
Assalamualaikum. Saya nak transfer duit ke Thailand. Saya masih xpaham tentang FED Wire/ABA/Rout Number ni. Mohon pencerahan dari pihak tuan ye , Thanks 🙂
Jan 18, 2018 @ 07:18:10
Saya boleh bantu puan.
Wsapp saya 01113044416
Aug 22, 2017 @ 09:14:35
Tumpang Tanya,adakah Cara ini selamat digunakan
Jan 18, 2018 @ 07:15:59
Saya boleh bantu tuan
Jan 20, 2018 @ 17:13:37
Assalammualaikum.mcm mna klau yg bank in dari bank of america ke maybank..dia suruh saya bayar charge tu…dia ajarkan pada saya bank in bayaran ke akaun maybank org lain…
Mar 11, 2018 @ 18:09:59
Tuan blog yang budiman, Info yang sangat berguna. Jazakallahi khairan kathira.