Entri ini dibuat sekadar untuk berkongsi kepada mereka yang sangat memerlukannya. Walaupun daripada anda sendiri lebih expert tentang hal ini, janganlah kita abaikan mereka yang sangat-sangat perlukan tutorial sebegini.

Sebab terkejut! ada lagi yang masih membiarkannya FB Notify Pop-up yang tidak diperlukannya. Terutama iklan-iklan dari groups, jemputan games, tag apps birthday, dan macam-macam lagi..

Ker korang masih blur apa ke bendannya FB Notify Pop-up ni?

Bila anda ada notify kat FB, maka anda akan dapat Pop-Up seperti ini:

Ada beza kan? satu jenis yang kat atas tu, keluar notify warna merah. dan satu lagi kat penjuru bawah kiri dengan cara Pop-Up.

Kalau setakat keluar 1,2 pop-up, tak pe. Ini yang merimaskan kita bila dia keluar sekali banyak macam ni:

 

Nampak kan..?

So, kalau dah penuh dari bawah sampai atas, ianya akan mengganggu kita nak pakai FB. Pulak tu, nak tunggu dia hilang sendiri makan masa 10 ke 15 saat. Dan kalau nak tutup, kita terpaksa pangkah “X” satu persatu. Namun, bila tersasar klik pangkah, dah termasuk dalam group tu.

Bukan itu saja, bila dah pangkah satu persatu, akan datang tetap berlaku lagi. Sedangkan benda-benda ni, terutamanya update daripada Group Iklan yang kita tak penting sangat nak membacanya. Hal sebegini akan membuatkan notification kita penuh, dan sampai malas nak explore satu-persatu sebab macam buang masa jadinya.

Pada mulanya saya tak ambik kesah sangat, tapi bila dah berleluasa membuatkan saya kadang-kadang terlepas sesuatu benda yang sangat penting. Kawan kita, family kita, atau orang yang penting men-tag kita, atau post update dalam group yang kita aktif, membuatkan kita sudah tidak perasan!

Dah banyak sangat notification, so kita pun jadi semak! Bila kita bersosial di FB, kita perlu alert dengan hal yang penting dan terkini. Kadang-kadang ada kawan kita jemput majlis kahwin pakai event di FB, tapi kita je tak pandang. Tak perasan. Sedangkan duduk mengadap FB berhari-hari. Yelah, dah penuh sangat notify, otak pun jadi semak!

So, salah satu cara taknak semakkan FB kita, kita boleh masuk ke dalam Group Iklan satu persatu, dan klik OFF notification.

Namun, cara yang saya nak guide ni adalah lebih sempoi tanpa masuk Group FB satu persatu. Cukuplah sekadar melalui Red Notification kat atas tu. Setiap kali ada je nombor merah, anda klik dan tengok lah, mana yang tak penting, halakan cursor anda ke situ, dan button [X] akan keluar..

Dah klik [X] pilih Turn OFF..

 

Selamat mencuba! Semoga FB anda tidak semak lagi, dan bolehlah mulakan bersosial dengan rakan-rakan anda dengan lebih tenang…

22621 Total Views 8 Views Today

Incoming search terms keywords:

  • macam mana nak turn on notification page kat fb (1)
Suka Dengan Artikel ni? Jom klik button "SHARE"............
The following two tabs change content below.

nasoha

Blogger at Profile
Menjalankan perniagaan internet sepenuh masa termasuk penulis blog. Sambilan dalam bidang Wedding Decorator untuk menyalurkan idea yang kreatif. About Me Follow Me

Latest posts by nasoha (see all)