Selama ini saya tidak pernah nak ambik tahu tentang CCRIS melainkan jika ingin membuat loan atau pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah mahu pun pinjaman perniagaan.
Namun, baru-baru ini saya ada terbaca buku kewangan peribadi yang sangat menekankan betapa pentingnya menyemak penyata CCRIS kita. Kenapa? saya akan jelaskan kemudian.
Apa itu CCRIS?
CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat). CCRIS ini akan mengumpulkan semua laporan kredit kita secara automatik daripada institusi kewangan.
Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah:
- Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
- Hutang kad kredit.
- Menjadi penjamin.
Kenapa kita perlu semak rekod CCRIS?
- Ramai yang semak CCRIS adalah untuk buat loan. Pastikan rekod kita baik dalam CCRIS dan ianya membantu kita mudah lulus dapat pinjaman. Kalau rekod kita buruk, iaitu banyak bulan tertunggak kredit setiap bulan, maka semakin susah lah nak buat loan. Ada sesetengah bank akan reject permohonan anda awal-awal lagi.
- Sebagai rekod peribadi kita dan ingin mengetahui berapa banyak sebenarnya jumlah kredit anda, berapa baki keseluruhan hutang, dan juga rekod bulanan adakah mungkin kita pernah tertunggak? Harus diingat, jika kita ada loan kereta sebanyak RM453, dan kita hanya bank in RM450 sahaja di cash deposit machine, maka pada bulan berikutnya secara automatik laporan kredit CCRIS akan memaparkan kita ada tertunggak 1 bulan. Jika tiap2 bulan kita byr loan kereta RM450 juga, tiap-tiap bulanlah kita tertunggak 1 bulan. Walaupun hanya tertunggak 1 bulan, ianya sudah merosakkan laporan CCRIS anda!
- Dan yang paling penting adalah apabila kita menjadi penjamin kepada peminjam. Walaupun kita hanya penjamin sahaja, laporan kredit bulanan juga dicatatkan dalam kredit CCRIS. Jika orang yang anda jamin itu tidak bayar loan dengan tepat masanya, ianya sudah merosakkan imej CCRIS anda! Memang agak berisiko dan bahaya jadi penjamin ni. Hati-hatilah ya.. Jadilah penjamin kepada orang yang anda benar-benar percaya.
Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!
Bagaimana nak semak laporan kredit CCRIS?
Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.
1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
Peta ke BNM:
View Larger Map
Bagi anda yang pertama kali nak ke Bank Negara Malaysia, saya cuba berikan panduan mudah cara ke sana:
- Bangunan Bank Negara adalah bertentangan dengan Bangunan DBKL (berdekatan Dataran Merdeka).
- Anda perlu lalu bulatan di belakang dataran yg menghubungkan jalan parlimen, jalan kuching dan jalan kinabalu.
- Dalam bulatan tersebut, ikut ke signboard Jalan Sulatan Salahudin dan pergi ke arah Stesen KTM Bank Negara.
- Pintu masuk adalah berdekatan @ selepas stesen komuter Bank Negara. Masuk ke kanan.
- Selepas masuk gate bank negara, jalan terus sampai ke hujung. Jangan ikut arah “parking” selepas gate, sebab kiosk semakan CCRIS adalah di Block D, iaitu dihujung sekali betul-betul di pintu keluar.
- Ada parking sebelum pintu keluar, dan boleh parking situ.
- Ada pihak keselamatan disitu, boleh tanya je cakap nak semak CCRIS.
- Masuk ke BNMLINK dan terus je cari kiosk yang disediakan. Tak perlu nak ambil nombor giliran atau ke mana-mana kaunter.
- Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
- Dan ianya PERCUMA!
- Cuma nak keluar parking je, kena bayar parking.. hehe.. saya kena parking RM1.
Kiosk untuk semak laporan kredit CCRIS
Laporan CCRIS anda akan terus dicetak dan anda boleh lah lihat berapa banyak kosong “0” yang anda ada.. Jika semua kosong, saya ucapkan TAHNIAH! Jika ada banyak nombor “1”, rekod dah tercalar sikit. Tapi kalau ada nombor “2” dan “3” atau lebih dari tu, memang jadi rekod buruk.
Ini saya punya.. alhamdulillah, 2 loan dan strike “0”. cuma ada loan kereta je yang kadang-kadang terlewat sikit byr, tapi, bulan berikutnya kembali “0” maksudnya, pada bulan berikut itu saya byr 2 bulan. Kalau tiap2 bulan kita terunggak 1 bulan, maka no “1” akan berturutan.. hehe
dalam masa yang sama juga anda boleh lihat berapa jumlah sebenarnya anda buat loan dan juga berapa lagi jumlah baki RM yang masih berhutang.
Paparan rekod ‘tabiat’ hutang ini hanya dipaparkan dalam tempoh 12 bulan sebelum ini sahaja. Jika anda nak bersihkan nama anda, kena pasang azam bayar hutang tepat masanya selama 12 bulan akan datang. Selepas 12 bulan dari sekarang, boleh semak lagi laporan kredit. Time tu dah boleh nyanyi lagu Najwa Latif… “Kosong… Kosong.. Kosong…” 🙂
2) Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.
Cubalah sesekali semak laporan kredit CCRIS anda..
Incoming search terms keywords:
- ccris (2653)
- ccris check (636)
- ccris check online (469)
- semak ccris online (305)
- check ccris online (242)
- semak ccris (238)
- check ccris (231)
- ccris online (227)
- semak blacklist bank negara (175)
- ccris malaysia (148)
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Sep 11, 2015 @ 10:19:43
hai, nk tnya kmi ada loan kerra terapi xdpt sbb hsbn punta nma blakliat sdgkn hsbn xpnh pun loan mna2 tmpt. . tp sblm ni hsbn pnah hilang ic n lesen . . kmi d fhm kn ada org yg tlh mgunakan nma hsbn untuk loan d mna2 tmot . . so mcm mna supaya loan kmi blh lulus . .
Sep 20, 2015 @ 10:22:00
Maklumat yang bagus terbaik
Khairul Zamri recently posted..Telekung Reehans Pilihan Muslimah
Sep 30, 2015 @ 16:13:10
macamana saya nak tahu laporan kredit saya.
Oct 07, 2015 @ 09:26:15
Salam,
Bagaimana cara kalau berjalan kaki.adakah laluan terdekat untuk ke BNM .harap dapat membantu
wasslam
Apr 06, 2016 @ 11:11:29
Naik je komuter berhenti di stesen bank negara. masuk pintu masuk bank negara dan pergi ke kiosk di Blok D jugak.. sama je
Mar 14, 2016 @ 18:35:14
Bulan 3 tahun 2016, dan blog post ini masih lagi relevan & berguna. Terima kasih saya ucapkan buat tuan punya blog.
May 12, 2016 @ 12:56:17
Nak print CCRIS tu boleh hanya melalui kiosk je kan? Kalau sabtu atau ahad, tempat kiosk tu bukak tak?
Apr 29, 2016 @ 15:39:29
terima kasih sudi membantu..
Jul 13, 2016 @ 18:16:39
Dear Sir/Madam,
May i know can print PENYATA CENTRAL CREDIT REFERENCE INFORMATION SYSTEM (CCRIS) by online?
Thank you
KOH
Aug 15, 2016 @ 15:41:49
Salam Cik,baru2 ni sy ada pegi BNM utk check CCRIS.. Ternyata loan lain sume cantik payment, figure ‘0’ cume sangkut kat ptptn.. Hari yg sama sy ke PTPTN, utk pembayaran secara lump sum, jumlah pt sy 21k.. Sy buat pengeluaran 6k drpd acc epf 2 utk bayar sebahagian drpd 21k yg kene bayar.. So balance ada lg 15k tunggakan.. Based on CCRIS statement yg sy print kat BNM, tunggakan sbyk 37 bulan (figure 37) berjumlah 6783.21.. Dan jika sy bayar lagi 2000 pada bulan akan dtg, total pembayaran dha melebihi bulan yg patut sy bayar (advanced payment)
Soalan sy..
1) adakah nama sy pada CCRIS akan bertukar figure 0 selepas monthly update statement.. st sy penah tye staffs kat bnm..dia kata Kebiasannya bnm update ccris setiap 10hb..new update akan menyusul 10hb depan..
Tq
Aug 24, 2016 @ 00:04:25
Panduan semakan yang bermanfaat buat semua
MySemakan recently posted..Rating Pemain Man United FIFA 17 Game
Dec 03, 2016 @ 11:18:24
saya punya loan sudah habis bayar bulan lepas. selama ini banyak 1.sepatutnya saya punya loan habis tahun hadapan 2017. tapi saya dah bayar habis..adakah rekod itu akan di simpan sampai tahun hadapan 2017
Jan 17, 2017 @ 12:30:13
salam sejahtera
tuan saya sudah selesai kan bayar habis penuh pinjaman kereta saya di public bank(full payment done)tetapi permohonan pinjaman dari bank masih tidak approval(decline)
loan di cimb bulan bulan potong auto..bayaran semua masih cantik.
adakah saya masih dklm golongan ccris?
Feb 10, 2017 @ 10:30:45
assalamualaikum
Ada tak cara bagi kami yang tinggal jauh …cth seperti perlis untuk dapatkan laporan Ccris nie …harap blh keluarkan laporan itu dicawangan mana mana di bank …tidak kisah jika kena bayar sikit
May 02, 2017 @ 16:51:15
soalan sy, blh x cek rekod ccris melalui on9 ye???
May 11, 2017 @ 15:14:25
salam…saya nak tanya. kalo kita pernah membuat pinjaman kat isntitusi kewangan pinjaman wang berlesen dan tak mampu nak bayar balik. Adakah ianya juga akan masuk dalam CCRIS??
Aug 09, 2017 @ 09:48:18
Good information. .Thank you bro.
Sep 25, 2017 @ 23:40:52
Saya memerlukan pinjaman untuk membayar hutang saya 2017
Nov 06, 2017 @ 09:39:40
assalammualaikum…saya ada hendak bertanya
Saya ada membuat semakan Crisc,tetapi tiada detail untuk tunggakan kereta bagi bank AMbank, tetapi baru-baru ini bapa saya telah dapat email dari ambank bahawa akaun bapa saya telah dibekukan ini kerana bapa saya sebagai penjamin. Boleh saya tahu bagaimana cara untuk saya semak berapa jumlah sebenar.
Jan 08, 2018 @ 10:23:27
Sebelom ni sy ada tunggakkan 3 bulan utk loan kereta dan telah disenarai ccris.dan pd 25hb September 2017 saya telah melangsaikan keseluruhan tunggakkan tersebut so sy nk tau berapa lamakah masa akan diambil utk melepaskan nama saya dr CCRIS supaya mudah utk sya membuat pinjaman peribadi ?
Jan 12, 2018 @ 13:46:41
Waktu operasi kiosk ?malam pun boleh ke?