Selama ini saya tidak pernah nak ambik tahu tentang CCRIS melainkan jika ingin membuat loan atau pinjaman seperti pinjaman peribadi, pinjaman kereta, pinjaman rumah mahu pun pinjaman perniagaan.
Namun, baru-baru ini saya ada terbaca buku kewangan peribadi yang sangat menekankan betapa pentingnya menyemak penyata CCRIS kita. Kenapa? saya akan jelaskan kemudian.
Apa itu CCRIS?
CCRIS atau nama penuhnya Central Credit Reference Information System (Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat). CCRIS ini akan mengumpulkan semua laporan kredit kita secara automatik daripada institusi kewangan.
Antara yang direkodkan dalam CCRIS adalah:
- Semua jenis pinjaman termasuk pinjaman peribadi, rumah, kereta, pinjaman ASB dll.
- Hutang kad kredit.
- Menjadi penjamin.
Kenapa kita perlu semak rekod CCRIS?
- Ramai yang semak CCRIS adalah untuk buat loan. Pastikan rekod kita baik dalam CCRIS dan ianya membantu kita mudah lulus dapat pinjaman. Kalau rekod kita buruk, iaitu banyak bulan tertunggak kredit setiap bulan, maka semakin susah lah nak buat loan. Ada sesetengah bank akan reject permohonan anda awal-awal lagi.
- Sebagai rekod peribadi kita dan ingin mengetahui berapa banyak sebenarnya jumlah kredit anda, berapa baki keseluruhan hutang, dan juga rekod bulanan adakah mungkin kita pernah tertunggak? Harus diingat, jika kita ada loan kereta sebanyak RM453, dan kita hanya bank in RM450 sahaja di cash deposit machine, maka pada bulan berikutnya secara automatik laporan kredit CCRIS akan memaparkan kita ada tertunggak 1 bulan. Jika tiap2 bulan kita byr loan kereta RM450 juga, tiap-tiap bulanlah kita tertunggak 1 bulan. Walaupun hanya tertunggak 1 bulan, ianya sudah merosakkan laporan CCRIS anda!
- Dan yang paling penting adalah apabila kita menjadi penjamin kepada peminjam. Walaupun kita hanya penjamin sahaja, laporan kredit bulanan juga dicatatkan dalam kredit CCRIS. Jika orang yang anda jamin itu tidak bayar loan dengan tepat masanya, ianya sudah merosakkan imej CCRIS anda! Memang agak berisiko dan bahaya jadi penjamin ni. Hati-hatilah ya.. Jadilah penjamin kepada orang yang anda benar-benar percaya.
Laporan CCRIS adalah menunjukkan laporan tabiat kita membayar hutang!
Bagaimana nak semak laporan kredit CCRIS?
Terdapat 2 cara untuk kita menyemak akaun kredit CCRIS.
1) Anda boleh terus ke Pusat Khidmat Pelanggan, Laman Informasi Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di alamat berikut:
BNMLINK
Jabatan LINK & Pejabat Wilayah
Tingkat Bawah, Blok D
Bank Negara Malaysia
Jalan Dato’ Onn
50480 Kuala Lumpur
BNMLINK beroperasi dari hari Isnin hingga Jumaat kecuali hari cuti umum, 9.00 pagi – 5.00 petang (termasuk waktu makan tengah hari).
Peta ke BNM:
View Larger Map
Bagi anda yang pertama kali nak ke Bank Negara Malaysia, saya cuba berikan panduan mudah cara ke sana:
- Bangunan Bank Negara adalah bertentangan dengan Bangunan DBKL (berdekatan Dataran Merdeka).
- Anda perlu lalu bulatan di belakang dataran yg menghubungkan jalan parlimen, jalan kuching dan jalan kinabalu.
- Dalam bulatan tersebut, ikut ke signboard Jalan Sulatan Salahudin dan pergi ke arah Stesen KTM Bank Negara.
- Pintu masuk adalah berdekatan @ selepas stesen komuter Bank Negara. Masuk ke kanan.
- Selepas masuk gate bank negara, jalan terus sampai ke hujung. Jangan ikut arah “parking” selepas gate, sebab kiosk semakan CCRIS adalah di Block D, iaitu dihujung sekali betul-betul di pintu keluar.
- Ada parking sebelum pintu keluar, dan boleh parking situ.
- Ada pihak keselamatan disitu, boleh tanya je cakap nak semak CCRIS.
- Masuk ke BNMLINK dan terus je cari kiosk yang disediakan. Tak perlu nak ambil nombor giliran atau ke mana-mana kaunter.
- Just masukkan saja MyKad, dan terus cetak. Sekejap sangat siap, dalam 1@2 minit saja.
- Dan ianya PERCUMA!
- Cuma nak keluar parking je, kena bayar parking.. hehe.. saya kena parking RM1.
Kiosk untuk semak laporan kredit CCRIS
Laporan CCRIS anda akan terus dicetak dan anda boleh lah lihat berapa banyak kosong “0” yang anda ada.. Jika semua kosong, saya ucapkan TAHNIAH! Jika ada banyak nombor “1”, rekod dah tercalar sikit. Tapi kalau ada nombor “2” dan “3” atau lebih dari tu, memang jadi rekod buruk.
Ini saya punya.. alhamdulillah, 2 loan dan strike “0”. cuma ada loan kereta je yang kadang-kadang terlewat sikit byr, tapi, bulan berikutnya kembali “0” maksudnya, pada bulan berikut itu saya byr 2 bulan. Kalau tiap2 bulan kita terunggak 1 bulan, maka no “1” akan berturutan.. hehe
dalam masa yang sama juga anda boleh lihat berapa jumlah sebenarnya anda buat loan dan juga berapa lagi jumlah baki RM yang masih berhutang.
Paparan rekod ‘tabiat’ hutang ini hanya dipaparkan dalam tempoh 12 bulan sebelum ini sahaja. Jika anda nak bersihkan nama anda, kena pasang azam bayar hutang tepat masanya selama 12 bulan akan datang. Selepas 12 bulan dari sekarang, boleh semak lagi laporan kredit. Time tu dah boleh nyanyi lagu Najwa Latif… “Kosong… Kosong.. Kosong…” 🙂
2) Bagi anda yang jauh dari lembah klang pula, boleh lah download borang secara online dan lengkapkan serta serahkan bersama dokumen yang dikehendaki samada melalui cara email, fax atau pos. Atau, untuk maklumat lengkap sila rujuk ke laman web BNM ini.
Cubalah sesekali semak laporan kredit CCRIS anda..
Incoming search terms keywords:
- ccris (2653)
- ccris check (636)
- ccris check online (469)
- semak ccris online (305)
- check ccris online (242)
- semak ccris (238)
- check ccris (231)
- ccris online (227)
- semak blacklist bank negara (175)
- ccris malaysia (148)
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Jul 14, 2013 @ 00:55:36
Jawapan: Nasihat saya, sekiranya anda ada cukup wang, maka langsaikan kesemua hutang-hutang tertunggak dalam pinjaman atau pun kad kredit tersebut sekali gus. Rekod pinjaman atau rekod hutang tertunggak kad kredit anda akan dipadamkan dari laporan CCRIS dalam tempoh 40 hari selepas anda membuat pembayaran penuh dan anda boleh lah buat permohonan pinjaman semula. Anda juga boleh minta surat dari bank-bank berkenaan menyatakan anda telah pun membuat pembayaran penuh.
Cara Semak Dan Dapatkan Laporan Kredit CCRIS | Fuh.My
Aug 20, 2013 @ 20:54:50
[…] Sumber: diulas dan diubahsuai dari MatJoe.com, Nasoha.com […]
Sep 17, 2013 @ 04:31:34
Info yg sangat berguna..penjagaan ccris yg teleti adalah sangat penting bagi memudahkan proses permohonan pinjaman
Nov 26, 2013 @ 13:17:11
tq bro atas info yang berguna
Nov 26, 2013 @ 14:10:30
Terima kasih!
Jun 21, 2015 @ 14:12:08
Untuk rujukan dsn buat loan
Dec 30, 2013 @ 14:28:44
TQVM..Maklumat yang sangat berguna..Sekali-sekala kalau ambil cuti tu singgah2 lah print Laporan CCRIS..ada gunanya..Pengalaman saya : Kadang-kala kita tak tau ada kad kredit “misteri” yang ada dalam laporan tu..Maklumlah sekarang ni kalau jalan-jalan kat Hypermarket selalu je ada promo kad kredit..Sebab hadiah punya pasal sign up lepas tu lupa..Dan kengkadang ada sesetengah bank tu terus approve je, tak de call2..tapi lepas tu kad kredit tak terima pun, mungkin hantar ke addres lama..Ingat dah kena reject..Alih2 ada dalam Laporan CCRIS tu..So kalau selalu check kita boleh la tahu takut2 ada hutang sebegini yang di luar pengetahuan kita juga…
Feb 25, 2014 @ 11:07:37
terima kasih atas info berguna. sentiasa berhati2 dengan credit ni..
nasoha recently posted..Tutorial: Keluarkan Duit dari Google Adsense melalui Western Union..
Feb 07, 2014 @ 13:43:02
hi, saya nak tanya…saya ade 2 loan yg pernah ade tertunggak untuk dua bulan ade masalah kesihatan dan tidak berkerja…so dlm CCRIS sudah pasti megalami rekod 2 rekod yg buruk. So bila nama kte boleh clear balik…dan buat permohonan loan tu buta settlemet?? dengan siapa i boleh rujuk untuk clear nama saya dalam rekod CCRIS ni…selama berapa bulan i leh try balik buat request personal laon
Feb 25, 2014 @ 11:06:41
jika nak clear semula makan masa 12 bulan selepas bayaran tertunggak..
nasoha recently posted..Tutorial: Keluarkan Duit dari Google Adsense melalui Western Union..
Feb 20, 2014 @ 11:14:47
info yang sangat berguna tq
Apr 24, 2014 @ 12:59:19
Saya nk tya,sy ADA gadai emas d arrahnubk rakyat.sy tk byr Upah simpan&sy tahu emas akn dilelong.DA kesan tk ?E
Jul 20, 2014 @ 06:11:11
Utk gadaian emas termasuk gadai emas di Arrahnu Bank, saya rasa tiada tersenarai dalam CCRIS. CCRIS yg melibatkan kredit kita berkaitan wang atau kata lainnya, pinjaman seperti perumahan, kenderaan, personal loan, dan kredit card.
Gadaian tidak termasuk. Kerana kita cagarkan emas di bank.
nasoha recently posted..Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek
Jun 25, 2014 @ 19:00:45
Jikalau kita bayar semua ansuran kereta kita dan tukar hakmilik …adakah clear ccris kita
Jul 20, 2014 @ 06:06:40
YA, saya rasa akan clear. Sbb sy dah pernah jual kereta saya, dan tidak masuk dalam laporan CCRIS lagi.
Jun 30, 2014 @ 13:11:46
12 bulan ke 6 bulan? setau aku 6 bulan aje
Jul 20, 2014 @ 06:05:26
12 bulan, sbb dlm report akan print out “last 12 months”
Aug 07, 2014 @ 17:28:22
assalamualaikum,
Tadi saya baru ambil laporan kredit. Untuk pinjaman kereta memang banyak 1. Adakah itu rekod buruk?
Sep 03, 2014 @ 20:57:29
jika banyak 1 adalah sebulan tertunggak.
kalau semua 1 akan menunjukkan tabiat kita suka byr lewat..
Aug 12, 2014 @ 22:49:20
sy nak tanya bgmn dgn pembayaran upfront..eg: bayaran 2-3 bulan ke depan, kemudian pada masa tertentu kita tak dapat bayar selama sebulan. sebagai peminjam,kita anggap dah bayar sebab ada upfront 2-3,tp dari segi laporan ccris,adakah direkod sebagai default payment atau tidak.tq.
Sep 03, 2014 @ 20:58:31
kalau kes macam ni, pada bulan tak bayar tu, tidak dikira tertunggak, sebab upfront sebelum ini dah cover
Aug 26, 2014 @ 03:14:37
Jika saya berhutang dgn telekom sebanyak rm1 800..ia akan masuk tak dalam senarai ccris atau ctos?
Sep 03, 2014 @ 20:59:32
jika ada surat dari telekom menyatakan akan masuk CCRIS, maka ada lah.. jika tidak pernah dapat surat seumpama itu, tidak masuk dalam rekod CCRIS. Sbb CCRIS khas utk REKOD BAYAR SEMULA PINJAMAN
Sep 01, 2014 @ 14:39:14
I wanted to check if I have blacklisted for information.
Sep 03, 2014 @ 16:22:08
saya ada sebuah rumah bayaran rumah x cantik.. tp saya baru jual rumah saya.. adakah nama saya akan clear..?? berapa lama saya kena tunggu untuk membuat loan baru..?? adakah selepas menjual rumah nama saya still dalam ccriss..??
Sep 03, 2014 @ 21:03:19
Jika proses jualan rumah itu sudah byr habis byr loan rumah, maka nama anda akan clear dari CCRIS. Biasa update dlm masa lebih kurang 3 bulan..
nasoha recently posted..Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek
Sep 08, 2014 @ 09:50:06
Sy dah byr blacklist .nk thu brapa lama nama akan clear dan jika sy jual kereta sy adakah nama dan rekod sy dlm ccris akn bersih dan berapa lama
Sep 11, 2014 @ 11:18:03
paling selamat selepas setahun. Dah clear. Sbb rekod kita disimpan untuk tempoh 12 kebelakang..
Sep 11, 2014 @ 09:44:41
bole ke dari gate nk jalan kaki je nk g ke block d?? jauh x?
Sep 11, 2014 @ 11:17:24
Block D ni dekat GATE PINTU KELUAR.
So, kalau jalan kaki dari gate pintu keluar, memang dekat.
Kalau dari pintu masuk, nak jalan kaki, tak la jauh sangat.. dalam 100-150m mcm tu
Sep 11, 2014 @ 12:47:50
oh okay2. da jumpe da. msuk jln pintu kluar td. trus smpi blok d. terima kasih ya.. 🙂
Sep 14, 2014 @ 02:26:55
Kena pakai cap jari x? Sebab nk tgkkn laporan untuk suami..
Jul 22, 2015 @ 16:38:14
3rd party checking tak dibenarkan. it is PnC walaupon ibu kita yg punya. atau pon ahmad albab yg punye. baik punyee.
Sep 19, 2014 @ 22:24:20
kalau kita pernah hilang ic boleh check ccris ke? sebab takut orang lain salah guna ic kita.
now days people are really smart. feeling scary
Oct 21, 2014 @ 14:49:39
Kena cap jari gak.
Sep 25, 2014 @ 18:11:04
salam..nk tanya, kalau kami yg jauh di Sabah ni macam mana nak check ya. xkan nk kna pi KL ja tu.
Oct 03, 2014 @ 20:54:10
saya dh lame tertunggak bayaran tuk cover insurans ble moto hilang..lau sye nk check online bole x?
Oct 04, 2014 @ 08:36:08
tq..info yang sgt berguna.
Oct 09, 2014 @ 14:08:18
bagaimana jika hutang ptptn belum di lunaskan???
Mar 16, 2015 @ 00:18:30
buat masa ini, PTPTN tidak disenaraikan dalam CCRIS. tak tahu lah jika masa akan dtg dimasukkan ke tidak..
nasoha recently posted..Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek
Oct 09, 2014 @ 18:35:57
terima kasih atas penerangan tuan.
Oct 29, 2014 @ 14:09:03
saya dh cek ctos (online) dah clear tp ASB loan 1, credit card 0…tp masih blm dpt wat pinjaman RHB Easy … ada bank yng senang wat loan tak?utk keje swasta.
Oct 30, 2014 @ 09:31:32
Salam, saya pernah nama keluar.surat kabar kerana tidak jelaskan hutang kereta.adkah nama saya itu blacklist atau muflis..sy tidak berani buka akaun bank.masa tu sy masik 20 tahun.skrg sudah 37tahun.adkah hutang saya akan bertambah?
Mar 16, 2015 @ 00:19:57
Salam. Elok sangat lah tu terus semak CRIS. Blh lihat segala kredit yg kita ada (tertunggak)
Nov 22, 2014 @ 05:50:19
Jika kita nak buat gadaian emas di bank utk buat pinjaman dan nama tersenarai dlm ccris..agk2 lepas tak?
Dec 02, 2014 @ 04:00:48
macam maner kalau nama baru masuk dlm cris, lps tu continue ansuran bulanan cam biasa, n if nak buat pinjaman, bank boleh luluskan x
Dec 26, 2014 @ 15:22:21
Tumpang tanya, kiranya ada tunggakan pinjaman peribadi dgn Bank Rakyat selama 14 bulan. Dan status akaun telah berada di unit recovery, Dan sekrang ini (lebih 1 tahun) bayaran telah dibuat. Adakah akan appear x cantik dlm CCRIS? rekod CTOS mmg dah appear.
Jan 23, 2015 @ 00:20:07
sy nya rekod bayar loan kereta x brapa nak cantik sbb selalu lambat bayar. hari tu dah 3 kali try apply loan utk aeon x lepas adakah sbb CCRIS? kalau sy start bayar balik loan kereta tu on time bila sy boleh dpt kelulusan utk personal loan ye? takkan kena tunggu 12 bulan gak sbb sy nk buat loan utk modal perniagaan. t.kasih
Feb 25, 2015 @ 15:15:23
let say,
saya fresh graduate, memang tidak membuat apa2 pinjaman lagi. so, rekod nama saya bersih la kan.
jadi, macam mana saya nak buat loan kalau nama saya tiada dalam rekod CCRIS?
Mar 16, 2015 @ 00:01:03
jika belum pernah ada loan, maka rekod CCRIS masih tak ada lah sebarang loan. Jadi, rekod masih “fresh”, biasa senang je nk approved loan berdasarkan kelayakan sumber gaji/pendapatan anda..
Jun 24, 2015 @ 17:17:55
Rasanye tak betul. Saya da cuba apply loan kat macam2 bank;Aeon credit, RHB, Alliance, OCBC, Bank Islam,. semua reject, katanye saya tiada rekod, bank tak berani nak bagi loan. Credit card je boleh apply.
Gaji saya ok, 2,500.
Aug 05, 2015 @ 16:18:48
Betul, dulu sy pun bdepan situasi yg sama. Kata knalan d bhagian Loan Processing Bank, pmohon yg Tak ada rekod d kategori kn “Fresh”. Maka bank Tak nak approve Prsonal Loan dsbabkan Tak ada previous rekod.
Aug 27, 2015 @ 10:51:53
salam…masa saya buat loan kereta tahun lepas dgn gaji bersih Rm1500 je masa tu pon boleh lepas even “fresh” tak pernah buat ape2 loan sebelum ni…bank nak luluskan loan ni depends pada documents awk strength atau x, and depends jgak pade rezeki 🙂
Mar 09, 2015 @ 18:20:50
check black list
Mar 10, 2015 @ 18:18:55
sy nk buat loan tp x lulus sbb saya ada tunggakan kereta 3 bln.tp dh setel.berapa lama boleh apply loan smula?
Jul 22, 2015 @ 16:41:55
12 bulan lepas settle. jaga payment kete, jgn ada sangkut lepas ni.
Mar 17, 2015 @ 10:44:12
sy sudah melangsaikan kesemua hutang kad kredit sy tp nama sy masih blacklist di ccris..semua bank telah mengeluarkan surat tp ade satu bank tak update system mereka di ccris penat sudah turun naik merayu tetap jugak sama tak tahu smpai bila harus sy menunggu skrg semua urusan bank tergendala..
Mar 17, 2015 @ 19:52:08
salam bro nasuha,nk tnyer,i ada hutg crdt card yg tertunggak dlm 1.5 k..n nk setlkn dlm next week..means clear la semuanyer..coz d problem is last weeks submit loan kete..tp x lepas..coz nama da blacklist..after i setelkn crdt card tue,adakah nama i akn clear dri d blacklist oleh semua bank?n adakah loan kereta yg nk wut tue akan terjejas jugak even nama da clear dri blacklist?need advice please..
Mar 23, 2015 @ 15:12:05
kalau celcom dan maxis (telecommunication) xbayar masuk ke ccris juga ke?
Mar 23, 2015 @ 15:17:29
kalau celcom dan maxis (telecommunication) xbayar masuk ke ccris juga ke?
courts memot masuk ccris juga?
Mar 30, 2015 @ 13:20:34
saya nk tye..blh x semak laporan ccris ni secara online..sebb sy x de mase nk ke Bank negara.. dan sy perlukan segera laporan tu.. kalau blh hari ni.. tlg bg penerangan siket..penting!!!!
Apr 17, 2015 @ 04:52:56
While tking a break from gardening in yoour little part
of the galaxy (in your customizable dwelling known as a Pod) commerce objects with
different gamers, play mini games against them and explore
the cartoon-ish sport worlds.
Social Gaming Site Online For Free recently posted..Social Gaming Site Online For Free
Apr 20, 2015 @ 07:50:52
kami memberikan pinjaman dengan tanpa kos melaksanakan sekarang:adreanlazioitalianloancompany@yahoo.it
May 06, 2015 @ 17:08:50
sabtu ahad kite leh g x check ccris ni kat kiosk ni…huhu
Jun 11, 2015 @ 14:27:41
KALAU SAYA NAK PRINT STATEMENT CCRIS SECARA ONLINE MACAM MANE YE…
Jun 15, 2015 @ 14:04:21
assalam..sy nk tnya due date byr keta sy 21hb bula.tp sy selalu byr dlm 7-8 hb bln seterusnya sbb gji msuk time tu.ada kah kemungkinan besar tiap bln sy akn ditanda ‘1’ dlm rekod sy.risau sbb nk buat loan
Jun 17, 2015 @ 13:53:24
encik katakan saya punya ccris memang lebih dari 3 4, tapi i dah bayar sekali gus sekarang utk tunggakan. maka bulan berikut ia akan tunjuk o balik ke? biasanya tarik ccris update dalam sistem bila? 31 haribulan atau 15 haribulan?
Jun 23, 2015 @ 21:09:17
Saya sudah 1 bulan tidak bayar kereta, sebelum saya nak buat loan.saya sudah bayar 1 bulan tunggakan. Adakah masuk Rekod CCRIS.
Jul 02, 2015 @ 15:12:49
Nk tanye… Nk buat loan moto kt aeon credit…. Dia cek x nme kt ccris dn ctos?
Aug 03, 2015 @ 10:11:43
plz check my ccris name shankara narayana a/l sridaran
this my id 871107075197
Aug 03, 2015 @ 21:02:03
Salam saya nk tanye sedikit……pasal ccris….tahun lepas saya ade buat pinjaman asb dan saya dah stop acc asb saya…dan saya dah bayar semua tunggakkan loan asb saya pada bulan lepas..saya nak buat loan baru x lepas…so saya tanya kenapa saya tak boleh buat loan yang seterusnya?
Aug 05, 2015 @ 10:29:03
ptptn sekarang dah kena ccris….
Sep 07, 2015 @ 21:32:17
as slm bolh checkkan nama saya ade blacklist tak..831215045394