Sebenarnya saya sudah lama nk buat entry ini cuma tidak berkesempatan saja. Namun, saya rasakan terpanggil bila ada pembaca blog ini whatsapps kepada saya dan bertanyakan tentang cara nak keluarkan duit Google Adsense sedangkan pendapatan bulan lalu sudah lebih dari USD100 iaitu syarat minimum untuk keluarkan duit ini.
Begi mereka yang baru nak kenal apa itu Google Adsense secara ringkasnya adalah jana pendapatan pengiklanan dari google (iklan Google Adwords) di blog kita. Bila iklan google muncul di blog kita, dan pembaca atau pelawat blog kita klik iklan tersebut, kita akan dapat bayaran. Bayaran adalah berbeza mengikut ‘harga’ sesuatu iklan. Ada yang 1 klik kita dapat 10 sen, ada juga yang 1 klik kita dibayar sehingga USD2 atau pun lebih.
Saya menjalankan program buat duit dengan Google Adsense ini sejak tahun 2006 lagi. Anda boleh godek-godek blog ini untuk mencari entry tentang google adsense yang saya jalankan.
Apabila pendapatan Google Adsense sudah melebihi USD100, barulah layak untuk dikeluarkan.
Cara Terima WANG Dari Google Adsense:
- Melalui CEK. Google akan pos kan cek ke alamat rumah anda. Anggaran 3-4 Minggu untuk sampai. Jika nak express, anda akan dicaj sebanyak USD24. Mungkin boleh sampai kurang dari 1 minggu. Selepas anda terima cek pula, anda perlu cek deposit melalui kaunter bank. Rasanya tidak boleh guna machine cek deposit sebab cek ni luar negara. Dan paling terasa sekali adalah caj untuk clearkan cek ni dan dalam masa 4-5 minggu untuk clear. Anggaran caj adalah USD10 dan berbeza mengikut bank. Kesimpulannya, jika income pada bulan Januari, google akan isue cek pada minggu ke-3 bulan Feb. Cek akan sampai dalam pertengahan bulan Mac. Dan selepas clearkan, barulah duit anda masuk dalam akaun bank anda pada bulan April. Dah la makan masa, pulak tu ada caj tambahan…
- Keluarkan cara Western Union (sangat-sangat recommended). Bukan sahaja cara ini sangat cepat, malah tiada caj langsung dikenakan! Jika income anda bulan Januari sudah layak (lebih USD100), maka pada minggu ke-3 bulan Febuari dah dapat details untuk western union ni. Salin butiran, dan terus pergi ke bank untuk keluarkan CASH!
Jom saya ajarkan bagaimana nak keluarkan duit Google Adsense melalui cara Western Union.
Mula-mula sekali pastikan anda ubah payment setting di akaun Google Adsense anda. Sila pilih ‘Western Union’. Dan pastikan anda letak nama sebijik dengan nama anda dalam IC (MyKad). Bahagian alamat kalau boleh sama dengan alamat IC lagi bagus.
** jika akaun adsense anda tidak dipaparkan “western union’ sila klik button “Add new form of payment…” dan pilih lah western union.
Apa itu Western Union?
Mesti anda pernah dengar kan? Cuma tak pernah nak pakai je.. ianya melibatkan uruskan penghantaran kiriman wang dan penerimaan wang serata dunia. Nak tahu kat mana ada servis western union ni? biasanya ada di pejabat pos dan bank-bank terpilih seperti Ambank, CIMB, Agro Bank dan BSN. Selain Bank ada juga outlet yang berikan perkhidmatan western union seperti Alif Money Changer Sdn Bhd.
Boleh rujuk sini untuk senarai lengkap servis Western Union mengikut kawasan dan negeri. Dan ada juga outlet yang dibuka pada hari Sabtu & Ahad seperti Kuwait Finance Bank.
Bila Pihak Google Adsense akan inform kita sekiranya mereka sudah hantar wang..??
Anda boleh semak details pembayaran selepas minggu ke-3 pada bulan berikutnya. Sebagai contoh dibawah income bulan ogos sudah layak untuk dikeluarkan maka selepas minggu ke-3 bulan berikutnya anda kena alert dan sentiasa semak pada akaun adsense anda bahagian payment. Sekiranya dah ada perkataan “Payment Issued” maka wang anda sudah dihantar!
Sila klik “details” untuk butiran lanjut dan akan dipapaparkan seperti dibawah:
Dan anda juga digalakkan untuk klik “Statement of Earnings” untuk dapatkan butiran bukti pendapatan anda sebagai penerima.
Dan sila PRINT statement ini dan bawa sekali ke bank bila nak keluarkan duit. Lain bank / outlet, lain caranya. Ada yang kadang-kadang tak percaya kita dapat duit dari Google, nanti banyak soal jawabnya. Better bawa je statement ini sebagai bukti. Habis cerita.. 🙂
So, bila dah ada butiran yang diperlukan, boleh lah pergi ke mana-mana cawangan western union. Saya tunjukkan contoh disini saya pergi ke AmBank. Time tu tak ramai orang, cepatlah sikit prosesnya.
Di Malaysia ni sangat popular orang gunakan western union sebagai cara nak HANTAR WANG. Dan sangat jarang sekali untuk TERIMA WANG. So, anda perlu tahu borang untuk terima wang adalah warna kuning. Kalau takde kat meja borang boleh refer kat kaunter cakap nak terima wang.
Dapat borang ni, terus lah isi sepertimana yang Google berikan butiran:
So, ikut je lah contoh kat atas ni ye… pastikan MTCN number diisi dengan betul.. itu saja..
Dan hasilnya, dapat terus wang tunai..!! Cuba tengok, nampak macam sikit je USD290, sekali tukar ke Ringgit Malaysia x 3.19 = RM930
Oklah… setakat ini dulu.. harap-harap membantu anda yer!
Pastikan anda daftar di www.KelabMarketing.com untuk dapatkan info-info menarik cara buat duit dengan blog dan klik!
Jika anda suka dengan entry ini, boleh lah klik sini untuk SHARE di FB anda.. Saya amat menghargainya dan menggalakkan saya untuk rajin update tentang tutorial buat duit online ini. 🙂
Sharing is caring kan..?
Sharing is so Sexy..
Sharing is LOVING!
Ada pertanyaan? Atau ada soalan lain? Boleh ajukan diruangan komen dibawah…
Incoming search terms keywords:
- duit (16)
- duit dari google (14)
- borang google adsense (12)
Latest posts by nasoha (see all)
- Diari ONEXOX - September 19, 2015
- Buku ASB Hilang? Apa Perlu Anda Lakukan.. - August 7, 2015
- Bisnes Vending Machine Air Minuman Tin, Botol dan Snek - July 14, 2014
Nov 21, 2013 @ 09:08:02
terbaik bos.
sgt2 berguna info ini.
terima kasih
Dec 25, 2013 @ 12:04:04
wah..banyak dapat tu,
kie recently posted..TGV ULTIMATE GIVEAWAY CONTEST
Feb 01, 2014 @ 08:07:59
artikel yang menarik. salam hangat dari agi
Jul 14, 2014 @ 15:38:51
Panduan yang bagus nanti nak cuba juga lah
Jul 24, 2014 @ 12:31:03
Info yg sgt berguna tuan.. lepas nie nak cuba guna western union.
din recently posted..Bleed Review for PC
Nov 27, 2014 @ 22:54:04
Thanks Bro informasi sgt berguna, saya baru je register google adsense, harap dapat la. Semoga semakin maju ke depan =)

ab haqim recently posted..Play Like The TOP one percent (1%)
Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog
Jan 06, 2015 @ 14:20:41
[…] Google Adsense […]
Jan 18, 2015 @ 18:18:28
assalamualaikmu…sy nk tanya sikit contohnya kalau payment issued 20 january so 20january tu boleh pegi claim wu kat bank atau kena tunggu beberapa hari lagi baru boleh?
7 Cara Buat Duit Dengan Blog (Dengan Contoh)
Sep 16, 2015 @ 22:49:33
[…] sorang tunjukkan cara nak keluarkan duit Adsense di bank-bank tempatan dan jumlah yang dia dapat daripada program Google Adsense […]
Sep 30, 2015 @ 16:47:39
Saya nak tya…sy dah buat google adsense dalam tempoh sebulan dah(untuk youtube). dalam sebulan estimated earning saya masih lagi 0.00%. Padahal dah ramai orang view. Bagaimana saya akan dapat bayaran? Mohon tunjuk ajar. Terima kasih
Nov 08, 2017 @ 15:59:58
macamana nak setting westen union kat acc adsense tu? blh tunjuk ajar.
Feb 23, 2018 @ 14:05:53
Dah ada view tak video yang diupload kat youtube tu?
Oct 31, 2015 @ 02:09:04
Suka sangat laman ni… Hari tu dapat duit dari Google adsense tapi x reti nak keluarkan… So biar je lama2.. Then,Mcm Mana entah,,duit tu dh X ada…!
Nov 23, 2015 @ 03:40:04
terbaik post ni. mudah utk rujukan.. thanks..
Adib Site recently posted..Contest Review Lynk.My 2015
Dec 09, 2015 @ 17:46:14
tq atas perkongsian ilmu 🙂
wawa recently posted..Penang Akak Mai Part 4
Dec 29, 2015 @ 18:21:44
Perkongsian yang amat membantu org seperti saya yang akan menerima payment pertama dari google adsense. Kalau tak terkial-kial kat kaunter bank.
Terima kasih tuan.
Mar 21, 2017 @ 02:05:17
Terima kasih dengan perkongsian ini. Harapnya saya akan berjaya paid out adsense bulan depan.

Panduan Terkini recently posted..Cara Mengurus Kewangan Perniagaan Syarikat Yang Sebenar
Nov 08, 2017 @ 15:55:31
saya dh sign up adsense tp nak sign x boleh pulak. terus masuk ke blog saya. mamana nak setting western union tu. boleh bg tunjuk ajar x..
Feb 20, 2018 @ 00:49:25
Assalammualaikum bang. Nak tanya. Saya masih baru dalam mengenali Adsense ni. Mulanya cuma nak cuba pasang iklan kat Youtube channel saya. Alhamdulillah ada lah juga masuk dalam 100 lebih dolar. Pembayaran melalui WU. Alamat yang saya letak alamat kat Malaysia. Sekarang saya duduk kat Indonesia sebab study. Boleh tak kalau claim kat WU yang ada kat Indo ni? Dan benda ni ada tarikh luput dia tak?
Terima kasih…